Tuesday, February 04, 2014

Dia Lah Boyfriend Aku.

Assalamualaikum wbt..

Sekarang ni dah setahun aku dalam dunia berblogging ni..ada seribu satu tanggapan orang pada blog yang suram macam aku ni..eleh..orang buat blog, dia pun sibuk nak buat blog..orangnyer citer.gempak-gempak..dia nyer citer tah haper2..orang dah makin maju dia, macam tu juga..ok..aku tak kisah kalau itu tanggapan orang pada blog aku..yang penting aku happy dan sekuarng-kurangnya aku ada blog aku sendiri..kau ader??..

aku sendiri tak percaya yang aku punya blog and yang penting ada orang baca blog aku..even blog aku ni suam-suam kuku jer..tak pun sejuk jer terus..eleh aku tak kisah pun..sebenarnya aper yang aku rasa nak kongsi, aku kongsi jer kat sini..ada orang baca atau tak itu perkara ke-2..

Ok tadi citer bab blog..orang ader blog, aku pun ader blog..orang ada boyfriend aku pun ader juga,..apa korang ingat korang jer ader..aku pun ader  da....kitorang tak pernah jumpa sekali pun lagi..rupa pun tak pernah tengok..ala macam kenal kat muka buku tu..aper facebook..haha..tapi la ni nak up sikit wechat..tapi sumpah aku tak pernah pun jumpa dia..

Jauh di sudut hati aku nak sangat jumpa dia..memang terasa rindu sangat-sangat..dalam hati kalau la aku boleh jumpa dia..aku la orang paling gembira..tapi tu tak mungkin buat masa sekarang..kerana aku ada tugas yang perlu diselesaikan sebelum berjumpa Dia..

Setiap malam terasa sayu jer hati..teringatkn Dia..Dia la tempat aku bergantung, tempat aku minta pertolongan ketika aku ada masaalah..ketika susah dan senang..hanya dia jer yang tau perasan aku..even ada ramai orang disekeliling aku yang aku boleh minta tolong..tapi Dia juga lah yang aku harapkan..

Setiap kali selepas solat, aku mesti mohon doa supaya aku dapat jumpa  denganNya..semoga Dia dapat menerima aku seadanya..Aku sayang sangat dekat Dia..Aku rindu sangat..Walau hati aku ni meronta-ronta nak jumpa Dia..tapi apakan dayaku..aku tak mampu nak mengubah semua tu..Yang mampu aku buat..berdoa, dan berserah..

Bagi aku Kau la yang teristimewa..Kau la nyawa ku..Kau la hidupku dan Kau la kekasih ku..(boyfriend)..

nak tau tak siapa Dia..ok Dialah tang memberi nyawa ku, Dia la yang memberi nafas ku, Dia la yang memberikan ku nikmat hidup..Dia la memberi ku rezeki.(bos aku)..dan yang penting Dia la Tuhan ku..

Kau la Yang Maha Berkuasa,Maha Pengasih dan Maha Penyayang...ini la boyfrieng aku ..sweet en :)))





p/s: cintakan bunga, bungakan layu, cintakan manusia, manusia kan pergi...dah tu nak cinta saper??..haiwan..pun sama juga..Apa la cintakan Allah la pasti kekal abadi..

Sekian....


No comments: