Assalamualaikum :)
In fact..saper yang tak pernah buat salah..kita Cuma
manusia biasa yang di lahirkan ke bumi untuk menjadi khalifah di bumi ini..tapi
kita bukanlah Nabi atau Rasul yang maksum...
Sabda
Rasulullah S.A.W ; "Manusia itu tidak sunyi daripada membuat kesalahan dan
lupa."
Sebaik-baik manusia pun pasti akan pernah juga
membuat kesalahan..begitu juga dengan aku atau korang semua kan..
Tapi disebabkan kesalahan yang kita buat tu la kita semakin matang dalam berfikir dan
membuat keputusan..Yup dulu memang kita pernah buat salah tapi kesalahan
setidak-tidaknya mendatangkan kebaikkan kepada kita..membuka mata kita, dan
membuat diri kita lebih pandai menilai..percaya tak apa yang aku cakap ni..
Kalau kita tak pernah buat silap, asyik betul
memanjang..kita tak kan berada pada tahap yang lebih elok..still di tahap yang
sama..orang lain dah ke atas..kita masih kat bawah..sebab apa sebab kita dah
rasa diri kita ni cukup bagus..*aku tak pernah buat salah, keputusan, tindak
tanduk,pemikian aku sentiasa betul* dan
disebabkan itulah kita tak move on kedepan lagi..sentiasa berasa diri tu
betul..
Sapa kata kesilapan yang pernah kita buat tu
boleh menjahanamkan kehidupan kita?? Saper-saper kata?? Saper setuju?? Angkat kaki
tangan..en hehe..tak yah la tangan dah la tu pun aku tak nampak pun en..
Sebenarnya tak..kesilapan kita akan memberi
pengajaran buat kita..memang kau akan rasa lemah, down buat seketika..tapi
ingat Allah ada..Allah tak kan biarkan kau seorang hadapi..Bertapa besar pun kesalahan
kita, dosa kita..tapi Allah ni Maha pengampun, Maha penyayang..Dia akan bagi
peluang untuk berubah..so kita ambik peluang tu ubah diri kita supaya jadi
lebih baik..
Percaya tak kenapa Allah biarkan kita membuat
kesilapan…sebabnya dengan kesilapan la kita boleh berubah menjadi seorang yang
lebih baik..see..Allah lebih pandai mengatur hidup kita kan..Tak kan
la..selama-lamanya kita tak kan buat silap..kalau macam tu..aman dunia, manusia
pun still akan berada pada tahap yang sama..
Sekurang-kurangnya kesilapan yang kita buat tu
boleh ubah diri kita..dari jahat kepada baik, dari malas kepada rajin..macam
aku ni malas bebenor nak kemas rumah..so bila orang datang, rumah lintang
pukang..orang mengata..mak mula bising..terasa diri sangat bersalah..mahunya
nak kembalikan masa sebelum orang datang tu sebab nak kemas elok2 rumah..ha
bila dah rasa bersalah ofcoss la aku nak berubah..tak nak la kejadian semalam
berulang lagi kan..buat malu jer..
Macam tu la juga dengan orang lain pun..salah
dalam menilai dan buat keputusan..tiba-tiba kontrak tak dapat..bos marah..gaji
kena potong..esok nekad tak nak buat salah lagi,takut gaji kena potong lagi..so
dia akan berusaha dan berusaha sampai dia boleh berada kat depan.,.betul
tak..betul tak..ha cam tu ar ibarat dia..
Kalau pernah buat dosa besar pun..jangan kata
kita ni dah teruk sangat-sangat dah..fikir la ada orang lagi teruk..tiba-tiba
Allah turunkan bala..sebab apa..sebab Dia nak kita sedar dan berubah..Dia tak
nak kita hanyut lagi..Allah tu Maha pengampun lagi Maha penyayang..Dia bagi
kita peuang untuk berubah..Ha apa lagi rebut la peluang tu..Jangan la rasa diri
tu jijik sampai tak nak berubah pulak..
Walau jahat mana pun kita, walau macam mana
pun buruknya kita,tapi Allah masih mahu menerima kita. So berubah..tak perlu
rasa diri tu jijik..macam kau saja yang buat dosa..ingat..Allah tu lebih
mengetahui..tak yah la nak berteka-teki sangat..kalau berdoa, Allah terima ker
doa tu..Tu semua kerja Allah..yang penting teruskan niat kita nak berubah ke arah
lebih baik..tinggalkan yang yang tak baik..Allah lebih mengetahui setiap apa
yang kita buat..yang penting teruskan niat kita kerana Allah dan kerana diri
kita nak berubah..
Firman
Allah lagi dalam surah al-furqan ayat 70 ; "Kecuali orang yang bertaubat
dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan
menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
So macam mana?..Dah boleh fikir? Dengan satu
kesalahan jangan pulak kita nak hokum diri kita..yang kita ni dah tak
baik..Kesalahan tu boleh buat kita jadi lebih baik sebenarnya..
p/s: Jangan pulak kau minta Allah tutup aib kau
dengan kesalahan kau tu, tapi aib orang, kesalahan orang kau sibuk pulak nak
canang sana-sini..Takut kat dunia Allah tutup aib kau tapi kat akhirat Allah
buka pulak aib kau..Nauzubillah..jauhkanlah..Minta, doalah supaya Allah tutup
aib kita dunia akhirat..Amin…
Sekian…..
5 comments:
Nice post! Betul betul betul... Keep up!
terima kasih..;)
terima kasih..;)
org bersama org yg sabar
yup..betul tu..
Post a Comment