Friday, June 13, 2014

Saya Bo..Bo..Bosan..


Assalamualaikum.


Salam Hari Jumaat. Jumaat yang selalu buat aku rasa nak tido sampai malam..agagaga.. Tangan, kaki, mata, telinga aku selalu buat hal hari jumaat ni. diorang tak nak aku kerja keras, selalu buat aku nak terbungkang atas katil jew. Tapi manew boleh, kena cepuk lew. Banyak lagi kojer aku nak kena buat. Kata nak berjaya..haha.


Sesungguhnya aku bosan la hoi.. Semalam, aku nak g kojer juga walaupun hujan lebat, dengan demam tak sembuh2 lagi. Rajin kan aku. Hahaha. Tapi setelah dipujuk-pujuk oleh kakak ipar aku, akhirnya aku mengalah..ciss..ngehngehngeh..padahal aku yang pemalas. 


Setelah aku asyik bercuti sebab demam yang tak henti2, akhirnya aku mula terasa bosan yang amat. Jadi aku tiada tempat untuk meluahkan rasa bosan aku. Nak bagitau mak, kena bebel 10 hari 10 malam, jadi aku pun ambik keputusan luah kat blog Mak Senah ni jew ler. Dengan itu korang la pulak terpaksa menjadi pendengar untuk aku yo. Kalau tak nak dengar asal ko masuk blog aku ni ha?. Haa..pegi-pegi kalau tak suka jangan menyemak kat sini.. Wah, tak sopan langsung aku sejak kebelakangan ini. sebab otak aku tengah jem ok. jem mangga yang masam tu.


Jadi apabila bosan aku mula, membuka-buka membelek-belek gambar anak buah aku yang selalu buat aku tak bosan. 


Jadi moh la kitew tengok sama-sama sambil makan apa yang patut, takut korang terasa geram pulak dengan dak hariss ni, merangkap anak buah aku la.


Mula-mula kita warm up dulu..Ni pun boleh jadi katil bujang ni. mana-mana saja pun boleh tido l..kata dak harris ni.


Dah start sikit, ambil baldi opah n hanger dulu..

 Hahaha..sesi berlatih cara ado ku kisah dah mula dah.., masukkan kepala dalam baldi dulu k. Saper nak try boleh jer yer, tiada kesalahan untuk try. "Dak harris yang kata tau".


 Then cuba bangun sikit-sikit dengan kepala di dalam baldi.


Dan akhirnya..yeyehh..aku berjaya.Yes aku la pakar memotong rumput di abad ini. dak harris ni kata ini gaya atok potong rumput dekat kebun..agagaga..


Dan dak harris dah penat, dalam baldi pun boleh..hahaha.


Dan..ini..ini..askar kemetot. Tak perlukan topi bagai, hanya gunakan periuk opah untuk melindungi kepala.Dan senduk ditangan adalah satu-satunya senjata termahal di masa kini..akakaka. Dak harris buntut tonggek..


Setelah selesai tugas seharian menjadi manusia berguna untuk membantu masyarakat.Tibalah masanya dak harris merebahkan diri.merehatkan kepala otak dari memikirkan apa agenda seterusnya. Dak harris tidak kisah kabinet tv dijadikan katil bujang. Dak harris sangat selesa tido disini. Dak harris kata, tak perlu membazir beli katil mahal2 untuk dia. Duit tu boleh simpan untuk dak harris tawen suatu masa nanti..akakaka..



Hahaha..cayalah harris. baguihkan anak buah aku ini.untung kakak ipar n abg aku ada anak macam ni... Acu tabik springg melantun kat harris 100x..agagaga..


Bagus-bagus. Kecik-kecik dah boleh jadi askar, besar-besar mesti boleh tolong orang ni. Terutama acu yang selalu sokong 100% aktiviti dak harris ni..ngehngehngeh..


Ni la time bosan dak harris macam-macam dia boleh buat, tapi time aku bosan tak kan la nak buat cam dak harris ni. Kang mak aku cakap buang tebiat ker haper anak aku ni. Tiba-tiba baldi baju kau nak buat main-main. Untung sungguh jadi budak-budak ni..Huwaaaa..tak bestnya jadi dewasa..


Dah..dah..aku pun malas nak merepek dah. hari ni otak tepu, tak berapa nak betui sikit. taip entry pun tak berapa nak betoi. otak jem mangga masam betoi..


Bubye engkorang semua. Nah muuahh..muuahh untuk engkorang..hahaha.. eh kalau korang nak tau..Dak harris ni kesayangan aku tau.. Jangan berani-berani kutuk dia, aku lempang korang. 

Sasau..sewel..sengal..sesui,sasaui, sewele,sewelu, sengeleh,senegeluh..sesei..susui..Ok tak? haha.selamat melatihkan diri menyebut perkataan diatas.jangan
 malas-malas..Tak baik..

Bubyee...



No comments: