Sunday, October 13, 2013

Bila Hati Dah Tak Tau, Otak Pulak Semakin Kusut.


 Assalamualaikum

Lately ni aku selalu tak sempat nak buka fb, nak on wechat, whatsapp bagai.. Kadang-kadang nak tengok tv pun memang tak menyempat. Banyak benda aku kena fikir dan kena buat. Kadang-kadang rasa macam tak adil pulak.aiyaa

Sekarang ni hidup aku pun dah tak serupa bikin.Kacau bilau orang kata..
Rasa macam adoii cik gayah oi penat la mak nak habaq..hihi..really2 penat.seyes memang aku tak tipu dan aku bukanlah  penipu..Rasa macam tak terurus pulak life aku. 
Kalau orang lain tok tet-tok tet dok menekan keypad handphone, eh tak..tak.. sekarang ni orang main touch2 jer le cik fara oi..Sungguh terasa jeles benar aku.. 
Mana tak jelesnyer  jangan kata nak touch2 skrin handphone..nak touch handphone pun tak menyempat..memang tahap meroyan orang kata hidup aku ni..

Kadang-kadang teringat pulak zaman budak-budak tak berapa nak cukup akal dolo..dolo..tu…hihi..boleh main, makan, sesuka hati jer nak buat apa pun. 
Yang paling best tak payah sangat nak memikio soal hidup ni..bila esok jer nak start sekolah, mula nak macam-macam..ala mak nak demam la, sakit perut. 
Boleh pulak dok memikio lakonan yang macam mana aku nak buat ni. Esok nak sekolah malam ni dah start nak demam. Nak panadol  la, sejuk la.aicewah lakonan la sangat. 
Mak aku tau, hang tau dak.. tak payah la nak menipu..

Tapi kekadang tu menjadi juga la kononan aku.. supaya tak terjejas baiknya lakonan aku, muka biar nampak macam orang sakit..makan buat-buat tak lalu padahal lapar nak mampus..
Horey aku kalau berjaya, dok dalam bilik diam-diam konon-konon demam padahal dok bersenang lenang nu ha..haremmm..tak sakit pun..

Tapi boleh bayang tak kalau tak menjadi..kadang-kadang mak aku faham sangat dah aku punya alasan tak berapa cukup isi, mak aku awal-awal lagi dah dapat baca apa ada dalam kepala hotak aku ni. 
Mak aku seorang yang tegas nak mampus time dolo..dolo..tu. 
Kalau lakonan aku tak Berjaya memang nahas la aku kena denda .tak der can nak bersenang lenang kat rumah.. 
Makan tak boleh, tengok tv tak boleh yang paling menyedihkan main pun tak boleh wey…berpinau bijik mata aku tengok bebudak lain dok main kat luar rumah.. 
Zaman tu kan, tak der erti la kalau tak boleh main beb. 
Tak boleh bergerak 90 darjah pun macam lembu kena cucuk hidung..dok moh…moh..aku pulak dok mak..mak… nak pi main..Jawab mak aku no..no…haha..
 boleh bayang tak muka aku time tu macam mana?..serupa cuka terlebih dalam kuah mee+ kopi pekat tak de susu…wahaha..

Bila kena denda tahap gaban macam tu, esok terus insaf nak pi sekolah.
Pukul 5 pagi dah bangun tak payah mak kejut..senang giler aku bangun..tapi hampeh sekejap jer aku insaf pastu macam-macam balik..

Mana tak nya kalau ader subjek tak best, cikgu pulak garang, keja sekolah tak siap..tak ker banyak lakonan lagi aku kena buat..tambah-tambah bila esok cikgu Tiger Malar ngajar..memang aku kecut perut, mana tak kecutnyer..dengar nama jer dah meremang bulu tengkok..
Tak takut ker dengan Tiger..wehihi..sorry cikgu..gurau jer. 
Tapi betul la cikgu Tiger memang garang macam tiger..Ader saper tak takut tiger cer bagitau..
Hah memang takut wey garang giler..macam mana aku tak buat lakonan mantop..kalah bintang popular Maya Karin..opss…sorry..

Tu la hidup kan…seronok pulak bila ingat balik..tapi sekarang macam kehilangan sangat zaman-zaman best tu. 
Kadang-kadang aku ni tak berdunia dengan orang..kawan-kawan pun aku buat derkk jer..
Demi nak capai cita-cita aku..aku terpaksa korbankan untuk sementara waktu  zaman bersuka ria tu. Kepada kawan-kawan, gua minta maap sangat sebab selalu diamkan diri dan buat derkk jer.. 
Ajak keluar tak nak keluar, msg semua tak berbalas..call pun tak berjawab..kesian kan kawan-kawan aku dapat kawan macam aku..
Tapi InshaAllah nanti bila semua kerja aku dah selesai..boleh la aku temankan korang, keluar dengan korang macam sebelum ni..Buat masa ni aku memang sibuk..siang full time keje, malam study, hari minggu tetap study..celah mana aku nak bersosial..bila ada masa sikit..mata pun tak menyempat dah wey..terus nak memejam..kadang-kadang  tidur macam tu jer seolah-olah hidup ni aku yang punya..
Jangan kata nak bersosial pun tak dapat, makan pun main telan-telan jer, mandi semacam kobau mandi..hihi..sudah membuka pekung di dada nampaknya....

Tu la selagi hidup ni, boleh di isi dengan benda baik-baik isi lah..hargai setiap detik tu sebab belum tentu masa akan datang kita boleh rasai detik-detik macam tu lagi kenn?.. 

Bila Hati Dah Tak Tau Otak Pulak Semakin Kusut, bersangkut paut ker tajuk aku dengan cerita aku ni..kelaut nampaknya..Ah peduli apa aku..dah memang hati aku memang tak tau nak kata apa lagi  bila otak pulak semakin kusut dok memikir..meroyan ke haper ni.. Cis poyo kata abang aku..wahaha..

Ok la…so kepada mak aku,sorry yer mak..pasal kes dolo…dolo..tu menipu jer keje..bila kena marah kelat jer muka..tapi macam mana pun kena marah anak mak ni tetap kiut kan…hahaha..perah santan betul..

Kepada cikgu aku Tiger malar..sorry…gurau jer tau..
Last sekali aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang mengenali aku, di blog atau di mana sahaja ok...

.....Peace…..

.....Sekian.....

4 comments:

Niena Reen said...

amboi2 macam2 idea bila tak nak gi sekolah ya. hahaha. saya pula dulu kalau tak nak pergi sekolah terus buat keras bila dikejut. lepastu mak mengamuk panggil cikgu datang rumah. saja tau mak nak malukan org nak kasi pi sekolah. grrrrr... >.<

Gadiss Kecil said...

haha...idea memang macam-macam..janji lakonan meletop...tapi sekarang tak buat lagi...dah insaf.hihihi...insaf ker? *_* errr...

Unknown said...

fara ni ada bakat belakon ni.. hehe ;)

Gadiss Kecil said...

yer ker? oppsss kembang rasanya buntut ni..hihihi..tq :) belum cuba belum tau kan?..