Assalamualaikum
Salam jumaat..
Manusia semua sama., yang membezakannya adalah
amalan..bukan harta, bukan pangkat, wang ringgit dan keturunan..manusia di beri
akal untuk berfikir..bukan di beri akal untuk memandang keburukan dan kelemahan
orang lain..bukan juga untuk memandang hina pada orang lain..
Akal yang waras mampu berfikir dan bertindak
mengikut kewarasannya..bukan bertindak mengikut nafsunya..Sebagai hamba padaNya,
kita semua ada kelemahan..kerana kelemahan itulah kita diberi akal untuk
berfikir saling membantu sesama sendiri..bukan saling memandang hina, memandang
keburukan orang dan memperjatuhkan maruah orang..
Even kalau kau kaya, banyak harta sekalipun..semua
tu bukan hak kau sorang.. Apa yang kau ada, separuhnya adalah hak orang lain
juga..jangan memandang hina pada yang tak mampu.Ingat apa yang Allah bagi Cuma sementara..Bukan
juga harta benda, pangkat dan darjat yang akan dikira tapi amalan kita di Dunia
ni.
Ada orang Allah bagi kesenangan pada dirinya,
ada orang Allah uji dengan kesusahan..ada orang Allah bagi kecerdikan, ada
orang Allah uji dengan kebodohan..so semua saling berkait..sebab kita semua
tidak boleh hidup sendiri, dengan perasaan yang bongkak, tapi kita kena hormat
orang lain juga dan saling tolong-menolong andai kita mampu..tak kira la dari
segi apa sekali pun, ada orang perlukan duit, ada orang perlukan tenaga
fizikal, ada orang perlukan akal dan fikiran yang baik..so semua kita tak
perfect..Jangan ingat oh..aku kaya aku boleh buat apa saja tak perlukan bantuan
orang..amboi nada sungguh bongkak kalau macam tu..awat hang nak buat rumah besar,
hang tak perlukan bantuan orang ka..hang boleh buat sendiri..k fine..hang buat
kalau boleh..
Sebab tu la aku kata ada orang perlukan tenaga
fizikal untuk membantunya..bila dia dah bantu kau..senang-senang la pulak kau
nak hargainya..hulur-hulur la pulak pitis hasil titik peluhnya tolong kau..sebab
dia pulak perlukan pitis atau ewang ringgit untuk hidup..macam tu la kita
lumrah manusia saling berkait rapat...kita tak boleh hidup sendiri..so tak
payah la nak hina menghina orang..kalau tak der orang yang bawahan ni, kau pun
tak kan berada di atas..
Walau kau senang, kau susah, kau kaya, kau
miskin ,kau pandai atau kau bodoh..yang menjadi ukuran adalah amalan..semua
yang ada pada kita hanyalah pinjaman..sepatutnya sebagai manusia kita saling
tolong-menolong bukan dengan menghina atau memandang rendah pada orang lain tetapi
dengan membantu, supaya nikmat Allah dibahagi sama-rata..
Ingat kau senang di dunia, di akhirat?? Allah hisab
semuanya..setiap amalan kau di dunia walau sekecil zarah sekalipun..
Yang miskin, Allah uji supaya hidupnya penuh
dengan amalan yang kita tak tau..bersyukur dengan apa yang ada, lebih bersyukur
dari meminta..selalunya orang yang kurang berkemampuan ni lebih ingat
Allah..betul tak??..
So tak de sebab sebagai manusia kita nak
menghina sesame manusia..Jijik macam mana pun kau tengok orang tu, bukan satu
sebab kau nak memandang rendah atau menghina dia..sebaliknya dia hidup dengan
bersyukur terima apa adanya, tak meminta-minta dari kau pun dan sentiasa
berusaha untuk hidup.yang kau pulak sibuk mengumpat menjatuhkan maruah orang
dan menghina orang..entah..nak cakap pun tak tau tapi macam tu la dunia
sekarang..yang aku nampak, aku lihat dan aku dengar..yang aku tak tau..entah
macam mana la lagi..
Apasalahnya kau belanjakan harta, wang ringgit
kau untuk tolong orang yang susah dan perlukan bantuan..mewah macam mana pun,
kita semua Cuma Hambanya saja tak lebih
dan tak kurang sikit pun..yang membezakan kita, ya amalan dan amalan..
Apa yang kau bagi hari ini, kau akan dapat
hari esok..tak kat dunia, kat akhirat..Allahhualam..fikir-fikirkan dan
renung-renungkan..
#ingatan untuk diri sendiri juga..x focus kat
saper2 pun..
Sekian….
1 comment:
Jom joined GA ni.. Belum tamat lagi :)
http://kieyuka-hanie.blogspot.com/2014/01/segmen-klik-klik-iklan-by-cl.html
http://kieyuka-hanie.blogspot.com/2014/01/birthday-giveaway-by-cik-ayue.html
http://kieyuka-hanie.blogspot.com/2014/01/february-special-giveaway-by-humai-css.html
http://kieyuka-hanie.blogspot.com/2014/01/blog-post.html
Post a Comment