Assalamualaikum ya
semua pembaca (:
Hari ni
fara tak nak
cakap banyak sebabnya
fara sendiri tak
tahu samaada fara
perlu cakap atau
pun tak..
Fara betul-betul
suka pada seseorang
yang punya buah
fikiran dan tutur
kata yang baik
tapi fara tidak
suka pada seseorang
yang berperasan baik
dan sempurna. Tak
salah untuk komen
dan menjadi pengkritik
hebat terhadap sesuatu
perkara atau terhadap
seseorang..Tapi apalah salahnya
jika buah fikiran,
nasihat dan teguran
atau pendapat yang
ingin kita sampaikan
biarlah ada adab
dan sopannya..
Perlukah kita
memaki-maki orang lain
hanya kerana dia
berbuat satu kesilapan
atau adakah kita
memeperlecehkan seseorang hanya
kerana caranya berlainan
dengan kita atau
adakah kita perlu
bersikap ego dan
sombong dalam memberi
pendapat dan komen
hanya kerana kita
tidak bersetuju dengan
pendapat orang lain?. Perlukah kita
berbuat begitu?
Apakah kita
rasa yang kita
cukup sempurna sampai
merasakan yang semua
orang tidak betul?.
Bukankah dengan memaki
hamun seseorang itu
hanya kerana statusnya
menampakkan yang diri
kita sendiri bodoh.. kalau
tidak bodoh, aper?
Ooo..rendah ilmunya. Tiada
sabar dan hanya
tahu mencari kesalahan
orang dan mempersendakan orang
lain..
Apakah kita
tidak sedar yang
kita telah mengaibkan
orang lain. Apa
kita tak nampak
kesalahan kita.. hey
kawan.. ingatlah bukan
kamu tidak berlaku
jahat, bukan kamu
tidak ada keburukan
tetapi ingatlah Allah
menutup aib kamu.
Jika Allah membukanya
apakah yang kamu
rasa? Apakah kamu
jauh baik dari
orang yang kamu
aibkan atau apakah
kamu jauh lebih
teruk?.
Jadi bersyukurlah
sementara Allah masih
menutup aib kamu..
Dan ingatlah tak
semua orang sempurna
di dunia ini
dan jangan ingat
yang kita ini
terlalu sempurna.. Jika ingin
memberi pandangan, nasihat
dan teguran biarlah
dengan cara yang
betul. Beradab dan
berhemah..
Jangan pernah merasa diri itu cukup sempurna sampaikan meletakkan semua kesalahan pada orang lain. Berasa ego dan sombong. Sedangkan hakikatnya kita tidak layak untuk menghakimi sesiapa pun. Setiap orang ada pendapat dan pandangan sendiri, setiap orang tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan, tegurlah, bimbinglah dan jangan sesekali menghukum.
Sekian…..
6 comments:
saya setuju dgn sis fara berkenaan dgn ini.. saya melihat hari ini kurangnya hikmah dlm nasihat.. terima kasih atas pandangan dan insyaAllah ianya sebagai peringatan yang baik.. :D
terima kasih. semoga kita bertindak dengan akal fikiran dan berhemah dalam menegur dan memberi nasihat serta pandangan.(:
kadang2 saya sendiri takut kalau cara saya cakap dgn kawan2 macam sombong...
Yep..betul..x nafikan..kdg2 kita rasa ok tp org lain..?. Fara pun sama mcm tu takut juga org anggap sombong..so cuba bersederhana dn jgn terlalu lantang yg menyebabkan org lain terasa..fara pasti semua org ada perasaan mcm ni kan...
Kita perlu ilmu untuk menasihati org lain. yg penting niat kena betul. insyaAllah, ALLAH akan bantu.. :) (Y) nice entry. :)
yep betul sangat, kita perlukan ilmu untuk menasihati orang dan niat yang betul.. tq (:
Post a Comment