Thursday, May 29, 2014

Perempuan Dan Wangian



Assalamualaikum wbt…


Ok..hari ni aku nak cerita bab wangian dengan kaum perempuan ni..rasanya memang tak kan boleh terlepas kot wangian dengan perempuan ni..saper tak der minyak wangi sila angkat apa yang patut…tangan ker, kaki ker janji menyokong kenyataan aku ni.hehe.


Cantik Pulak Botol Minyak Wangi Ni Haih..Koleksi..Koleksi wey..hikhik


Ok my kawan-kawan yang sangat aku kasihi, juga peminat yang aku sayangi…hahaha..melampau, kau ada peminat ker Fara?? Lex..lex…aku memang pakar dalam mengangkat diri sendiri..tak cayer tanya kucing aku..dia pun tau perangai tuan dia..dah lali dah dia kata..hakhak…tapi yang pasti tak boleh dinafikan dia cakap yang tuan dia ni sangat kiut…auwww..terharu tuan kau ni kucing..terima kasih…terima kasih…wahaha..dah..dah..


Balik la balik pada tajuk kita kali ni..minyak wangi ni sebenarnya adalah sesuatu yang sangat disukai oleh sesiapa pun…saper tak nak wangi kan..saper..saper? ofcoz la tak dak kan..saper yang nak busuk..Tapi wahai kaum perempuan..kau kena ingat..kalau kau pakai minyak wangi ker atau apa2 yang berbau wangi jangan sampai mengundang dosa..


Bau-bauan ni boleh dipakai, dan harus dipakai sekiranya tujuannya jelas iaitu tiada niat apa-apa dan tidak meningkatkan nafsu shawat seseorang..contohnya macam ni la minah nak keluar rumah, dia punya la spray minyak wangi tu sampai huh..dok luar rumah pun bau…bila dah siap dia pun keluar jalan-jalan..lepas tu orang yang lalu tepi dia atau depan dia atau belakang dia terhidu bau tersebut sampai terbawa-bawa sebab suka sungguh…so hukum dia dah jatuh berdosa dan haram..Tapi di rumah kita boleh jer pakai bau-bauan untuk diri, keluarga, suami dan anak-anak..tu tak salah kalau nak sembur sebotol sekaaligus pun..kalau orang dalam rumah tu tak rasa pening bau hang…opppsss….hihi..


Minyak wangi yang digunakan setiap dari kita ni..kebanyakkannya mengandungi alkohol..betul??. Ha..ada yang was-was nak pakai..kang nak solat macam mana boleh ker kan?. Kang tak pakai macam semacam jer bau badan aku ni..eh..eh..susah-susah..minyak wangi satu hal..deodoran pun sama..hah habis la ketiak aku bau tengit..nak pakai ker tak pakai ni..Aku nak g kerja..g kerja bukan balik awal..petang sat ni nu ha baru boleh balik, badan aku ni boleh ker bertahan tak berbau..Pulak tu kerja kena jumpa ramai almanusia…alsusah..susah..konfius mak..


Hehe..don wori be happy la cik kak, cik adik semua..Mai nak cerita..Dalam minyak wangi atau deodoran badan memang la mempunyai alkohol akan tetapi..alkohol yang terkandung dalam tu bukan macam alkohol yang orang dok minum tu..i mean arak..sebab aper? Sebab ia bukan najis jadi ia boleh dipakai..Arak pulak adalah najis tapi alkohol itu bukan najis..so kita kena tengok dan faham aper itu alkohol juga..alkohol yang diminum tidak sama yang ada dalam sebarang wangian..Dan untuk pengetahuan semua ia juga adalah dari perbincangan oleh Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan..so tidak perlu rasa was-was lagi untuk memakainya..Alkohol ada berbagai-bagai jenis..alkohol yang diminum dah sah-sah ianya najis sebab ia datang dari sumber yang tidak elok dan jika diminum ianya sangat membahayakan kesihatan..Manakala Alkohol yang terkadung dalam minyak wangi adalah dari sesuatu bahan kimia untuk memberi kesan bau terhadap Sesutu produk..jadi ia adalah boleh dipakai selagi ianya tidak memudaratkan kesihatan kita..



Gambar Pak Google lah ekk. 


Seperkara lagi..ramai kita memberi pendapat dan alasan memakai minyak wangi adalah untuk menghilangkan bau badan atau bau yang kurang menyenangkan dari badan kita..Tetapi tanpa kita sedar bauan yang kita pakai tu boleh jadi haram disebabkan ramai manusia yang tertarik dengan bauan tersebut..Almaklumlah cik kak, cik adik ni kalau boleh satu botol minyak wangi seminggu jer..aku nak wangi, nak wangi kan..biar orang bau wangi dengan aku..bukan macam minah sebelah ofis aku tu..huh..tengit jer bau..huu..x sanggup aku..


Wangian yang bercampur dengan bau badan sebenarnya dapat menarik perhatian orang..bila dah bercampur tu satu aura, dan bau yang boleh membuat orang tertarik..sudah mengundang dosa sebenarnya..Jadi dalam islam ada satu hadis mengatakan jika bau kita ni adalah negatif atau menjelikkan, kita boleh pilih..untuk wangi ketika dirumah dan jika kita keluar, kita haruslah mencari wangian yang tidak berbau seperti tawas atau apa-apa yang boleh menghilangkan bau..Dan satu lagi..ramai kita ni suka kot makan makanan yang boleh buat badan kita berbau contoh bawang putih, belacan..kan??..so elakkan dari selalu makan benda-benda yang boleh meningkatkan bau yang menjelikkan..


Balik pada bab pakai minyak wangi yang tak berbau contohnya  tawas..kalau rasa tak nak pakai tawas sebab tak glamor, susah nak dapat..walhal berlambak kat kedai kan..tu hanya alasan sebab diri lebih suka nak spray minyak wangi..Ok boleh tapi bagi perempuan, tak salah nak pakai minyak wangi untuk menghilangkan segala bau badan tapi ada perkara yang perlu kita titik beratkan..takut hukumnya jatuh haram jika tersalah pakai..bagi wanita kalau nak  wangi tu biarlah yang baunya tidak kuat contoh bila mandi kita letak sabun..Bila nak spray minyak wangi pulak jangan spray kat baju sebab apa, sebab ianya boleh menaikkan bau..Jadi seeloknya spray kat badan sebab ianya bukan untuk dipamerkan kan?..ingat memakai adalah harus tapi bukan untuk dipamerkan..Dan jika terdetik niat nak biar orang bau maka ingatlah bahawa kita adalah terdiri daripada golongan penzina..Nauzubillah..tentu semua tak nak kan..Jadi fikirlah apa yang perlu dan apa yang tak perlu kita buat..


Dan seperkara lagi jika seseorang memakai bau-bauan untuk tujuan kecantikan, perlu difikirkan..

1)    Cantik untuk siapa?
Jika cantik untuk Allah, suami dan anak-anak sangat-sangatlah dituntut. Tetapi bila kita keluar dan memakai bau-bauan even untuk suami pun tapi jika sampai membutkan orang lain juga turut suka pada bauan itu hukumnya adalah tidak boleh..


2)    Sumber wangian itu?
Kita kena lihat juga ain wangian itu..Jika kita pakai juga benda yang tak boleh dipakai yang ada dalam wangian itu semata-mata sebab nak cantik jawapan dia tetap sama tidak boleh..


3)    Pakai untuk apa?
Jika kita pakai bukan kerana nak dipandang cantik oleh keluarga tetapi ingin dilihatkan kepada orang yang bukan mahram hukumnya adalah haram.


4)    Palitan bauan?
Palitan bauan juga tidak boleh mendahului muka dan tangan kerana itu saja yang boleh dilihat..Contohnya macam ni la batang hidung pun tak nampak lagi tapi dia punya bau..huh..semerbak alam dah bau..Dan sudah semestinya tidak boleh..Muka dengan tangan tu kena nampak dulu barulah disusuli pulak dengan bauan..Bauan pulak janganlah melampau-lampau.Takut-takut kita ni terdiri daripada golongan penzina pulak..


Ok setakat ini dulu perkongsian Fara dengan korang semua..if ada masa Fara akan update lagi pasal wangian ni..suka sangat cakap dan kongsi pasal benda-benda macam ni..tentu semua nak tahu juga kan..InshaAllah ada masa Fara akan update lagi..Kalau nak cerita memang tak habis satu muka surat..So Fara kongsi apa yang patut sahaja yer..Ok..peace….haruslah..*_*


Sekian…..


1 comment:

Mie said...

nice sharing sis!!...hehe saya suka pakai minyak wangi...tpi yang kolon
lah..hhi