Monday, June 02, 2014

Road To MAHA 2014




Assalamualaikum wbt…


Hari ni aku ada sedikit kelapangan nak taip entry baru..fuhh..2 hari kot kehulu-kehilir sampai tang mana saja ada tempat yang agak selesa aku nak pejam mata..tang tu la aku buat port tidur..ngerrrrrrr..hikhik…letih..letih..letih la hai..


Ok..hari ni aku bukan nak citer pasal aku letih ker, aku penat ke, aku kehulu kehilir ker..tu semua tolak tepi demi nak  naikkan trafik blog aku, aku sedia menguatkan diri taipkan entry baru nak bagi korang baca tau.eh..eh.ker nak bagi blog aku up..hikhik..pandai-pandai lah yer nak hidup..yang penting aku ada cerita nak kongsikan dengan korang..tak best ar..ader citer simpan buat pekasam.


2 hari yang lepas aku ada pergi ke Road To MAHA yang diadakan di Alor Star Kedah..Ni semua gara-gara kawan aku punya angkara dok hasut nak pergi.Jadi aku pun mula terbawa-bawa kena pergi ni..Kalau tak rugi. Setahun sekali jer kot. Pagi-pagi lagi aku dah siap dengan berT-shirt dan berseluar jeans jer. Rasa aku tak perlu lah kot nak bergaya kemain sebab aku bukan nak pergi majlis kahwin pun. Aku nak g lawat both-both yang disediakan kat sana jer, dah tentu-tentu banyak aktiviti best..so tak kan nak beraktiviti nak bercover-cover ayu..ekekeke..cam pernah buat jer..huhu..ok..ok, dah lari tajuk ni..hari ni aku bukan nak cakap pasal berfesyen bagai. *cover nampak*..padahal aku la manusia suka cover ayu tahap tak berapa nak ayu sangat la..ngerrr..




Road To MAHA ni kiranya macam Mini MAHA sebelum berlangsungnya MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show) atau juga dikenali sebagai Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan yang terbesar sekali yang selalu diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) tiap-tiap tahun tu..Macam-macam aktiviti dan pameran diakan..gerai-gerai jualan juga banyak..Pelbagai agensi kerajaan dan swasta mengambil bahagian dan membuka both pameran.  Khidmat nasihat untuk orang ramai juga di sediakan.. Road To MAHA ni berlangsung selama 3 hari iaitu dari 29 mei sehingga 31 mei semalam dan telah pun berakhir yer. Dah tak der lagi istilah aku kena pergi ke aper ke sebab kalau kau pergi memang tak der la jawab dia.. *Kalau rasa nak pergi juga silalah kau tunggu bulan November nanti yer..




Both yang paling mendapat perhatian sekali adalah both MPIP (Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia) sebab apa tau..sebab kat both ni ada Menara KLCC yang diperbuat daripada Nanas..huh kagum sebab nanas yang banyak-banyak tu tetiba boleh jadi menara KLCC kau.Kreatipp diorang ni..Dan apalah gunanya ada menara KLCC yang diperbuat daripada nanas tu kalau tak di buat kenangan..apalah gunanya kreativiti staff diorang mereka cipta kalau tak dibuat tatapan masa hadapan atau tak dipenuhkan jer dalam pecebok,instagram, dan blog kan…so dengan tidak punya rasa malu aku dengan rasminya merasmikan menara KLCC nanas ni terlebih dahulu dengan merakamkan gambar sejarah yang melampau sekali…tengah terik matahari aku tak kisah janji ada muka aku menepek kat situ..janji penuh gambar dalam memory phone aku nak dibuat tunjuk kat engkorang la ni..hakhak..Eh jap korang nak tau tak sebelum aku dok menepek ambik gambar kat situ, tak der la pulak manusia lain yang beria-ia posing maut kat situ..Sudah aku yang mulakan semua pulak yang beria-ia..hermmm..kalau aku tak mulakan rasanya sampai habis pameran kot tak der orang menepek kat situ..hikhik..auuwwww..tutup mulut korang jangan pulak nak mengeluarkan ayat-ayat lucah berbau jeles yer..hihi.




Inilah dia Menara KLCC yang tersangat cun di abad ini..hihi melampau..



Dan inilah pulak model untuk menara KLCC kali ini yer..tanpa segan silu di situ yer..Dan disebalik model ini terselit benda yang tersembunyi..cer cari..cer cari..saper tak nampak memang dia rabun tak pun tak lama dah la tew..oppsss..hehhe


Mulut aku dah sampai senget-benget tahan panas semata-mata nak selfie nokss


Dan satu lagi both yang menjadi perhatian orang ramai dah tentu-tentu la  both MAHA sendiri (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show) sebab both ni banyak menyediakan hadiah-hadiah atau cenderahati yang berkaitan dengan MAHA..Dah tentu la berduyun manusia nak serbu both ni. Ha tapi sebelum dapat hadiah kita kena main la dulu game..Game yang disediakan tu macam ala-ala Roda Impian yang pernah ada kat TV dulu tu..pengacara dia Halim Othman dengan Eja kot kalau aku tak salah la..tapi kalau salah tolong perbetul..best jugak la..dan yang pasti tentu la aku yang berjaya menggondol banyak hadiah..ekekeke..cayalah..ok stop..korang bangga kan dengan aku..sebab aku dah berjaya menipu korang..hurm…heremmmm satu hadiah pun aku tak dapat..ni semua salah roda tu la langsung tak mau bagi aku menang..tunggu la kau.jumpa kau lepas ni roda aku buang kau dalam longkang belakang jamban…nak? Asal belakang jamban?..hihi..




Selepas puas dok bergame bagai, dengan rasa geram yang membuak-buak sebab tak satu pun yang aku menang lebih baiklah aku berjalan-jalan ker both dan gerai-gerai lain juga..Banyak produk orang tempatan yang dijual, contoh gerai buah-buahan, produk dari hasil usaha orang tempatan, kuih muih, biskut,  macam-macam jus dari buah-buahan tempatan, makanan tambahan untuk kesihatan semua ada kat sini..best kalau pergi..Bukan senang kita nak dapat produk yang fresh macam tu..terbaik dari lading tau..rugi saper-saper berhampiran yang tak pergi nihh..haih rugi..memang rugi la..


Ha ni memang terbaik dari ladang..aku tengok jer gerai ni memang leleh yaq liuq..tengah2 panas terik dapat makan buah-buah ni auuuuw..selera..tapi yang bestnya satu pun aku tak dapat makan..ngehngehngeh...ship..diam..

Dan ini jeng..jeng..jeng...


Orang biasa..basikal tua..haha..ingat tak lagu ni..zaman sekarang mana nak jumpa lagi basikal tua ni..semua yang ada moden-moden belaka..#nipunantarayangterbaikdariladangtau


Dah cukup membuat pusing U, V, W, X, Y dan Z aku pun dah kepenatan tiba rasa nak balik giler-giler..masa main tu tak nak pulak aku balik yer….dah bila berjalan-jalan nak pulak aku terasa nak balik. Tiba-tiba teringat mak ayah kat rumah..macam dah lama pulak aku tinggalkan diorang, tettt… teringat juga anak-anak kucing aku tu..entah dah makan ker belum…ngerrr….hahaha..gila sasau betul la kau Fara..



p/s: gambar tak banyak sebab semua ada kat orang, tak sempat nak kutip lagi dah aku bersemangat nak taip entry ni. sssssso...ngadap jer la yang mana ada..hakhak..

p/s: jangan lupa berkunjung ke MAHA peringkat kebangsaan November nanti yer..#MAEPS

Ok..jumpa lagi..bubye..peace *_*

Sekian..


No comments: