Assalamualaikum w.b.t...Selamat Pagi. Pagi yang cukup-cukup tenang...
Dia sangat taat beribadah pada Sang Pencipta.. Dia juga menjalankan setiap ibadah sunnah..Dia seorang yang amat menitikberatkan soal agama. Dia juga sangat menjaga waktu solatnya, "katanya tidak mahu dilewat-lewatkan atas sebab-sebab yang tidak perlu".
Akan tetapi dia tidak pulak berhijab. Sebab apa berhijab? sebab dia adalah seorang wanita.
Bila ditanya kenapa, jawapannya inshaAllah yang penting hati dulu yang berhijab..
Biar berulang-ulang kali ditanya, dia hanya tersenyum dan menjawab perkara yang sama..
Setiap amalan sunnah mesti dilakukannya, setiap tutur bicara mesti dijaganya, ibadatnya sentiasa dijaga..cuma satu jer yang tidak dilakukannya lagi iaitu berhijab. Mungkin juga dia belum bersedia pada pemikiran kita tapi sampai bila sedangkan amalan lain sangat dijaga olehnya..
Suatu malam........
Dia bermimpi di sebuah taman yang sangat indah. Rumputnya sangat hijau, berbagai jenis bunga bermekaran. Dia merasakan segarnya udara dan wanginya bunga. Ternampak juga sebuah sungai yang sangat jernih hingga dasarnya kelihatan, melintas di pinggir taman. Ditambah angin yang dingin dirasakannya..
Dia tidak sendiri.
Ada beberapa wanita sepertinya juga dilihat sedang menikmati keindahan taman. Dia pun menghampiri salah satu wanita. Wajahnya sangat bersih seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut..
"Assalamu'alaikum, saudariku...."
"Wa'alaikum salam. Selamat datang saudariku."
"Terima kasih. Apakah ini syurga?"
Wanita itu tersenyum,
"Tentu saja bukan, saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum ke surga."
"Benarkah? Tak dapat kubayangkan seperti apa indahnya syurga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini."
Wanita itu tersenyum lagi,
"Amalan apa yang bisa membuatmu kemari, saudariku?"
"Aku selalu menjaga waktu solat dan aku menambahnya dengan ibadah sunnah."
"Alhamdulillah.."
Tiba-tiba dia terlihat ada sebuah pintu yang indah dihujung taman. Pintu itu terbuka dan dia melihat ada beberapa wanita sedang memasukinya satu-persatu..
"Ayuh kita ikuti mereka", kata wanita itu setengah berlari.
"Apa di sebalik pintu itu?", katanya sambil mengikuti wanita itu.
"Tentu saja syurga saudariku", larinya semakin cepat.
"Tunggu..tunggu aku.."
Dia berlari namun tetap tertinggal. Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenym kepadanya. Dia tetap tak mampu mengejarnya meski dia sudah berlari. Dia lalu berteriak,
"Amalan apa yang telah kau lakukan hingga engkau begitu ringan?"
"Sama dengan engkau saudariku.", jawab wanita itu sambil tersenyum.
Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, dia berteriak pada wanita itu,
"Amalan apalagi yang kau lakukan yang tidak kulakukan?"
Wanita itu menatapnya dan tersenyum. Lalu berkata,
"Apakah kau tidak memperhatikan dirimu, apa yang membezakan dengan diriku?"
Dia sudah kehabisan nafas, tak mampu lagi menjawab.
"Apakah kau mengira Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke SyurgaNya tanpa berhijab menutup auratmu?"
Tubuh wanita itu telah melewati pintu.
Tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar, memandangnya dan berkata,
"Sungguh sangat sayang amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini untuk dirimu. Cukuplah syurga hanya sampai kepada hatimu karena niatmu adalah menghijabi hati."
Dia tertegun...
Lalu terbangun.. beristighfar lalu mengambil air wudhu. Dia tunaikan solat malam. Menangis dan menyesali perkataanya dulu.. berjanji pada Allah sejak saat itu ia akan menutup auratnya..
Sungguh rugi bukan kalau ianya terjadi kepada kita???..
p/s: sumber farahlee.......
Sekian..perkongsian malam ini..semoga bermanfaat buat kita semua..
6 comments:
nice sharing :)
yer..tq (:
Menarik...Alhamdulillah...;-)
Alhamdulillah (:
wah!!! nice sharing sis!!!
tq syg..@zahrenn (:
Post a Comment