Friday, June 06, 2014

#Jodoh




Assalamualaikum wbt..


Korang kalau dengar tajuk bab jodoh ni memang suka..kan..kan..aku tau perasaan korang tu..sure membuak-buak nak tau..berkembang-kembang sangat pipi tu, tersengeh-sengeh senyum tu..kan..kan..tak yah tipu k..kalau yer kata yer jer..x payah aku nak provoke lagi bagi korang mengaku..actually aku pun macam tu la..hahaha..ngerr~~~ so buat aper nak malu..ngaku jer la…tengok macam aku macho kan..mengaku jer..


Hari tu aku ada dengar ceramah oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah mengenai jodoh ni la..so bila aku dengar, tak kan aku tak nak apikasikan apa yang aku dengar tu kan, kalau tak sia-sia jer la aku dengar satu jam tu.. Tak kan nak masuk telinga kanan keluar telinga kiri jer en..dan tak kan aku nak aplikasikan sorang-sorang tanpa berkongsi dengan korang..tak best la kan..buat apa nak kedekut ilmu..lagi kita kongsi lagi bertambah ilmu kita..lagi banyak manfaat dan lagi bertambah pahala kita..Allah pun suka..(^_^) hihi..

auuuuw..so kiut-kiut. gedix-gedix sangat..haha



Ok next..

Kalau yang dah ada jodoh dan berjodoh dah tu Alhamdulillah la kan..dah sempurna satu ibadat dah terbina satu masjid..syukur sangat-sangat..Tapi ni yang belum lagi..jangan pulak kata aku tak nak kawin k..tak baik macam tu..Nabi tak mengaku umat nanti..Yang dah cuba tapi masih tak jumpa lagi, apa nak buat ni..bingung..bingung..Yang sedang mencari..ha elok la cari yang elok-elok..jangan sampai lupa diri, lupa keluarga dan Allah sudah la..bercinta-bercinta juga..tapi jangan sampai cinta tu boleh membawa kita pada kelalaian pulak..Dan ingat bercinta pun ada caranya..bukan boleh sesuka hati jer nak tu nak ni, nak buat tu nak buat ni..


Ok sekarang jom baca tips nak dapatkan jodoh..


DOA DARI IBU BAPA
Yang belum berjodoh apa kata kita cuba baiki diri kita ni dulu..dari yang teruk baiki supaya jadi baik. Yang penting mohon ibu bapa doakan untuk kita..Tapi jangan minta ibu bapa doakan untuk kita tapi kita tak pulak nak berusaha berdoa minta Allah temukan jodoh kita..Jadi sama-sama berdoa yer kalau nak jodoh tu datang..Doa dari ibu bapa ni kan mustajab. Allah senang nak makhbulkan doa mereka. Jadi tak salah minta Ibu bapa doakan.


TOLONG-MENOLONG
Cuba kita biasakan diri kita dengan menolong orang. Kenapa nak dapat jodoh kena tolong orang ker?? Huhu..mestilah..ok.ok..maksud dia macam ni, bila kita suka tolong orang, inshaAllah orang pun tengok kita, (kuunun-kuununnyer la kan) baik budak ni..apa salahnya aku pun doakan untuk dia, doakan supaya dia dapat jodoh dengan orang yang baik-baik macam dia juga..rugi kalau disia-siakan orang macam ni. Hah..tengok secara tak sengajakan..orang pun akan doakan untuk kita..tu la..tak ruginya kalau kita ni selalu tolong orang..Allah pun mungkin akan gerakkan hati orang tu untuk tolong kita balik..mana tau dok..dok kat rumah..tiba-tiba ada orang datang minang..bila tanya mana tau..tu ha Pak Leman kg sebelah bagitau budak Leha ni baik sangat suka tolong orang…manis jer orangnya..tu yang mai nak minang ni takut orang lain rembat dulu..rugi ar..hehe..lebih kurang macam tu la..ayat aku nak bagi senang paham..so macam tu la maksudnya..


BERSIHKAN HATI
Seperkara lagi yang mana hati busuk tu, cubalah berubah..cubalah.. Kalau nak dapat jodoh yang baik-baik ni berubahlah.. Tak pun kalau nak jodoh kita ni ringan tolonglah sucikan hati kita ni dari sifat mazmumah.. Hati kita ni kena bersih..baru Allah senang nak makhbulkan doa kita,ringankan jodoh kita dan permudahkan jalan kita..


SOLAT HAJAT
Solat Hajat juga adalah salah satu usaha yang Allah suka bila kita buat..so bukan payah pun kan nak buat solat hajat..2 rakaat jer pun..so buat lah yer.. Jangan bila tak jumpa jodoh malas dah nak buat tu nak buat ni, malas dah nak berusaha..biar ar..ader jodoh ada, tak der sudah.. Lepas tu tengok orang lain kawin ada keluarga membuntang jer bijik mata..jeles katanya.. Yang diri sendiri tu tak nak usaha..nak buat solat hajat pun tak nak..Allah pun nak tolong kita ker?..ha..fikir..fikir..fikir kawan fikir..hehe..


DOA DARI ALIM ULAMA
Selain tu nak dapat jodoh ni boleh juga kita minta alim ulama doakan untuk kita..inshaAllah dengan usaha kita, berkat doa kita, doa ibu bapa, doa orang ramai. Doa orang-orang alim ulama ni..jodoh kita akan datang juga Cuma cepat dengan lambat jer..so bersabar lah yer.. Semua tahu kan doa orang alim ulama ni mungkin senang dimakhbulkan Allah..so tak salah kalau kita nak minta diorang tolong doakan untuk kita..ni pun salah satu usaha juga kan?..


MENJAGA HUBUNGAN DENGAN MANUSIA
Seperkara lagi..hah ni memang agak penting juga la..menjaga hubungan dengan manusia..selalu benda ni disebut-sebut..jaga hubungan dengan manusia..Tolong jangan nak buat fitnah kat orang, nak buat jahat kat orang, nak mengutuk orang tu, orang ni..nak bermasam muka tanpa sebab..nak benci orang tu. Nak benci orang ni..tolong k..tak payah la bukan dapat aper pun kalau kita buat macam tu dapat dosa g adalah..orang tu pun mula nak berangin dengan kita..mulala dia nak buat tak tau..bila dia pun buat tak tau saper yang rugi, kita juga kan?..


BANYAKKAN BERSEDEKAH
Selain tu apa yang aku faham dan aku tau kita kena banyakkan bersedekah.. Bersedekah ni macam yang kita semua tau dapat menambahkan rezeki kita..betul tak?? Ustaz, ustazah pun selalu cakap kan..bila kita beri kat orang inshaAllah kita akan dapat lebih lagi dari apa yang kita bagi.. Allah tu Maha Pemurahkan,  dan aku ingat lagi seorang ustaz ada cakap, apa yang kita miliki bukanlah harta kita tapi apa yang kita beri itulah harta kita..banyak mana kita bagi, banyak tu la harta kita kat sana nanti..so tak payah la nak kedekut sangat.. Nak kumpul harta kat dunia ka nak kumpul harta kat akhirat?..huh..ni dah macam masuk bab lain dah ni..tak per.tak per..kalau nak tau nanti lain entry aku cite bab ni pulak..ok macam tu la juga kaitan dengan jodoh kita ni.. 

Rezeki tu bukan saja datang melalui duit tapi jodoh tu pun salah satu rezeki yang Allah kurniakan juga..tau!!! . Tak semestinya Allah nak bagi rezeki tu melalui duit sahaja, melalui jodoh pun yer juga, so pendek kata bersedekah tu sangatlah penting untuk mendapatkan jodoh..sila rajin-rajinlah bersedekah yo.. Lepas ni ****fara nak sedekah memanyak la****** ngehngehngeh…hikhik..


SOLAT ISTIKHARAH
Dan yang penting sekali yang orang selalu kata..buat solat istikharah la minta petunjuk dari Allah, yer memang betul tu..Solat istikharah ni bukan saja untuk dapatkan jodoh atau buat pilihan dengan saper kita nak kawin jer..untuk benda-benda lain pun boleh juga tapi hari ni kita focus pada jodoh so buatlah solat istikharah.. Solat ni bukan sekali buat jet terus dapat hint.. Terus tau dengan saper kita nak kawin, dengan saper kita patut kawin..haha.. parah macam ni kalau sekali buat dah harap dapat jawapan memang tak la.. Tambah2 kita yang kurang-kurang sikit ni..ehem..hem..aku latu kan..sumpah tak tipu..hehe.  

Solat ni kena la buat selalu secara berterusan sampai kita dapat petunjuk dari Allah..Petunjuk pulak bukan hanya akan dapat dalam mimpi macam orang selalu kata tu..tapi ader bebaper petunjuk contoh..kita akan berasa tenang jer, tak der masalah. Perasaan melonjak-lonjak contoh macam ya aku suka dia..memang dia..dah tak der keraguan lagi dah..aku pilih dia..dan yang selalu orang cakap tu mimpi..mimpi nampak jodoh kita ker aper ker aku tak tau la yang tu sebab aku belum pernah rasa lagi…Nak dapat jawapan melalui mimpi ni bukan senang hanya orang tertentu jer boleh dapat.. Kalau nak juga jom sama-sama kita buat InshaAllah..Allah akan tolong kita..

kamukah?? atau akukah?? hehe.



DOA
Untuk terakhir..elokla kita selalu berdoa dengan Allah..Minta Allah cepatkan jodoh kita, temukan kita dengan orang baik-baik, hormat keluarga kita n bla..bla..bla.. Setiap kali selepas solat jangan malas-malas atau lupa nak doa minta Allah permudahkan semuanya. InshaAllah Allah akan dengar doa kita.


Nak citer banyak lagi tapi macam tak muat jer satu entry ni..inshaAllah aku akan cuba buat lagi satu entry part ke-2 pasal jodoh ni..suka tak..suka tak????..suka la tew..ok..ok..sambung next entry..tapi tak janji,,hehhe..pulak…


Nak pesan doalah selalu Pada Allah…minta Allah permudahkan dan ringankan jodoh kita..dan dikurniakan orang yang baik-baik..ni ada doa untuk korang semua..sila baca untuk dapatkan jodoh yang terbaik..

#Surah Al- An biya ayat 89 dan Surah Al-Qasas ayat 24.


Cuba-cubalah praktikkan ok..





p/s: Entry kali ni..berbaur serius sikit yer..huhu..almaklumla..tettt..



See u again..bubye..

Sekian….


No comments: