Assalamualaikum
Semasa anda duduk, putarkan kaki kanan anda mengikut arah putaran jam.
Dalam masa yang sama cuba tulis nombor 6 menggunakan tangan kanan anda
Kaki anda akan bertukar putaran secara spontan, atau tersangkut
Cepat cuba. Sekarang!
Menarik tak?
Fakta ni saya jumpa masa terjah satu blog untuk membaca tentang otak kanan dan kiri.
Ini membuktikan perhubungan otak kanan dan kiri dalam menentukan pergerakkan.Rupanya kita belum kenal diri kita lagi. Hihi
Pelik tak, kenapa kita ada otak kanan dan kiri? kenapa tak satu jer sebab pada dasarnya otak kita satu jer pun. kenapa kena dibahagikan kepada dua iaitu kanan dan kiri?.
ermm tak tahu pulak nak menjawabnya.
Mungkin lumrah kita dijadikan berpasang-pasangan.hihi..
contoh tangan kita pun ada kiri dan kanan kan?.
Apa fungsi otak kiri? Otak kiri
berfungsi dalam hal-hal yang berhubungan dengan logik, rasional,
kemampuan menulis dan membaca, serta merupakan pusat matematik. Bahagian
otak ini merupakan pengendali intelligence quotient (IQ). Daya ingat
otak bahagian ini juga bersifat jangka pendek.
Orang yang banyak menggunakan otak kiri ni biasanya lebih analitikal, mengikut perancangan, ada susunan atau prosedur. Otak terikat kepada realiti. Apa yang dilihat. Mereka ni selalunya akan proses fakta, secara terperinci dan logik dulu baru benda lain. Penuh dengan strategi. Skematik lah. Orang otak kiri biasanya kalau memilih hadiah adalah dari jenis yang praktikal seperti beg, jam, atau buku.
Sementara itu otak kanan pula berfungsi dalam perkembangan emotional quotient (EQ). Misalnya mereka lebih bersosial, komunikasi lebih baik, interaksi dengan manusia lain serta banyak bergantung kepada emosi. Pada otak kanan ini terletak kemampuan intuitif(gerak hati), kemampuan merasa, dan ekspresi tubuh, seperti menyanyi, menari, dan melukis. Mereka juga lebih kreatif.
Kalau anda cenderung pada seni mungkin banyak gunakan otak kanan. Teheeeeee. Mereka biasanya memberi hadiah dengan warna-warna menarik, hiasan-hiasan dan lebih kreatif.
Masih tak dapat kenal pasti anda dominan di otak mana?

Dan kemana arah wanita ini berpusing?
Mengikut kajian, kebanyakkan lelaki melihat wanita ini berpusing ke kanan (mengikut arah jam)
Manakala sebahagian besar wanita melihat ia seakan berpusing ke arah kiri (lawan jam)
Dikatakan sekiranya kita melihat ia berpusing kearah kanan maka otak kita dominan di kanan.
Dan sekiranya kita melihat ia berpusing ke kiri maka otak kita dominan di kiri.
Ada yang dapat melihat ia bertukar kedua-dua arah. Tak pasti macam mana boleh terjadi.
Ajaib! Hebatkan kemampuan otak?

Nak tahu saya dapat melihat ia berpusing kearah mana??
hehe..jawapan dia saya dapat melihat ia perpusing kedua-dua arah iaitu kanan dan kiri tetapi kanan lebih lama dan kiri sekejap saja. mungkin saya lebih dikuasai otak sebelah kanan..dan kadang-kala dapat menggunakan kedua-dua otak untuk berfikir dan melakukan sesuatu.
Tips untuk anda mengetahui anda dominon pada otak mana? Tipsnya fokus memberi arahan kepada otak.
Sekian..selamat mencuba.
7 comments:
menarik sungguh!
Haha..dh try ker?..(:
Saya nampak dia pusing ke kanan.. hihi..
Hihi..dominan otak kanan la tu..kreatip..(:
Saya otak kanan....:)
Otak kanan kretip..hihi..@Sweet Pea
Saya sekejap nampak kanan, sekejap kata kiri. Waktu buat test hari tu pun dia kata dua-dua otak saya lebih kurang seimbang. Hehe~ ^_^
Post a Comment