Saturday, December 21, 2013

Beautiful Malacca #Cuti-Cuti Malaysia (Part 1)


Assalamualaikum


Salam satu Malaysia buat pembaca blog aku yang cun n smart semuanya..Kalau dah sebulan aku tak update entri baru, tapi hari ni aku nak bawa korang semua ke dunia khayalan aku yang sungguh simple..bahaha..ayat tak boleh blah..(nak ambik hati sebab dah lama tak update blog kot-kot ada yang marah kenn).


Kebelakangan ini masa sangat mencemburui kita untuk berdating di blog ni, seperti yang aku pernah ceritakan sebelum ni, masalah kesibukan menyebabkan aku kekurangan masa untuk update entri baru..Alhamdulillah sekarang semuanya dah selesai dan masa aku pun boleh di bahagi-bahagikan antara kehidupan aku dan blog aku..#terasa ayat aku macam nerd la sangat. .ngehngehngeh..lantak la..


Kali ni aku nak cerita tentang percutian aku di Melaka tempoh hari..Kalau ada yang bertanya pasal wedding abang aku sebelum ni, inshaAllah next entri aku akan update..sekarang korang layan la dulu entri percutian ni..
OK..Dengan Ucapan

SELAMAT DATANG KE MELAKA
Walaupun Panas Terpaksa Ku Tahan Juga Demi Menjadi Model Berhemah...Bahaha..


Kalau ada yang cakap eleh *Melaka jer pun*..Kalau ko rasa ko orang Malaysia,Itu ayat tolong simpan dulu..meh aku nak ceritakan aper keistimewaan Bandar Melaka ni..bagi yang selalu pergi tu maybe dah biasa dengan aper yang ada kat Melaka ni kot..tapi yang tak pernah pergi tu elok la korang baca sampai habis..Yang dok Melaka boleh komen lepas ni dan suggest mana lagi tempat yang patut dikunjungi dan apa lagi aktiviti patut dibuat bila di Melaka ni..


Dalam hati macam boring jer, so decide aper yang patut kita buat kat Melaka *tok tet,$$$$##&&7SS%%!!?? * habis tangan kaki semua angkat..so aku dengan kawan aku (Ann) pun mula la nak menggedik sakan..(nama pun pompuan kan). 1st  setibanya di Bandar Melaka, tempat utama yang kami tujui adalah ke Taman Mini Malaysia & Mini Asean..Tempat ni korang mesti pergi sebab banyak yang korang boleh tau pasal rumah-rumah di Malaysia dari Perlis sampai la Sabah. Struktur rumah2, alat2 yang digunakan dalam kehidupan harian, reka bentuk rumah dan segala bagai lagi boleh di lihat di sini..Jangan kata nak lihat ja nak posing maut pun boleh kot-kot nak buat kenangan..tak dak sapa nak marah kat hang pa..Kat Melaka ni banyak hang tapi kat kedah lagi banyak hang…sebab tu la aku pun guna perkataan hang..miahaha..boleh???

Antara Rumah-rumah Malaysia Yang Ada Di sini. Sorry Kalau Nak Tengok Banyak-banyak Rumah Lagi Sila Datang Ke Melaka.HuHu..Dengan Ucapan Kedatangan Anda Amat Dinanti-nantikan..


Kami Anak Dara From Kedah..Cam Tak Cayer Jer, Cam Baik Jer..Kikiki..Amboi Sopan Sungguh Aku, Tak Pernah Aku Sesopan ini..Adakah Ini Lakonan Atau Realiti?? ngerrr haha..


Sah Jenis Ketegaq Tak Dengar Cakap..Dah Sah-Sah Ada Perkataan Jangan Sentuh/Please Do Not Touch.Tak Reti Baca Ka Apa?
(Buat-Buat Tak Nampak Sebenarnya..Tettt..)



Lenguh Kaki Den Panjat Tangga Rumah ni..Tolong La Jangan Di Buat Rumah Sebegini Untuk Den..


Berlagak Ayu..Tapi Keras Nak Mampus..Wahahaha..Sorry Dear Ikhlas Dari aku Ni..


Struktur Dalam Rumah Sarawak


Struktur Dalam Rumah Sarawak


Penat Dah Kot!!!


Selepas melawat ke satu-satu rumah kami disajikan pulak dengan tarian-tarian satu Malaysia oleh penari-penari kebudayaan di situ..perhhh melentik badan..macam aku nak pi jer menari sama dengan diorang..tapi disebabkan kesedaran yang tingi dalam diri aku yang badan aku tersangat la keras jadi hajat aku terpaksa aku abaikan..wahaha..takut tergeliat pinggang..


Ni La Pentas Yang Di Namakan Pentas Teja Tempat Artis-Artis Kebudayaan Di Sini Membuat Persembahan.


Tarian Kebudayaan/Tarian 1 Malaysia


Ni pulak Tarian Tak Tau Hala Stepp..Apeka Nama Tarian Ini??


Selepas puas menikmati tarian satu Malaysia, masa untuk mencari souvenirs untuk di bawa balik sedekah kat kengkawan..Kat depan pintu masuk banyak deretan kedai yang korang boleh pergi untuk menjamu mata..harga sangat berpatutan, tak mahal pun..sangat boleh di beli..so aku rembat la bebaper keychain untuk kengkawan..harap korang hargai la pemberian aku nooo..(buat kawan-kawan aku ni statement formal aku k).

Jenis-Jenis Buah Tangan Untuk Kengkawan, Saudara Mara @ Pak We..eh..eh..tersilap pulak..Pak Wan Sebenarnya* Saper Pak Wan????* (gambar pak google)


Tak jauh dari Taman Mini Malaysia & Mini Asean ni ade Zoo..tempat kawan-kawan korang tinggal..kalau nak jumpa kawan-kawan korang yang bergayut ka, yang berenang ka, berendam ka, tidoq ja keje ka..korang boleh la pi no..Korang boleh pilih sama ada nak jalan kaki atau nak naik keretapi Zoo untuk tengok kawan-kawan korang tu..pilih jer yer..


 Si Leher Panjang Kesukaan Aku :)


Malu Lak Dier..Alolollo Comeiii Jer..Jom Giyomi Sekali...Bahaha..


Tapi satu perkara aku nak habaq makanan, minuman, dan aper-aper bentuk souvenirs kt sini agak mahal berbanding di Taman Mini Malaysia & Asean tadi..pasal apa aku pun tak tau..walhal dekat jer pun kedudukan dua tempat ni..Cuma dipisahkan bebaper meter je..


Ok..bertentangan dengan Zoo Melaka ni, ada pulak Taman Buaya..kalau rasa nak tengok buaya-buaya kat sini boleh ja pi..Ada macam-macam buaya..Buaya darat, buaya air, buaya tembaga semua ada….Jangan tersalah tengok buaya sudah yer..Bahaha..opsss..!!!??? tapi kitorang decide tak nak pergi sebab dah penat sangat dan dah lewat untuk balik ke chalet..So jangan ditanya mana gambar buaya tembaga...wahaha..tettt..


So pe lagi kita enjoy…Pe kejadah la ko ni Fara..entah..terasa macam tak reti lah pulak nak buat ayat..dah lama aku tak menaip entri baru so ayat pun aku dah tak reti nak buat la sangat??..tetttt....


Tepat pukul 2.00 petang kami bergerak mencari kedai makan dan seterusnya check in di Chalet Kak Long di Alai Melaka..So Masa Untuk relax..sebarang bentuk pertanyaan tidak akan di layan..wahaha..teruk tul..ahh aku gurau jer..


Setakat ni la dulu..tunggu part kedua aku cerita lagi pasal Melaka..


p/s: Mai Melaka harus la pekena Asam Pedas..perhhh baru terkesan di hati + makan bihun goreng yang kaw-kaw pedas dengan air teh-o panas..(harus mencari tandas dengan segera)wahahaha….
p/s: Kalau ada salah, tolong jangan marah na..sila hangpa perbetulkan sebab aku ni bukan pandai sangat bab-bab nak bagi maklumat ni tapi dengan semangat caiyokk..caiyokk..aku cuba..hihihi..(sebab tu aku tak boleh jadi perisik) huhu..


Sekian.....

 Rindu Mak..Walaupun Kat Rumah Johor.. Ciss..Statement Tak Boleh Blah..Kahkahkah..

2 comments:

Farra said...

wahh cm besh je..sy duk melaka pn blm pnh jejak situ..haha

farahaanna said...

Eh yer ker....kalau mcm tu cpt2 la pergi...memang best...tak rugi...