Wednesday, January 08, 2014

Perancangan Allah Itu Lebih Baik

Assalamualaikum

Dalam hari-hari yang kita lalui kadang-kadang terdetik di hati, mengapa aku, bukan dia dan bukan orang lain..

Segala apa yang kita ingini, apa yang kita rancang tak juga berhasil..Ah..kadang-kadang mahu meroyan di buatnya..

Sedar tak dan nampak tak yang sebenarnya kata-kata itu sudah cukup untuk mempersoalkan kekuasaan Allah..Astagfirullah..Jauhkan lah dari mempersoalkan apa yang Allah tentukan untuk kita..

Allah lebih mengetahui segala-galanya..

Pernah tak apabila kita gagal dalam setiap perancangan kita, kita bersyukur, bermuhasabah dan berfikir mana kesalahan kita, apa lagi yang tak cukup dalam perancangan kita..

Allah tidak membenarkan sesuatu itu terjadi bukan sebab Allah mahu merosakkan perancangan kita, menggaglkan perancangan kita tapi sebaliknya..

Allah sangat sayangkan kita, Allah tak nak kita gagal dan salah dalam setiap perancangan kita..Belum cukup kuat untuk kita teruskan dalam perancangan kita, belum cukup segala-galanya..

Perancangan Allah lebih baik sebaik-baik perancanggan kita..

Terfikir tak kita yang Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik buat kita??.

Jadi jangan menangis, mengalah dan terus rebah atas satu perancangan yang gagal..

Bangun dan teruskan usaha, jadikan ikhtibar dan tentu kita akan rasa lebih gembira kerana usaha kita di restuiNya..


Kita merancang, Allah juga merancang, dan perancangan Allah itulah yang lebih baik. Redha dan tabah, semua yang berlaku ada hikmah 

Sekian.....


No comments: