Monday, March 17, 2014

Kecewa Dengan Sikap Segelintir Rakyat Malaysia

Assalamualaikum wbt..

8 March Malaysia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawatnya iaitu MH370 yang membawa penumpang ke Beijing, China. Dikatakan pesawat ini tiba-tiba hilang dari radar pada awal pagi 8 March..Sumber juga berkata pesawat ini membuat pusingan balik..Tapi tidak diketahui kenapa ianya membuat pusingan balik..Tiada isyarat kecemasan yang dibuat oleh juruterbang atau kapten pesawat tersebut..hampir sembilan hari sudah kehilangan pesawat MH370..tapi sampai sekarang tiada lagi berita penemuan pesawat tersebut..Kejadian ini tidak pernah lagi berlaku dalam dunia penerbangan. Ianya juga mendapat liputan yang meluas oleh semua media dari luar negara yang berkampung di sini..Sangat memeranjatkan dunia..

Pelbagai cara telah digunakan oleh pihak kerajaan termasuk meminta bantuan dari negara luar..Namun hasilnya masih belum ditemui..Ramai pakar turut membuat kajian mengenai kehiilangan pesawat ini termasuk pakar dalam dan luar negara..Tapi masih juga menemui jawapan..

Ok..sekarang ni aku bukan nak buat ulasan berita, aku tahu semua diantara kita umumnya sudah mengetahui tentang berita kehilangan pesawat Mas MH370 yang membawa penumpang dari KLIA ke Beijing..Yang menjadi tanda tanya aku sekarang ni ialah sikap segelintir kita yang hanya tahu membuat spekulasi atau menjadi pakar tak bertauliah untuk menunding jari kepada pihak-pihak tertentu..Cukuplah hentikan semua spekulasi tu..

Sebagai rakyat Malaysia cukuplah kita mengambil ikhtibar dari kejadian ini, dan berdoa semoga para penumpang dan krew MH370 ini selamat. Bukan dengan menuduh pihak tu salah, pihak ni salah..Aku cukup kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia ni..

Fikirkah korang tentang perasaan keluarga mangsa yang mengharapkan kepulangan ahli keluarga mereka. Cukup-cukuplah dengan membuat kenyataan yang tidak langsung menolong dalam misi mencari pesawat berkenaan..

Bagaimana keadaan keluarga mangsa dengan komen-komen korang yang hanya mengguris hati mereka?? fikir tak? dan cuba pulak korang bayangkan korang di tempat mereka dan ada pulak manusia yang bercakap itu, ini kepada keluarga korang??..


Petikan dari Harian Metro sabtu lepas


Allah lebih tahu segalanya. Mereka adalah orang-orang yang terpilih untuk diuji dan bukan korang. Kalau Allah dah tetapkan tiada siapa pun yang boleh menolak. Jadi ambillah ikhtibar dari peristiwa ni. Biar pihak kerajaan atau pihak-pihak tertentu yang menyelesaikan semua ini. Kita tunggu berita dari mereka dan jangan sesuka hati membuat berita tanpa tahu hujung pangkal..

Sebagai umat islam doalah senjata utama.Jadi teruskan berdoa untuk keselamatan mereka, dan semoga Allah permudahkan kerja-kerja mencari pesawat ini..Cukup-cukuplah untuk kaitkan semua ini dengan macam-macam isu yang kita sendiri pun tak tau betul ker tidak..jangan pulak kita yang jadi pemfitnah..dosa memfitanah adalah lebih besar..

Sekarang ni jagalah tutur bicara korang, kalau hendak mengeluarkan sesuatu kenyataan di media sosial, tak kira la facebook ker, twitter ke, instagram ker eper ker..fikir baik ker buruk pada pihak yang membacanya juga, fikir juga perasaan keluarga mangsa andai mereka terbaca apa yang korang tulis..

Sebagai rakyat Malaysia aku tidak akan berhenti untuk berdoa supaya mereka semua selamat dan pesawat MH370 ditemui..Aku harap korang pun akan terus mendoakan untuk mereka.Jangan berhenti berdoa..

picture from google


Sedikit-sebanyak peristiwa ini telah membuat aku berasa insaf dan kerdil sangat..sedih yang tidak terhingga walaupun tiada ahli keluarga aku yang berada dalam pesawat tersebut..semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku, kita dan korang semua..Kuatkanlah iman kami dan ingatkanlah kami supaya kami tidak leka lagi dengan duniawi..Amin Ya Rabb..

p/s: entry khas untuk pembaca
        pray4MH370

picture from google

Sekian.....


Sunday, March 02, 2014

Sepetang Di Perlis Hoi...


Assalamualaikum wbt..


Teman nak koba kat sini, hari tu teman ada la pergi jalan-jalan sat kat Negeri Perlis dengan kawan teman Si Joyah Kecik..Bukan teman tak pernah pergi Perlis ni..haih menipu sangat la kalau tak pernah pergi, sebelah kg teman je kot..Tapi haih tetiba hari tu macam jatuh cinta la pulak dengan Perlis ni..Bukan apa teman tengok macam cantik jer Perlis ni, bersih je ar dah tu yang penting..tak jam..jam…tau tak jam? Pening kot kalau jam..memang teman meroyan la kalau teman terperangkap dalam jam satu jam..hahaha..teman kalau bab meroyan memang power habis..Muka berkerut macam kain tak gosok setahun..hahaha..de kena mengena ker…lantak ar..en..


Selamat Datang Ke Perlis Indera Kayangan..siap ada keris sebesar-besar alam lagi kau..huhu



Asal pergi Perlis nak makan-makan ja, n ambik angin sikit-sikit  tetiba..macam syok pulak..haih pa lagi..Keluarkan handphone yang hensem ni klip..klip ambik gambaor ar..tunggu lagi..teman suka ni..suka…Bila masa teman jadi orang perak sedangkan kg teman kat sebelah Perlis ja kot…hihihi..relax..relax..aku memang suka bagi kontroversi murahan semurah harga kangkong kat pasar..aip..haahah..

Kalau korang nak tau Perlis ni la satu-satunya tempat makan dia murah-murah..setahu aku la..Ni aku nak habaq..aku belasah sizzling mee dengan air teh o ais kat satu kedai nama apa ar..bugjet corner kot *lupa-lupa ingat.. nak tau berapa? Ha..baru RM5 lebih jer kot..RM5 tu.kat lain boleh dapat ker?..Kat Aloq Staq pun tak dapat kot..Aku suka aih..suka giloss..Kalu macam ni hari-hari aku nak makan kat Perlis..huih biar orang kata melampau janji duit aku jimat..baper hinggit ja duit minyak nak g Perlis kalau dari rumah aku ni..memang la rumah aku kat Kedah tapi jarak dia bukannya macam Kedah ke Peneng..dekat jer pun..Aloq Staq dengan Perlis kalau dari rumah aku ni..lebih kurang jer dekat dia..


sizzling mee..emm nyum..nyum..murah giloss.


So setelah sepetang dok menjelajah Perlis, akhirnya aku dapat keputusan yang Perlis ni sangat cantik dan tenang..sesuai sangat untuk sapa yang putus cinta nak layan perasaan tu..bukan apa, bukit ada, laut ada, taman ada, angin ada..semua ada ar..Bak kata aku sendiri, apa nak semua ada..so memang sesuai sangat la hampa nak layan perasaan jiwang karat yang kalau tak di cuci mau berkarat reput, rosak tak boleh buat apa dah..Ha..macam tu ar juga manusia ni kalau dok layan perasaan tu tanpa buat apa2 perubahan dok menangis hari-hari..macam karat tu ar..dah lama-lama karat reput la..nak buat apa pun tak boleh dah..dah tak guna g dah..huhu..sempat lagi aku menyelit ni en  haha..


Ha ni tempat yang paling aku suka dia punya ni macam pelamin pengantin..cayer tak..hah tengok tu dia punya hiasan belakang and atas..waduh cantik dong..gamak nak save bugjet mai la buat kat sini..lagipun ni dia macam pentas tau..hh memang sesuai sangat la..majlis bersanding atas pentas tengah-tengah Pekan Kangar ni..huhu..


Macam cantik jer..macam cantik jer..macam cool jer..hahaha..



Aku dengan my fren, SI Joyah Kecik yang aku cakap awal tadi tu..ahahah..sory...ok.ok..Joyah Kecik bukan nama sebenar yer.. 


So, senang cerita aku sangat suka Perlis ni..dengan suasana dia yang tak huru-hara, kereta pun tak banyak, boleh lending-lending g atas jalan, bersih,dan yang penting makanan dia murah-murah belaka haih..tergugat iman aku nak makan dua tiga kali ni. Walaupun shopping complex dia tak banyak setahu aku yang besar sikit pun The Store tu jer la yang duduk tengah-tengah Pekan Kangar tapi dia punya suasana dia perhhh..memang tak dapat kat lain..Pekan dia pun best kot..walaupun tak banyak shopping complex besar2..Ada apa dengan shopping complex besar-besar kalau hidup kena berlumba-lumba nak berebut transport, nak redah jam, nak makan berduyun-duyun manusia, nak kena bayar duit lebih..ahhaha..aku tak suka suasana macam tu..so bila ada kat Perlis huh..rasa tenang setenang..tenangnya aku nak habaq kat hampa…

Ha..ha..mana nak pi..mana nk pi..pilih..pilih..duit sendiri mau pilih la mana nak pi pun..i don care..brahaha..

Weh jangan tak tau..kat tengah-tengah pekan ni ada globe besar untuk memudahkan korang nak pilih tempat melancong seterusnya..hahaha..



Entah kenapa bila teman tengok ni, teman rasa macam kat Peneng pulak..macam art-art gitu..kan kat Peneng ada Street Of Art kan..betoi dak tak tau aih nama dia..Ha bila tengok ni terjumpa bangunan lama macam ni boleh ar feeling-feeling macam dok kt Peneng tu ha....





Ni pulak pantai kat Kuala Perlis tu..Kalau nak tengok sunset mai tang ni la ci kak, cik abang, cik adik yer..cantik sangat..best..best..


Sebelum nak tengok sunset, elok la pekena laksa dulu..perhhh..sedap nak mampus tahap meleleh air hidung..hehhe..Semangkuk Rm3 jer..rugi tak makan kalau mai Kulala Perlis ni wey..


Mengkalau rasa nak pi shopping ala-ala holiday kat Thailand..hampa boleh jer g nu ha apa nama orang panggil..Padang Besar..ha boleh jer pun..siam, petani semua ada..Orang kata Jeans kat sini murah-murah n cantik-cantik oo cutting dia n design dia..satu lagi jesei..owh cun..aku memang suka gilorr..sebab apa tau aku penah g sini dengan my brother nak beli jesei..auww tertawan n kabur mata nak pilih yang mana sebab dia punya rekaan tak der lagi kat lain..harga dia pun tak mahal kot..bila aku balik cari kat Peneng n Kl tak jumpa design macam aku beli tu lagi….huhu kagum aku..dah tu harga pulak mahal tak macam kat Padang Besar ni..dia punya kain jesei tu pun ok..best giler..kalau nak beli banyak-banyak pun boleh..kot-kot nak buat pesta sukan office ke sekolah ka, universiti ka..semua boleh..macam yang abang aku selalu buat…

Ok ar..last sekali nak gebang lebih pun tak boleh sebab banyak lagi tempat aku tak kunjung lagi kat Perlis ni..baru dua tiga tempat tu pun dah buat hati aku cair, tertawan, menawan, tertarik nak g selalu..uhhu…best..best..


owh la Perlis..


K..Nak kunyah gula-gula getah tapi tak larat, gigi tak mau kunyah sebab penat..kenyang tak pun..excercise jer lebih..muka tak kecut-kecut pun, tembam semacam jer..en..nak buat aper lagi tido ar..ok bubye..

Sekian…..