Monday, September 29, 2014

Otak satu, tapi ada kanan dan kiri

Assalamualaikum


Semasa anda duduk, putarkan kaki kanan anda mengikut arah putaran jam.

Dalam masa yang sama cuba tulis nombor 6 menggunakan tangan kanan anda
Kaki anda akan bertukar putaran secara spontan, atau tersangkut


Cepat cuba. Sekarang!


Menarik tak?



Fakta ni saya jumpa masa terjah satu blog untuk membaca tentang otak kanan dan kiri.
Ini membuktikan perhubungan otak kanan dan kiri dalam menentukan pergerakkan.
Rupanya kita belum kenal diri kita lagi. Hihi





Pelik tak, kenapa kita ada otak kanan dan kiri? kenapa tak satu jer sebab pada dasarnya otak kita satu jer pun.  kenapa kena dibahagikan kepada dua iaitu kanan dan kiri?. 
ermm tak tahu pulak nak menjawabnya.
Mungkin lumrah kita dijadikan berpasang-pasangan.hihi..
contoh tangan kita pun ada kiri dan kanan kan?.



Apa fungsi otak kiri? Otak kiri berfungsi dalam hal-hal yang berhubungan dengan logik, rasional, kemampuan menulis dan membaca, serta merupakan pusat matematik. Bahagian otak ini merupakan pengendali intelligence quotient (IQ). Daya ingat otak bahagian ini juga bersifat jangka pendek.



Orang yang banyak menggunakan otak kiri ni biasanya lebih analitikal, mengikut perancangan, ada susunan atau prosedur. Otak terikat kepada realiti. Apa yang dilihat. Mereka ni selalunya akan proses fakta, secara terperinci dan logik dulu baru benda lain. Penuh dengan strategi. Skematik lah. Orang otak kiri biasanya kalau memilih hadiah adalah dari jenis yang praktikal seperti beg, jam, atau buku.




Sementara itu otak kanan pula berfungsi dalam perkembangan emotional quotient (EQ). Misalnya mereka lebih bersosial, komunikasi lebih baik, interaksi dengan manusia lain serta banyak bergantung kepada emosi. Pada otak kanan ini terletak kemampuan intuitif(gerak hati), kemampuan merasa, dan ekspresi tubuh, seperti menyanyi, menari, dan melukis. Mereka juga lebih kreatif.




Kalau anda cenderung pada seni mungkin banyak gunakan otak kanan. Teheeeeee. Mereka biasanya memberi hadiah dengan warna-warna menarik, hiasan-hiasan dan lebih kreatif.




Masih tak dapat kenal pasti anda dominan di otak mana?


Jom tengok gambar ni, perhatikan betul-betul



 Dan kemana arah wanita ini berpusing?



Mengikut kajian, kebanyakkan lelaki melihat wanita ini berpusing ke kanan (mengikut arah jam)
Manakala sebahagian besar wanita melihat ia seakan berpusing ke arah kiri (lawan jam)




Dikatakan sekiranya kita melihat ia berpusing kearah kanan maka otak kita dominan di kanan.
Dan sekiranya kita melihat ia berpusing ke kiri maka otak kita dominan di kiri.
Ada yang dapat melihat ia bertukar kedua-dua arah. Tak pasti macam mana boleh terjadi.




Ajaib! Hebatkan kemampuan otak?



Nak tahu saya dapat melihat ia berpusing kearah mana??
hehe..jawapan dia saya dapat melihat ia perpusing kedua-dua arah iaitu kanan dan kiri tetapi kanan lebih lama dan kiri sekejap saja. mungkin saya lebih dikuasai otak sebelah kanan..dan kadang-kala dapat menggunakan kedua-dua otak untuk berfikir dan melakukan sesuatu.



Tips untuk anda mengetahui anda dominon pada otak mana? Tipsnya fokus memberi arahan kepada otak.


Sekian..selamat mencuba.


Sunday, September 28, 2014

Tegurlah Dan Nasihatilah Dengan Berhemah.



Assalamualaikum  ya  semua  pembaca (:


Hari  ni  fara  tak  nak  cakap  banyak  sebabnya  fara  sendiri  tak  tahu  samaada  fara  perlu  cakap  atau  pun  tak..


Fara  betul-betul  suka  pada  seseorang  yang  punya  buah  fikiran  dan  tutur  kata  yang  baik  tapi  fara  tidak  suka  pada  seseorang  yang  berperasan  baik  dan  sempurna.  Tak  salah  untuk  komen  dan  menjadi  pengkritik  hebat  terhadap  sesuatu  perkara  atau  terhadap  seseorang..Tapi  apalah  salahnya  jika  buah  fikiran,  nasihat  dan  teguran  atau  pendapat  yang  ingin  kita  sampaikan  biarlah  ada  adab  dan  sopannya..


Perlukah  kita  memaki-maki  orang  lain  hanya  kerana  dia  berbuat  satu  kesilapan  atau  adakah  kita  memeperlecehkan  seseorang  hanya  kerana  caranya  berlainan  dengan  kita  atau  adakah  kita  perlu  bersikap  ego  dan  sombong  dalam  memberi  pendapat  dan  komen  hanya  kerana  kita  tidak  bersetuju  dengan  pendapat  orang  lain?. Perlukah  kita  berbuat  begitu?


Apakah  kita  rasa  yang  kita  cukup  sempurna  sampai  merasakan  yang  semua  orang  tidak  betul?.  Bukankah  dengan  memaki  hamun  seseorang  itu  hanya  kerana  statusnya  menampakkan  yang  diri  kita  sendiri  bodoh.. kalau  tidak  bodoh,  aper?  Ooo..rendah  ilmunya.  Tiada  sabar  dan  hanya  tahu  mencari  kesalahan  orang  dan  mempersendakan  orang  lain..


Apakah  kita  tidak  sedar  yang  kita  telah  mengaibkan  orang  lain.  Apa  kita  tak  nampak  kesalahan  kita..  hey  kawan..  ingatlah  bukan  kamu  tidak  berlaku  jahat,  bukan  kamu  tidak  ada  keburukan  tetapi  ingatlah  Allah  menutup  aib  kamu.  Jika  Allah  membukanya  apakah  yang  kamu  rasa?  Apakah  kamu  jauh  baik  dari  orang  yang  kamu  aibkan  atau  apakah  kamu  jauh  lebih  teruk?.


Jadi  bersyukurlah  sementara  Allah  masih  menutup  aib  kamu..  Dan  ingatlah  tak  semua  orang  sempurna  di  dunia  ini  dan  jangan  ingat  yang  kita  ini  terlalu  sempurna.. Jika  ingin  memberi  pandangan,  nasihat  dan  teguran  biarlah  dengan  cara  yang  betul.  Beradab  dan  berhemah..



Jangan  pernah  merasa  diri  itu  cukup  sempurna  sampaikan  meletakkan semua  kesalahan  pada  orang  lain.  Berasa  ego  dan  sombong. Sedangkan hakikatnya  kita  tidak  layak  untuk  menghakimi  sesiapa  pun.  Setiap  orang  ada  pendapat  dan  pandangan  sendiri,  setiap  orang  tidak  pernah  terlepas  dari  melakukan  kesalahan,  tegurlah,  bimbinglah  dan  jangan  sesekali  menghukum.


Sekian…..

Thursday, September 25, 2014

Jika Tertangguh Sehingga Penghujungnya, Sungguh Rugi!!


Assalamualaikum w.b.t...Selamat Pagi. Pagi yang cukup-cukup tenang...


Dia  sangat  taat  beribadah  pada  Sang  Pencipta.. Dia  juga  menjalankan  setiap  ibadah  sunnah..Dia  seorang  yang  amat  menitikberatkan  soal  agama.  Dia  juga  sangat  menjaga  waktu  solatnya,  "katanya  tidak  mahu  dilewat-lewatkan  atas  sebab-sebab  yang  tidak  perlu".


Akan  tetapi  dia  tidak  pulak  berhijab.  Sebab  apa  berhijab?  sebab  dia  adalah  seorang  wanita.


Bila  ditanya  kenapa,  jawapannya  inshaAllah  yang  penting  hati  dulu  yang  berhijab..


Biar  berulang-ulang  kali  ditanya,  dia  hanya  tersenyum  dan  menjawab  perkara  yang  sama..


Setiap  amalan  sunnah  mesti  dilakukannya,  setiap  tutur  bicara  mesti  dijaganya,  ibadatnya  sentiasa  dijaga..cuma  satu  jer  yang  tidak  dilakukannya  lagi  iaitu  berhijab.  Mungkin  juga  dia  belum  bersedia  pada  pemikiran  kita  tapi  sampai  bila  sedangkan  amalan  lain  sangat  dijaga  olehnya..


Suatu  malam........


Dia  bermimpi  di  sebuah  taman  yang  sangat  indah.  Rumputnya  sangat  hijau,  berbagai  jenis  bunga  bermekaran.  Dia  merasakan  segarnya  udara  dan  wanginya  bunga.  Ternampak  juga  sebuah  sungai  yang  sangat  jernih  hingga  dasarnya  kelihatan,  melintas  di  pinggir  taman. Ditambah  angin  yang  dingin dirasakannya..


Dia  tidak  sendiri.


Ada  beberapa wanita  sepertinya  juga  dilihat  sedang  menikmati  keindahan  taman.  Dia  pun  menghampiri  salah  satu  wanita.  Wajahnya  sangat  bersih  seakan-akan  memancarkan  cahaya  yang  sangat  lembut..



"Assalamu'alaikum, saudariku...."


"Wa'alaikum salam. Selamat datang saudariku."


"Terima kasih. Apakah ini syurga?"


Wanita itu tersenyum, 
"Tentu saja bukan, saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum ke surga."


"Benarkah? Tak dapat kubayangkan seperti apa indahnya syurga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini."


Wanita itu tersenyum lagi, 
"Amalan apa yang bisa membuatmu kemari, saudariku?"


"Aku selalu menjaga waktu solat dan aku menambahnya dengan ibadah sunnah."


"Alhamdulillah.."


Tiba-tiba  dia  terlihat  ada  sebuah  pintu  yang  indah  dihujung  taman. Pintu  itu  terbuka  dan  dia  melihat  ada  beberapa  wanita  sedang  memasukinya  satu-persatu..


"Ayuh kita ikuti mereka", kata wanita itu setengah berlari.


"Apa di sebalik pintu itu?", katanya sambil mengikuti wanita itu.


"Tentu saja syurga saudariku", larinya semakin cepat.


"Tunggu..tunggu aku.."


Dia  berlari  namun  tetap  tertinggal.  Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenym kepadanya. Dia tetap tak mampu mengejarnya meski dia sudah berlari. Dia lalu berteriak, 


"Amalan apa yang telah kau lakukan hingga engkau begitu ringan?"


"Sama dengan engkau saudariku.", jawab wanita itu sambil tersenyum.


Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, dia berteriak pada wanita itu, 
"Amalan apalagi yang kau lakukan yang tidak kulakukan?"


Wanita itu menatapnya dan tersenyum. Lalu berkata,
"Apakah kau tidak memperhatikan dirimu, apa yang membezakan dengan diriku?"


Dia sudah kehabisan nafas, tak mampu lagi menjawab.


"Apakah kau mengira Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke SyurgaNya tanpa berhijab menutup auratmu?"


Tubuh wanita itu telah melewati pintu.


Tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar, memandangnya dan berkata,

 
"Sungguh sangat sayang amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini untuk dirimu. Cukuplah syurga hanya sampai kepada hatimu karena niatmu adalah menghijabi hati."


Dia tertegun...


Lalu terbangun.. beristighfar lalu mengambil air wudhu. Dia tunaikan solat malam. Menangis dan menyesali perkataanya dulu.. berjanji pada Allah sejak saat itu ia akan menutup auratnya..


Sungguh  rugi  bukan  kalau  ianya  terjadi  kepada  kita???..


p/s: sumber farahlee.......


Sekian..perkongsian  malam  ini..semoga  bermanfaat  buat  kita  semua..