Assalamualaikum wbt…
Sedikit nikmat ditarik, sudah merungut
segunung melangit. Sudah puas hidup gembira, tiada rasa nak bersyukur
sedikitpun kah?. Tak malu ker, nikmat hidup ditarik sudah pandai
merungut..sedangkan melangit nikmat hidup diberi sedikit pun tak pandai nak
bersyukur..
Manusia Dan Kehidupan, Macam tu la kan?.
Ohh dunia..macam-macam yang kau sajikan untuk
manusia..tapi kau tak salah sebenarnya, yang salah adalah manusia. Manusia yang
lalai, yang alpa, yang tahu nak hidup gembira, seronok, bahagia,
sihat..wauuu..itulah manusia..sedikit diuji, sudah pandai bercakap-cakap,
merungut-rungut..sedikit rasa sakit, sudah pandai bersoal jawab..”kenapa aku
tak mati saja”. Huhh..sungguh tak malu, tak der rasa takut pulak..sudah cukup
ke amal kat dunia ni, mati yang kau minta, sudah cukup iman kau, sudah bersedia
kau nak bersoal jawab kat sana??..kalau rasa sudah cukup..silakan..tapi kalau
rasa tidak..sila-silakanlah kuatkan iman, tambahkan amal, cukupkan solat..yang
wajib jangan ditinggal..yang sunat diperbanyak…
Kadang-kadang, kita ni manusia lupa,
alpa,lalai..suka kejar dunia, akhirat tak nak pulak kejar..dah tu tak tahu
pulak nak bersyukur..macam-macam nikmat dah Allah bagi..nikmat sihat, kenyang,
gembira, bahagia, wang cukup..tapi lupa pulak kita yer??..Tiba-tiba bila nikmat
ditarik..dah macam meroyan tak ingat aper..haih..bila lapar sikit jer, dah
merungut..yang difikir diri sendiri..cuba bila lapar, fikir juga orang
lain..”eh aku jer ker yang lapar, maybe ada orang lain lagi yang lebih lapar
dari aku, atau langsung tak makan lagi?”..hah..cuba fikir macam tu, cuba la
rasa bersyukur sedikit..kalau semalam kau dah makan, pagi ni belum
lagi..entah-entah berjuta manusia tak makan-makan lagi dari semalam..
Nikmat hidup ni Allah pinjamkan kita sekejap
jer, bila-bila masa Dia boleh tarik balik..Kalau la hari ni kau sihat walafiat,
tiba-tiba kau bangun pagi esok dah sakit-sakit tak boleh bangun..atau demam,
atau sakit yang tiada ubat..atau kau kemalangan..bukan meminta, tapi sebagai
contoh..Tiba-tiba juga kau dah tak boleh jalan. Sukarkan hidup?. Kelmarin jer
lagi kau berjalan-jalan, bersuka-ria kemain, tapi tiba-tiba hari ni kau dah tak
boleh jalan..ah..dugaan apakah ini? Down dan dalam fikiran asyik fikir kenapa
aku tak mati saja dari jadi macam ni…emm inilah manusia..
Tak der langsung rasa malu, hidup senang kau
tak bersyukur, hidup susah pun kau tak bersyukur..malu la wahai manusia..Allah
dah bagi macam-macam kat kita..cubalah bersyukur sikit. Allah tak minta
bukan-bukan pun dari kita, Allah Cuma minta kita bersyukur saja..itupun kita
susah nak buat..
Terfikir, diri yang kadang-kadang terlupa erti
nak bersyukur..yang difikir kehidupan..esok nak buat apa, esok ada apa..esok
nak pergi mana..konon sibuknya la hai uruskan hidup..Sibuk nak dekat dengan
Allah tak der pulak..sekali Allah tarik, semua urusan, semua kerja kau tak
boleh buat..
Dek kehidupan Yang Tak Pernah Terhenti Sehingga Ajal Menjemput..Ahh..Pandai Pulak Aku Berkata-kata err..Tapi Bukan Hakikat Ker?.
Itu pun kalau Allah bagi kita kesempatan untuk
bertaubat, untuk dekat dengan Dia, untuk sentiasa bersyukur..tapi kalau Allah
tarik semuanya dalam sekelip mata..mana kesempatan kita nak dekat dengan Allah, nak minta ampun
dengan Allah, nak bersyukur dengan nikmat Allah..Ya Allah takutnya rasa..tetiba
terasa azab di sana entah macam mana..
Sebab tu semasa dan selagi kita ada kesempatan
ni, janganlah lalai dengan dunia..jangan terlalu alpa..Ingat setiap nikmat yang
kita rasa ni semua Allah yang bagi dan semua ni hanya pinjaman..Kalau kita mati,
nikmat yang kita rasa sekarang mampu bantu kita kat sana ker?. Mampu buat kita
bahagia?. Atau nikmat ni hanya mampu buat kita meratap dosa-dosa kita.Dan kalau
boleh kembali ke dunia, nak jer kembali. Tak nak ulang lagi, nak sentiasa dekat
dengan Allah..ader ker lagi peluang macam tu..dah tentu-tentu takder lagi..
So selagi hidup ni la..kita kena sedar semua
ni..kena ada rasa malu yang kuat..Allah dah bagi segala nikmat hidup..silalah
bersyukur dan bahagi-bahagikanlah nikmat yang kita dapat ni..Mungkin ada
selebihnya hak orang lain yang Allah bagi melalui kita…dan kita kena ingat banyak
mana yang kita beri untuk orang lain, banyak tu la juga yang kita akan dapat
kat sana nanti..Jadi kalau seciput jer yang kita bagi, seciput jer la yang kita
dapat kat sana nanti..cukupkah nak bantu kita kat sana??..jadi fikir-fikirkan
yer..
Emm dan satu lagi, dah lama fara tak update
entry kat sini..bukan sebab tak nak berblog lagi tapi sebab masa itu sangat
beharga..aicewah..hihi…jadi yang mana perlu didahulukan, akan didahulukan yang
mana perlu dikemudiankan, akan dikemudiankan..
Dan sekarang akhirnya..datang semangat
baru..berblog demi bangsa dan negara....uhuhu..iyo..yo..jer kamu ni en..
Sekian…..
No comments:
Post a Comment