Assalamualaikum
Walau apa pun yang terjadi netbook tetap dihati. Hehehe...
Macam Ayat girlfren cakap kat boyfren, boyfren cakap kat girlfren (walau apa pun yang terjadi saya tak kan tinggalkan awak)...pernah dengar tak ayat ni?? Setia la kunun..kunun..
Aloo..apasal la pulak aku dok merepek ni,melalut ke bab len, walau apa pun netbook tetap di hati..gitu..
Salesgirl : Dik..sekarang orang guna smartphone la untuk update status kat FB, TWITTER n dot..dot...
Aku : Ada aku kisah !!..
Toin..toin..tu la ayat yang keluar secara tak sengaja dekat salesgirl.Ambik kau, saper suh provok aku kan dah kena..(dalam hati Tuhan aku tak sengaja cakap macam tu,mulut aku terlalu celupar)
Aku sebenarnya tak berapa berminat dengan segala smartphone dan gadget-gadget yang baru keluar kat pasaran ni..setia aku hanya pada netbook..ko mesti pelik sebab apa aku tak suka dan lebih suka bawa Netbook kemana-mana?huhu...ko pelik tak? ok untuk tak nak memelikkan keadaan, ko baca senarai kat bawah ni kenapa aku suka Netbook yang dah kuno ni..
1) Netbook lebih senang untuk aku check segala macam email ,nak reply email, Fb,senang aku nak buat kerja, nak siapkan kerja yang aku tak tersiap dan yang penting nak update blog.
2) Netbook pun smart la,lebih compact, kecik cuma dia tak macam samsung galaxy note,tablet ataupun iPad k..
3) Harga berpatutan dan sesuai..Kalau gadget-gadget lain tu..beribu-ribu ringgit tapi ada kelemahan juga dan tak pe la kot.esok lusa keluar yang baru ko pun sibuk nak yang terbaru pulak..Ala dulu pakai laptop bawa kehulu kehilir tak kisah pun.besar kot.Cer kalau tak der netbook @ laptop tak boleh nak buat kerja juga kan, mau jer pening...kan..kan..(aku jer kot) hehe..
4) Yang penting, aku tak suka membazir, duit yang tak guna tu boleh aku simpan..Setakat nak beli gadget-gadget baru ni aku rasa tak perlu kot.gunakan apa yang ada.Tapi kalau orang bagi aku bedal jer sebab aku tak payah keluar duit..Orang bagi kita kena hargai..huhu..kejam betul..
Lagipun aku sayang netbook aku ni, tu sebenarnya..Terjongket-jongket nak pertahankan netbook aku ni..Ala handphone dan netbook aku masih ada,waras lagi. Setakat nak update status kat FB, TWITTER tu..boleh jer..
Akunyer peel pula kalau nak beli gadget baru yang murah ke yang mahal ke, tak perlu kot..Aku lebih senang pakai yang sekarang..
Aku rasa semua mesti ada macam-macam gadget terbaru kan..Kalau jumpa aku janganla dalam hati cakap ala dia ni tak up to date la...heh..suka hati aku la.
*yang penting jangan membazir.Membazir itu amalan syaitan*