8 March Malaysia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawatnya iaitu MH370 yang membawa penumpang ke Beijing, China. Dikatakan pesawat ini tiba-tiba hilang dari radar pada awal pagi 8 March..Sumber juga berkata pesawat ini membuat pusingan balik..Tapi tidak diketahui kenapa ianya membuat pusingan balik..Tiada isyarat kecemasan yang dibuat oleh juruterbang atau kapten pesawat tersebut..hampir sembilan hari sudah kehilangan pesawat MH370..tapi sampai sekarang tiada lagi berita penemuan pesawat tersebut..Kejadian ini tidak pernah lagi berlaku dalam dunia penerbangan. Ianya juga mendapat liputan yang meluas oleh semua media dari luar negara yang berkampung di sini..Sangat memeranjatkan dunia..
Pelbagai cara telah digunakan oleh pihak kerajaan termasuk meminta bantuan dari negara luar..Namun hasilnya masih belum ditemui..Ramai pakar turut membuat kajian mengenai kehiilangan pesawat ini termasuk pakar dalam dan luar negara..Tapi masih juga menemui jawapan..
Ok..sekarang ni aku bukan nak buat ulasan berita, aku tahu semua diantara kita umumnya sudah mengetahui tentang berita kehilangan pesawat Mas MH370 yang membawa penumpang dari KLIA ke Beijing..Yang menjadi tanda tanya aku sekarang ni ialah sikap segelintir kita yang hanya tahu membuat spekulasi atau menjadi pakar tak bertauliah untuk menunding jari kepada pihak-pihak tertentu..Cukuplah hentikan semua spekulasi tu..
Sebagai rakyat Malaysia cukuplah kita mengambil ikhtibar dari kejadian ini, dan berdoa semoga para penumpang dan krew MH370 ini selamat. Bukan dengan menuduh pihak tu salah, pihak ni salah..Aku cukup kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia ni..
Fikirkah korang tentang perasaan keluarga mangsa yang mengharapkan kepulangan ahli keluarga mereka. Cukup-cukuplah dengan membuat kenyataan yang tidak langsung menolong dalam misi mencari pesawat berkenaan..
Bagaimana keadaan keluarga mangsa dengan komen-komen korang yang hanya mengguris hati mereka?? fikir tak? dan cuba pulak korang bayangkan korang di tempat mereka dan ada pulak manusia yang bercakap itu, ini kepada keluarga korang??..
Petikan dari Harian Metro sabtu lepas
Allah lebih tahu segalanya. Mereka adalah orang-orang yang terpilih untuk diuji dan bukan korang. Kalau Allah dah tetapkan tiada siapa pun yang boleh menolak. Jadi ambillah ikhtibar dari peristiwa ni. Biar pihak kerajaan atau pihak-pihak tertentu yang menyelesaikan semua ini. Kita tunggu berita dari mereka dan jangan sesuka hati membuat berita tanpa tahu hujung pangkal..
Sebagai umat islam doalah senjata utama.Jadi teruskan berdoa untuk keselamatan mereka, dan semoga Allah permudahkan kerja-kerja mencari pesawat ini..Cukup-cukuplah untuk kaitkan semua ini dengan macam-macam isu yang kita sendiri pun tak tau betul ker tidak..jangan pulak kita yang jadi pemfitnah..dosa memfitanah adalah lebih besar..
Sekarang ni jagalah tutur bicara korang, kalau hendak mengeluarkan sesuatu kenyataan di media sosial, tak kira la facebook ker, twitter ke, instagram ker eper ker..fikir baik ker buruk pada pihak yang membacanya juga, fikir juga perasaan keluarga mangsa andai mereka terbaca apa yang korang tulis..
Sebagai rakyat Malaysia aku tidak akan berhenti untuk berdoa supaya mereka semua selamat dan pesawat MH370 ditemui..Aku harap korang pun akan terus mendoakan untuk mereka.Jangan berhenti berdoa..
picture from google
Sedikit-sebanyak peristiwa ini telah membuat aku berasa insaf dan kerdil sangat..sedih yang tidak terhingga walaupun tiada ahli keluarga aku yang berada dalam pesawat tersebut..semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku, kita dan korang semua..Kuatkanlah iman kami dan ingatkanlah kami supaya kami tidak leka lagi dengan duniawi..Amin Ya Rabb..
p/s: entry khas untuk pembaca
pray4MH370
picture from google
Sekian.....
3 comments:
Always pray for MH370 :')
Alhamdulillah..sama-sama kita doa..:)
Hai,cantik nye blog. Blogwalking sini . berminat nak join business 1whp ? modal serendah rm55 . wechat:asmizazul25
whatapps:0177052170
Post a Comment