Assalamualaikum
Ok untuk pertama kalinya aku nak cakap, this is my home, my
diary and my everything. I love writing and share something information but i
dont know how to start with it properly ehek. Boleh macam tu???..pertama kali
la sangat kennnn???..
Ok back to my basic la..hari tu aku janji nak cerita part ke-dua pasal percutian aku di Melaka, so hari ni aku akan tunaikan janji aku
k..Lepas ni tak der lagi aku nak dengar mulut-mulut tempayan yang suka cakap
aku ni pembohong..Mulut tempayan tu besar juga, tapi mulut korang yang suka
mengumpat ni lagi besar kot..boleh sekali aku sumbat tauhu goreng cicah cili +
belacan baru tau…kamu mahu???
Ohh..lupakan saja pasal tadi. Ok hari kedua di Melaka, tak kan lengkap kalau tak
menjelajah kota A-Famosa baq kat hang..Walau dah seribu kali pergi pun, hati aku
akan cakap tak kan lengkap kalau tak pi sini no..Dan teheee..biasa la sebagai
model sambilan tak berbayar sesi photoshoot berlangsung di kota A-Famosa ni..best
tahap gaban wey..sampai tak terkira detik-detik saat, minit, jam berjalan untuk
menunjukkan bakat sebagai model terbaik di abad ini dan photographer terulung
di zaman ini..wahahah..Tapi kaki aku yang lenguh dek kerana memanjat tangga
yang tak setinggi tangga Batu Cave tu..bahaha..*macam mana aku nak panjat
tangga kt Batu Cave tu wey kalau dah tangga kat A-Famosa ni pun tergagap nak
sampai ke atas nu ha..Dasar suka naik lif jer bila dah kena panjat tangga sikit
sibuk dok buat muka tak laku nak jual…kikikiki..
Model berhemah menjalankan tugasnya dengan tekun..bahahah..Entah mau ditolak sampai kemana la keretpi tak berjalan tu..Nak tunjuk kuat la kunon-kunon...Bakat terpendam..
Selepas habis sesi photoshoot di kota A-famosa, tibalah masa untuk
bersuka ria pulak di sekitar Menara Taming Sari..Rugi wey saper tak naik menara
ni..Harga Cuma RM15 jer pun, siap dapat souvenir lagi..Korang boleh nampak
Pemandangan Bandar Melaka ni..Sangat cantik wey..cantik..aku tak tipu memang
cantik giler…
Ini dia Menara Taming Sari
Pandangan dari atas Menara..Maaf ya Tak banyak gambar yang aku ambik sebab lagi best dok menikmati pemandangan yang real kau..
Ni la ruang legar kat depan Menara Taming Sari ni wottt..
Menggedik!!!!
Selepas habis sesi dok cuci mata kat Menara Taming Sari sambil
dok tengok budak-budak dok main kat Dataran bawah tu, kami mula la bergerak
pulak pi naik RIVER CRUISE..Hadoi..hadoi..best orrr..sebab boleh tengok betapa
bersihnya sungai di Melaka ni dan boleh menikmati pemandangan di sekitar
persisir sungai..Woi betoi ka idak ayat aku ni…Aku main hentam ja wey…persisir
sungai??? Tolong fikir sekejap adakah ayat aku ni betul??..Wuhuhuu..
Aku cadangkan kalau korang nak naik River Cruise ni elok la
korang naik di sebelah malam, sebab pemandangannya lebih cantik ditambah dengan
cahaya-cahaya lampu di sekitarnya..dengan perkampungan yang ada di sekitar sungai tu..Huh sangat cantik..sejuk mata
memandang..Tapi kalau korang naik tengah hari tak tau la mata korang sejuk ka
tidak ka memandangnya..ngehngehngeh..sorry…panas kot…
Di Jeti tempat untuk menaiki Cruise
Ni la Cruise yang kitorang naik beb
Pemandangan malam ketika menaiki cruise..aicewah..(gambar tak baper nak elok sebab cruise tu berjalan so aku yang tergagap2 nak mengambik gambar jadi la macam ni yoo..peace *_* jangan marah)
Cantik ja aku tengok buaian ni oii...Ni semua hampa boleh nampak bila naik Cruise.. Dan kalau hampa nak naik buaian tu pun boleh ok!!
Siap ada monorial lagi kat melaka ni wey..bagus bangat..Dan kat bawah ni sungai..wah..cantik oiii..
Ok..dah sampai station perhentian..sila lupakan sebentar angan-angan korang ala..ala..filem tatatanik tu no..Wahahaha
Dah habis sesi dok ambik angin kat atas bot ala-ala u jump I
jump tapi aku tak mau la jump sebab nak hidup lama lagi, terus kitorang naik ke
atas daratan semula sambil menikmati suasana malam di situ..Dan sambil menjamu
telinga dengan lagu-lagu yang best dari beca-beca berdekatan..Saper tak tau
yang Melaka ni terkenal dengan beca aku campak gigi korang..bahaha ader kena
mengena ker?? Relax..relax..jangan konfius k..atuk memang dah tak der gigi,
awal lagi dah campak mana tah…kikiki
Hoi..korang nak tau bila malam aku nampak beca ni macam lagi
cantik jer, lagi menarik jer, lagi tertarik jer..Dengan lampunya, dengan
lagunya yang dum dam..dum dam, romantic, hah..bestnya…tambah pulak dengan angin
yang sepoi-sepoi bahasa tu..aduh..menusuk jiwa mak tau..teringat pulak kat pak
we di perantauan…bahaha..*pendustaan semata-mata sebab ku tidak punya pak we,
pacar, boyfren, dan sewaktu dengannya..* Kalau nak buat calon boleh lagi ni
sebab masih single..ngehngehngeh..ciss, kau ingat ni tempat mencari bakal suami ke
Cik Fara oiiii…tapi dalam kurungan *lupa ambik gambar beca la pulak*.ampun...
Pemandangan malam di tepi sungai..cantik beb..
Kembali pada realitinya..lepas dok ambik angin kat tepi
sungai tu, kitorang pun terus pergi makan dan balik chalet dan
seterusnya…solat..bummmm dan terus tido tak ingat dunia..konon penat la sangat
kan…tido siap peluk-peluk lagi, sebantal pulak tu..ha..kau ader??? Tak der
kan…so jangan jeles..wahaha..aper aku merepek ni wey pepagi buta ni..Just nak
syer moment tido dengan sahabat baik aku..suka hati aku la kan..kan….jangan
jeles…
So sebelum aku tutup cerita, pekata jom layan gambar kat bawah ni dulu..tehee ^_^
Comel jer cek kak ni..bahaha..masuk bakul angkat sendiri lah...
Menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dopp..
So sebelum aku merepek lebih panjang , setakat ini dulu
entri tentang percutian aku kali ini….sebabnya aku dah mengantok tahap gaban
ni..k jumpa lagi di next entri k…
Berdua lebih baik.
p/s: terlalu cantik Melaka..peace yo!!
Sekian.....
No comments:
Post a Comment