Tuesday, January 07, 2014

2014 Yang Mecabar, 2013 Yang Penuh Suka Duka.


Assalamualaikum

Walaupun agak lambat untuk aku ucap selamat tahun baru 2014 untuk semua pembaca blog aku ni, harap korang semua masih dalam mood meraikan tahun baru..Walaupun 2014 baru menjengah kita beberapa hari, sudah semestinya korang semua punya impian dan azam baru kan??..

Walau apa pun azam korang dan impian korang harap korang boleh mejadi insan yang lebih baik dari tahun2 sebelum ini..Ingat 2014 bukanlah titik permulaan untuk kita bersuka ria tapi sebaliknya titik permulaan untuk kita lebih berusaha..Dunia semakin mecabar dan penuh dengan saingan…untuk menjadi yang terbaik bukanlah hanya duduk dengan impian dan angan-angan sahaja tapi perlu di iringi dengan usaha yang lebih..

Contoh azam untuk dapatkan kerja yang lebiih baik, usaha juga perlu bukan sekadar hanya bercakap-cakap sahaja..Kat luar sana berjuta manusia tengah merebut peluang untuk mendapat pekerjaan yang baik.So tanpa usaha yang lebih sudah semestinya peluang itu di rebut oleh orang lain..

Nak aper pun, dan aper pun azam korang berusahalah jadi yang terbaik..Nak berubah jadi manusia yang baik, berusahalah untuk berubah..jangan di tangguh-tangguh..nak tunggu bila lagi kan..Aku bercakap atas dasar pengalaman bukan sekadar cakap-cakap kosong..Selagi punya kudrat untuk terus berusaha dan berubah ke arah hidup yang lebih baik,jangan di tangguh sebab belum tentu kita akan berjumpa dengan 2015..Bukan nak takut-takutkan korang, tapi sekadar ingatan untuk korang dan juga diri aku ni yang serba serbi kekurangan..bab ilmu pengetahuan, usaha dan macam-macam lagi la..

Sebelum tu cuba korang tengok balik sepanjang 2013, aper yang dah korang kecapi? Apa yang korang gagal untuk lakukan?..tengok balik, imbas balik..Dan jadikan 2013 sebagai rujukan, pengalaman, ikhtibar untuk 2014 ni..Jadikan 2013 sebagai panduan untuk menuju kearah kehidupan yang lebih sempurna pada 2014 ni..

So aku nak imbas balik kejayaan dan pahit manis sepanjang 2013 yang lepas..


Kejayaan
  • 1     Berjaya berubah dari sudut penampilan, cara berpakaian (Alhamdulillah walaupun tak sepenuhnya lagi).

  • 2   Mempunyai blog sendiri dengan pengikut yang setia (Terima kasih wahai pembaca dan pengikut blog ini)
  • 3     Punya job yang bagus, pendapatan bertambah (Alhamdulillah dan syukur pada Allah, rezeki  semakin bertambah).

  • 4      Anak buah yang comel (Ogos 2013 lahir putera kedua dalam keluarga aku, Syukur sangat).

  • 5      Kakak ipar yang baik (Disember ditakdirkan dan di restui keluarga akhirnya aku punya kakak ipar baru,Alhamdulillah).

  • 6      Pertandingan esei 1malaysia (Syukur pada Allah).


Kegagalan
  • 1   New Car
  • 2      Berpindah (Cari pengalaman baru dan dunia baru).


Ni jer la yang aku nak kongsikan dengan korang serba sedikit. Macam korang aku juga perlu berusaha lebih untuk tahun ni untuk capai apa yang aku nak..



.......Sekian.....


No comments: