Friday, June 20, 2014

♥ PLKN




Assalamualaikum  and hai..

Dah 2 3 hari aku tak mengupdate blog ni. Dan sekarang tangan ni macam kekok-kekok pulak nak menaip entry..hehe..nampak tak..nampak tak yang aku mengada sangat..ngehngehngeh…


Back to the topic yo..2 bulan lepas aku ada ke kem PLKN dengan tujuan nak melawat sedara aku yang ada kat sana. Aku ke kem PLKN Guar Cenderai, Perlis. Tau tak kem tu dekat-dekat mana?. Sekali aku pergi, ha kau dalam hutan dekat dengan Padang Besar nu ha. 2, 3 langkah lagi dah sampai Padang Besar..Kalau kena tinggal sorang-sorang mau menangis aku kat situ, hutan keliling dengan sunyinya lagi.. Eh takut mak..

Sebelum tu, aku sajikan korang dengan gambar alam yang hijau menghijau ni dulu, cantik kan..kan?

 kereta aku tersenarai dalam gambar diatas..sila teka..ngehgehgeh..


Ni la, jalan masuk ker kem, pintu utama.


Ok la, tak nak melalut lagi  sekarang aku nak citer serba sikit pasal PLKN ni. PLKN  sebenarnya adalah nama singkatan kepada Program Latihan Khidmat Negara. PLKN ni diadakan tiap-tiap tahun dan wajib kepada semua pelajar-pelajar yang terpilih sahaja dari kalangan pelajar-pelajar lepasan SPM. Ulang sekali lagi Wajib k dan bukan sunat. Jadi kepada sesiapa yang terpilih dikehendaki melapor diri di Kem yang diberikan oleh pihak PLKN. Kat mana pun wajib pergi. Dan jika ada pelajar yang tidak pergi tindakan akan diambil.. Tindakan yang macam mana, itu aku tak tak tahu la. Waran tangkap ker, sebat ker,blacklist ker aper ker aku tak tahu..


PLKN akan diadakan  3 sesi bagi tiap-tiap tahun. Tujuan PLKN ni diadakan mayb untuk  melatih pelajar-pelajar supaya lebih bertanggungjawab dan berdikari. Aku cakap macam ni sebab aku tengok sedara aku selepas jer dia masuk PLKN, 80% dah berubah, 20% lagi dalam usaha. Dari pemalas dah jadi rajin, kemas, hidup teratur,  ada matlamat,  tahu apa yang dia nak, lebih bertanggungjawab dan yang penting berdisiplin..Wahh..bagus sangat.. PLKN ni memang bagus sebab melatih fizikal dan minda yang positif. Shabasss PLKN.


Dan seperkara lagi yang best pasal PLKN ni..jeng..jeng..jeng kalau korang nak tahu selepas jer tamat latihan setiap pelajar akan menerima elaun selama 3 bulan diorang berada dalam kem.. best ni. Dah la bagi makan, pakai percuma dapat duit lagi kau..Aku pun nak..rugi giler aku tak dapat join PLKN.. huh sedih-sedih..


Tak boleh masuk PLKN pun tak per la, janji boleh menepek kat bas PLKN pun cukup la..janji PLKN..Kau ader??..hehhe.


Munurut mulut sedara aku cakap, mula-mula tu memang la tak best dalam sehari dua jer sebab tak kenal saper-saper lagi, kawan pun tak der. Bila dah kenal tak ingat dah nak balik rumah.. Nada macam best giler jer kan. Kasi aku jeles betoi.. Dah la macam-macam aktiviti diorang buat, menembak la, berenang la, panjat sana-panjat sini la, kawad la. Hurm best aih.. Tu aktiviti fizikal dan mental kt luar, aktiviti dalam kelas pun ada. Ada sesi pembelajaran. Ada tugasan2 yang diorang kena buat. Tugasan berkumpulan dan bersendirian. Ceramah  untuk bagi kesedaran pun turut diberikan.. Untung sangat-sangat aih..


Hari cuti pulak 2hari seminggu iaitu hari sabtu dan ahad. Masa hari cuti ni ibu bapa, atau family atau kawan-kawan boleh la nak datang melawat tapi Cuma hari ahad jer terbuka untuk kaum keluarga atau orang luar masuk berjumpa dengan pelajar. Time ni pun best sebab boleh masak banyak2 then bawa g makan kat kem macam berkelah, bersuka ria gitu. Mak-mak tu boleh masak lebih sikit g makan dengan anak-anak kat dalam kem.. Anak-anak kat dalam kem tu dari sorang boleh jadi sepuluh orang dengan tiba-tiba..jangan terkejut, sabau jer la..agagaga..silap-silap boleh jadi mak angkat pulak..hehe..


 Ni gambar aku dengan sedara aku yang pakai baju PLKN tu. Yang sebelah kanan aku ni Mak Tokk aka my mom k.


Hekeleh posing tak ingat orang sebelah, kang dah tak dapat masuk dalam gambar. gambar kau jer la sedabak besar err.. Sory mak, bukan salah fara salah orang yang ambik gambar ni tak pandai bajet..ngehngehngeh..



Moral of the story PLKN ni melatih pelajar jadi manusia yang berguna, manusia yang tahu tanggungjawab sebagai manusia, hamba kepada Allah, anak kepada kedua ibubapa, abang, kakak atau adik kepada sedara-sedaranya. Tahu matlamat hidup, lebih berdisiplin dan lebih yakin untuk meneruskan hidup masa akan datang..


Aicewahh..macam akak-akak senior pulak rasanya..tapi memang akak la kan kalau dah kau PLKN pun baru nak masuk..hekhek *senyum2 sumbing sat.


Walauapapun PLKN ni memang terbaik..jom nyanyi sama2 lagu PLKN..hehe..semangat kau..

Wira Wirawati Harapan Bangsa
Tiba Masa Kita Berjasa
Kita Sahut Cabaran Begerak Seiringan
Demi Mencapai Wawasan


Kenali Rakan Pelbagai Budaya
Selami Warisan Kita yang Kaya
Bersama Bergandingan Tiada Perbezaan
Kita Warga Malaysia


Berkhidmat Untuk Negara
Berbakti Penuh Setia
Satu Hasrat Satu Semangat Satu Tekad Bersama


Kami Wira Wirawati Negara
Kini Masa Kami Berjaya
Kami Sahut Cabaran Bergerak Seiringan
Kami Pasti Mencapai Wawasan

Kita Sahut Cabaran
Bersama Bergandinga
Berkhidmat Untuk Negara..MALAYSIA!..


Ok..bubye...malas dah nak taip..

p/s: saper tak pergi PLKN memang rugi macam fara then saper pernah join PLKN mai la kongsi citer..komen sikit..ehemhemm..



Sunday, June 15, 2014

Bagaimana?


Assalamualaikum

Malam ni, aku tak nak pot pet-pot pet just nak tanya soalan jer..bagaimana? So bagaimana n bagaimana n bagaimana?
sila la jawab sahabat-sahabat ku sekalian..kalau korang jawab perh..memang korang terer tahap gaban ni..hehe..

Dah soalan pun tak tau hujung pangkal, gaimana kami nak jawab.
korang mesti cakap macam ni, betul tak? 
Eleh gurau jer la, tak yah la kerut-kerut muka tu kang cepat sangat tuanya cik odah hoi..

Sebagai perempuan dan manusia yang punya akal fikiran dan nafsu yang menjadi-jadi, buat yang ke sekian kalinya aku nak tanya bagaimana yer seseorang tu berjaya? ofcos usaha tangga kejayaan..yess aku tahu tu.
Tapi bagaimana dia memulakan sesuatu tu? 

Bagaimana dari orang biasa boleh jadi orang luar biasa yang still manusia biasa..?ngehngehngeh.

Bagaimana dia memulakan langkah pertama? Macam ni la kalau dia tak der aper-aper kelebihan, i mean berlajar tak tinggi, rupa tak der la sangat, kenalan pun dari orang yang tak famous de amor pun, just kenalan yang biasa jer. Kesenangan atau kekayaan pun tak der. Tapi bagaimana dia memulakan langkah dia? kalau yang ada kelebihan tu maybe ada sedikit kemudahan kat situ..tapi orang yang tak der paper ni bagaimana yer?

Dari segi penelitian aku, orang yang maju sikit kedepan ni, tak kisah la dalam bidang apa pun.. Aku check latar belakang diorang macam orang yang agak berada dan punya rupa paras yang cun.. Latar belakang keluarga, terdiri daripada keluarga yang senang dan berilmu. Totally memang macam tu..

So, persoalan aku, bagaimana orang yang tak der sikit pun kelebihan mampu berjaya macam diorang-diorang tu. Kalau datuk siti tu sebab suara dia yang mantop meletup + rupa yang cun. 

Kalau acey yang bintang mencari bintang tu sebab pandai buat lawak g masuk audition terus menang, kalau black mentor sebab suara dia sedap juga dan dapat mentor meletup..

Dan kalau aku?..hehe..

bagaimana yer??

So bagaimana yer?? 

Fening jap..100 hari dah fikir sebab nak jadi berjaya juga dalam bidang aku nak ni..Huhu..kena usaha lebih ni nak lawan orang yang dah diatas..tak kan selamaya nak di bawah jer. Tunggu la engkorang..miahaha. epps gurau jer. Just nak cakap kalau nak sesuatu tu, kena la usaha kuat sebab bukan senang nak jadi senang dan bukan susah pun nak jadi susah..so pilih la yer..


Selangkah dah melangkah, jangan mengundur semula

Orang yg dah diatas tu jangan la pulak korang pandang sebelah mata jer dekat yang di bawah ni. Yang diatas tu kalau nak bertahan haruslah bersyukur dan ingat tanpa ada yang di bawah tiada juga yang di atasnya boleh bertahan. Kalau blog kau ramai followers, jadi sebutan tak kan sebab kau sorang2, tentu la sebab followers ko yang support ko sampai sekarang.

p/s: any tips untuk dikongsi, ada jawapan untuk soalan bagaimana? sila la komen.hehe..


Ok.. Aku pun nak usaha,nak usaha,nak usaha

Go..go..goal..yeyy..brazil menang malam tu..besh..hakhak..

Bubye..

Puji Diri Sendiri La


Assalamualaikum wbt..


Sudah beberapa hari aku rasa macam more kepada keanak-anakkan sikit diri aku ni..tehee. lalalalala :) 
Tak tahu kenapa bila aku rasa malas dan bosan diri aku tiba-tiba boleh tukar menjadi supa anak-anak kecil yang terlebih perlukan kasih sayang..ngehngehngeh..*_*

Walaumacam mana pun hari ni, aku cuba menjadi seorang dewasa semula yang boleh digelar sebagai kakak. Walau pada dasarnya aku adalah adik yang bongsu sekali k..

Rupa aku memang sweet seventeen la kan walaupun aku rasa aku perasan sendiri, tapi itulah hakikatnya..agagaga..
Walauapapun aku tidak rasa rendah diri dengan kurniaan Tuhan tapi aku memuji setiap kurniaan Tuhan pada aku.
Jadi aku memang sweet seventeen la kan?...miahahaha..

Jangan dikutuk kerana adakah salah, aku memuji kurniaan Tuhan terhadap aku?. jadi aku amat bersyukur..

Rasa-rasa umur aku ada tak macam sweet seventeen..lalalalala..


Eh..haihai. hoihoi..terlupa pulak yang ada orang tengah membaca kata-kata aku ni. ahahaha.. Kalau mau menjadi macam aku, pujilah diri anda sendiri supaya anda tidak terasa sedikit pun rendah diri dengan diiri sendiri..


Last but not least..Jaga diri, jaga akhlak, jaga maruah dan yang penting jaga nama keluarga anda terutama ibu bapa anda.


p/s: tips supaya tak rasa rendah diri walaupun diri aku memang rendah..miahaha..


Sebelum mengakhiri entry aku kali ini.. SELAMAT HARI BAPA buat ayah-ayah di seluruh dunia. Tidak kiralah apa pun panggilan anda.. Anda tetap bapa kepada anak-anak anda.

SELAMAT HARI BAPA kepada En Abdul Hamid iaitu bapa saya lerrr..ngehngehngeh.

Till then, bubye..


Friday, June 13, 2014

Saya Bo..Bo..Bosan..


Assalamualaikum.


Salam Hari Jumaat. Jumaat yang selalu buat aku rasa nak tido sampai malam..agagaga.. Tangan, kaki, mata, telinga aku selalu buat hal hari jumaat ni. diorang tak nak aku kerja keras, selalu buat aku nak terbungkang atas katil jew. Tapi manew boleh, kena cepuk lew. Banyak lagi kojer aku nak kena buat. Kata nak berjaya..haha.


Sesungguhnya aku bosan la hoi.. Semalam, aku nak g kojer juga walaupun hujan lebat, dengan demam tak sembuh2 lagi. Rajin kan aku. Hahaha. Tapi setelah dipujuk-pujuk oleh kakak ipar aku, akhirnya aku mengalah..ciss..ngehngehngeh..padahal aku yang pemalas. 


Setelah aku asyik bercuti sebab demam yang tak henti2, akhirnya aku mula terasa bosan yang amat. Jadi aku tiada tempat untuk meluahkan rasa bosan aku. Nak bagitau mak, kena bebel 10 hari 10 malam, jadi aku pun ambik keputusan luah kat blog Mak Senah ni jew ler. Dengan itu korang la pulak terpaksa menjadi pendengar untuk aku yo. Kalau tak nak dengar asal ko masuk blog aku ni ha?. Haa..pegi-pegi kalau tak suka jangan menyemak kat sini.. Wah, tak sopan langsung aku sejak kebelakangan ini. sebab otak aku tengah jem ok. jem mangga yang masam tu.


Jadi apabila bosan aku mula, membuka-buka membelek-belek gambar anak buah aku yang selalu buat aku tak bosan. 


Jadi moh la kitew tengok sama-sama sambil makan apa yang patut, takut korang terasa geram pulak dengan dak hariss ni, merangkap anak buah aku la.


Mula-mula kita warm up dulu..Ni pun boleh jadi katil bujang ni. mana-mana saja pun boleh tido l..kata dak harris ni.


Dah start sikit, ambil baldi opah n hanger dulu..

 Hahaha..sesi berlatih cara ado ku kisah dah mula dah.., masukkan kepala dalam baldi dulu k. Saper nak try boleh jer yer, tiada kesalahan untuk try. "Dak harris yang kata tau".


 Then cuba bangun sikit-sikit dengan kepala di dalam baldi.


Dan akhirnya..yeyehh..aku berjaya.Yes aku la pakar memotong rumput di abad ini. dak harris ni kata ini gaya atok potong rumput dekat kebun..agagaga..


Dan dak harris dah penat, dalam baldi pun boleh..hahaha.


Dan..ini..ini..askar kemetot. Tak perlukan topi bagai, hanya gunakan periuk opah untuk melindungi kepala.Dan senduk ditangan adalah satu-satunya senjata termahal di masa kini..akakaka. Dak harris buntut tonggek..


Setelah selesai tugas seharian menjadi manusia berguna untuk membantu masyarakat.Tibalah masanya dak harris merebahkan diri.merehatkan kepala otak dari memikirkan apa agenda seterusnya. Dak harris tidak kisah kabinet tv dijadikan katil bujang. Dak harris sangat selesa tido disini. Dak harris kata, tak perlu membazir beli katil mahal2 untuk dia. Duit tu boleh simpan untuk dak harris tawen suatu masa nanti..akakaka..



Hahaha..cayalah harris. baguihkan anak buah aku ini.untung kakak ipar n abg aku ada anak macam ni... Acu tabik springg melantun kat harris 100x..agagaga..


Bagus-bagus. Kecik-kecik dah boleh jadi askar, besar-besar mesti boleh tolong orang ni. Terutama acu yang selalu sokong 100% aktiviti dak harris ni..ngehngehngeh..


Ni la time bosan dak harris macam-macam dia boleh buat, tapi time aku bosan tak kan la nak buat cam dak harris ni. Kang mak aku cakap buang tebiat ker haper anak aku ni. Tiba-tiba baldi baju kau nak buat main-main. Untung sungguh jadi budak-budak ni..Huwaaaa..tak bestnya jadi dewasa..


Dah..dah..aku pun malas nak merepek dah. hari ni otak tepu, tak berapa nak betui sikit. taip entry pun tak berapa nak betoi. otak jem mangga masam betoi..


Bubye engkorang semua. Nah muuahh..muuahh untuk engkorang..hahaha.. eh kalau korang nak tau..Dak harris ni kesayangan aku tau.. Jangan berani-berani kutuk dia, aku lempang korang. 

Sasau..sewel..sengal..sesui,sasaui, sewele,sewelu, sengeleh,senegeluh..sesei..susui..Ok tak? haha.selamat melatihkan diri menyebut perkataan diatas.jangan
 malas-malas..Tak baik..

Bubyee...



Wednesday, June 11, 2014

Mari Kita Tengok Siapa Yang Kena?


Assalamualaikum wbt...

Salam sayang juga untuk semua..lalalalala.muuah.eeeyekk. hihi..terima kasih lagi sekali kat korang semua sebab sudi datang blog fara ni. Tak kira la korang online guna komputer riba ker, komputer atas meja ker, atas tilam ker, guna ipad ker, guna samsung note2 ker, guna iphone ker, guna 3310 ker,*eh boleh er?? hehe.. Owh tak kisah la..aper-aper pun yer..


Hari ni, fara malas and malas and malas nak taip entry panjang-panjang. Dah malas sangat nak taip panjang-panjang, hari ni fara nyer mood agak suam-suam kuku sebab malam tadi dah demam. Habis sakit badan aku ni, tido pun tak nyenyak sebab teringat dia bukan sebab demam...hahaha..ok gurau-gurau..sebab dia la aku demam ni.ngehngehngeh...


Back to the topic la, dah lama aku tak toleh belakang tengok balik aper yang pernah jadi kat aku. Dan yang penting dah lama ucapan terima kasih kat orang-orang yang selalu ader dengan aku tak diucap oleh aku. Kesian mereka-mereka itukan kenal orang macam aku. Cuma aku harap mereka tak menyesal lagi untuk ada di sisi aku..miahaha..


Rugi tau tak kenal fara, sebab fara suka minta tolong dengan orang. tak kisah la tolong aper pun. Cuma tolong cebokkan jer belum lagi..muahaha. Saper yang tak nak kenal fara memang rugi sebab tak berkesempatan dan tak dapat rasa perangai aku yang suka minta tolong ni. Memang rugi..Saat-saat macam tu tak kan ader dengan orang lain..ngerr~~~


Oleh itu, hari ni fara berbesar hati nak kasi penghargaan kat engkorang yang selalu tolong fara..


Mari kita tengok saper yang kena, saper yang tersenarai dalam list fara ni..dan sila cakap terima kasih kat aku juga yer. dengan syarat hati mau ikhlas.hehe..


Terima Kasih kepada Emak sebab selalu masak sedap-sedap bagi fara makan sebab anak dia memang malas sekarang ni.

Terima Kasih kepada Along sebab selalu tolong fara, Sesuai sangat panggilan along sebab selalu tolong bagi fara macam-macam, selalu dahulukan duit dia dulu dengan ucapan lepas ni fara kasi balik dan selepas itu terus dilupakan oleh fara..huwaaa.kesian.

Terima Kasih pada Anne sebab jadi kawan yang suka bawa fara g beli dan minum teh ais. Kalau boleh tiap-tiap hari pun fara on jer..hehe.

Terima Kasih kepada Ateh,sebab selalu x backup fara pun :(

Terima Kasih dia Aiman sebab suka ambik hati fara sampai cair, tapi suka buat fara tunggu-tunggu dan tanya-tanya. Suka hilang-hilang :(

Terima Kasih yer Ijoy sebab dah bertahun-tahun kecewakan fara.

Terima Kasih pada Laptop yang suka buat fara duduk beghejam-ghejam on9 sampai kelabu asap mata fara.

Terima Kasih pada handphone sebab selalu bagi maklumat dengan pantas sekali. Gosip sangat handphone fara ni.

Last sekali Terima Kasih pada anak-anak fara iaitu kucing-kucing berbulu lembut berhati mulia, penuh kasih sayang sebab diorang jer sayang fara. Terima kasih sebab bagi fara tido tak lena tiap-tiap malam jaga korang.


Ni la anak-anak fara yer, bukan anak orang tapi anak kucing k.comel tak?? haha. Gambar pun lari-lari sebab kucing-kucing ni tengah main kojar-kojar katanya..


Last dan last Terima Kasih..Terima Kasih dan Terima Kasih..

p/s: saper yang tersenarai sila inform fara, ada hadiah lumayan menanti korang..nak call boleh, nak wasap boleh, nak wechat boleh, nak email pun boleh. Tak der masalah..k..ekekeke..

Ok, majulah korang untuk fara yer..eh!! ngehngehngeh..

Nak sambung verangan dulu, nanti sambung lagi..
Bubyeee..


Monday, June 09, 2014

Rasa Tersentap sekejap Kau...


Assalamualaikum

Selamat malam, hai korang-korang semua. Malam ni fara rasa emmacam ader something yang tak berapa nak kena dengan diri. Sejak siang tadi lagi mood macam boleh-boleh la jer. So aper kata jom la kita kongsi-kongsi citer kat sini. Aku citer kat kau, kau citer kat aku..huhu..

Hari ni fara nak citer bab rasa dan perasaan ni. Tak kisah la perasaan macam mana sekalipun, suka, marah, sedih atau tengah mengong ker janji ia adalah perasaan yang kita rasa time-time tertentu. Adakala mood kita ni cepat benor berubah. Betul tak?, korang pernah rasa tak?.

Hari ni, fara memang ikhlas nak bagitau ni..hehe. hari ni jeng..jeng..jeng..suprise...hahaha..nipu jer tu, tak der la suprise pun. Geram ada la.

Korang suka tak kalau ada orang yang komen negetif dekat status korang, padahal status tu tak der la mantap sangat pun just status suka suki jer. Tapi ada makhluk yang komen macam-macam, cakap korang macam-macam. Bengang tak?. sure la bengang kan?..*aku tanya, aku sendiri jawab..majukan aku?haha

Tahu tak..benda ni jadi kat fara. Bila fara update status ni..ok bunyi dia macam ni..
"Dalam hati ada taman, dalam taman ada bunga, dalam bunga ada madu, dalam madu ada?...."

Macam tu la lebih kurang ayat fara.. Niat hati ni nak bergurau-gurau jer pun, tak der terniat aper pun. Tapi tak sangka pulak ada makhluk Allah (lelaki) ni tak puas hati. Dia ada komen then cuba mengisi tempat kosong dalam ayat tersebut.. Tapi bila fara jawab, jawapan dia salah.. Yang lawaknya tak boleh terima kenyataan. Fara bergurau jer pun.

Makhluk ni siap cakap macam-macam lagi kat fara, siap cakap fara ni timing la, macam-macam lagi la, nak citer panjang aper dia cakap pun macam tak best jer. Fara pun aper lagi kasi la ayat power juga. Bunyi dia macam ni:

"Aku tak kacau kau pun, per masalah kau ni. Benda kecik pun nak gaduh, macam budak-budak."

Dia jawab..

"Kenapa tak remove jer aku dalam frenlist ko?. Kenapa tak block jer aku. Bukan tak pernah buat kan, sebelum ni pun selalu buat kan?."

Fara jawab..

"Hey tak der masa la aku nak block2 orang ni, nak remove2 orang ni. Aku pun tak sedar yang ko ni ader dalam frenlist aku. Asal ko jer yang tak remove aku, kan senang"..

Ha..see..macam budak-budak kan gaduh. Padahal fara rasa benda bodoh jer pun. Setahu fara, tak der pulak fara block orang sebelum ni termasuk la makhluk tu. Hurm agaknya dia kot yang suka block2 orang pastu ingat kiter ni sama macam dia kot..hish tolong la..Tak der masa nak buat benda alah tu..macam sengal jer...Bila tak suka block, remove..bila suka add la bagai..hermm..bukan fara kot..

Tak faham betulkan manusia ni...Yang sentap sekali siap dia cakap macam ni kat fara..
"Baru aku tau, ko ni tak der la solehah pun. Pakai jer tudung".

Sentap fara dengar, terus jawab macam ni..

"Ha memang pun, ader ker aku cakap aku solehah?. Tak payah nak solehah sangat kot dengan lelaki macam ko ni. Dapat pahala ker?..

Ha hambik, kau ingat aku ni pempuan tak reti nak berbalas-balas ker, lembik..tolong yer..

Terus dia cakap ader aku kisah, then terus hilang..Ha pandai pulak..dah kena batang hidung sendiri. Kalau tak kisah asal la sibuk sangat dok cakap aku macam-macam.. Manusia-manusia..

Kadang-kadang tak faham kan, perangai orang ni. Aper yang diorang nak pun tak tau..Maybe cinta ditolak kot terus meroyan..ngerrr~~~~

Fara rasa elok la kita jaga adab kita bila bercakap dengan orang kan, tak kisah la kat mana-mana pun. Orang pun ader hati juga even kita ada masalah peribadi sekali pun jangan libatkan orang lain yang tak tau aper-aper pun. I mean lepaskan kat orang yang tak sepatutnya. Bawa-bawa la bertendang sama..eh silap bertenang...hehe.. Bawa bersabar. Orang lain pun ada hati, perasaan juga, jangan ikut kepala otak sendiri jer..


Ingat tu!!!

Last but not least kepada makhluk tu, kalau kau ader masalah bawa-bawa la istikhfar sama, selawat banyak-banyak..

Ok. dah kena cakap bukan perempuan solehah pun still boleh senyum lagi ni.. kau boleh?..neghngehngeh..


Senyum walaupun aku bukan perempuan solehah..:)
dan
Doakan aku menjadi solehah yer, inshaAllah
 

Selamat Malam..bubye..peace yo!!
*feeling sedih jap.......sebab bunga dengan madu pun aku nak sedih kan? haha..tapi kalau kena madu memang patut sedih la kan..ngerrr...

Sunday, June 08, 2014

Ohh Teh Ais Ku :)


Assalamualaikum..


Eh hai korang, hari ni fara datang semula menempek kat blog suram ni. Sejak akhir-akhir ni macam aktif semacam pulak aku kat blog ni.. ehhehe. Biasala kan budak tak berapa nak cukup akal ni memang suka suki dia jer nak ader ker tak der ker.. Eh..silap akal aku cukup ker tak cukup err???? emmm...


Hahaha.. korang nak tahu tak tajuk kali ni macam nerd..nerd sikit kan?? Aper kena mengena teh ais dengan aku pun tak tau la. Teh ais tu dah macam nyawa aku dah.. Kalau tak dapat minum dalam satu hari tu mau demam.. demam ok, demam. ngehngehngeh..tipu sangat.. 


Oh Teh Ais


Oh teh ais ku,
kau nyawa ku, 
kau juga juga teman setia ku setiap kali aku dahaga,
kau ubat ku,
oh teh ais ku...


krikkk..krikk..krikk..

Ha siap ada sajak untuk teh ais ni..haha..Nak citer la kan, fara memang penggemar teh ais. Biar la orang nak cakap aper pun asal dapat minum teh ais, aku dah tak kisah. Bumi terbalik pun aku still boleh rasa nikmat minum teh ais ni..ngerrr.. *aku kat mana pun dah tak tahu time tu..


Huwateverrr la.. teh ais ni dah macam serasi sangat dengan jiwa aku, dengan diri aku, dengan mulut aku dan yang paling penting dengan tekak aku. Aku ni tak der la ayu sangat setiap kali g kedai makan ker, restoran ker, aper ker  asyik-asyik order jus..jus..jus.. orenge jus la, apple jus la.. bla..bla..bla.. la..
Tidak sama sekali.. aku lebih rela g kedai bodoh-bodoh tepi jalan tu jer semata-mata nak minum teh ais. Kalau korang nak tau, teh ais kat tepi jalan tu lagi sedap, piauuu kemain..emm memang best.



Ha..hambik kau tengok la gambar teh ais ni..Hari ni semua gambar teh ais yer, tak der gambar lain-lain ok!!!


Aku ni orang yang simple jer, tak memilih pun asal kau bagi aku teh ais..ok dah zip mulut duduk diam-diam..miahaha.. tapi nak yang piau yer..piau yer.. Ingat tu!!!!. *kata tak memilih..ngehngehngeh..propa sangat.

musti tak sodap ni..cair jer aku tengok..oiihhh opsss..cakap siang pandang-pandang..huhuuu


Ok, malas dah nak citer sebab i tengah minum teh ais ni. nanti ganggu pulak i nak menikmati teh ais iollls ni..ok bubye..eeeeyekkkk..haha..


p/s: saper macam fara, maih kita kongsi citer kat sini..jangan malu-malu, jangan segan-segan macam i...ekekeke..:)

p/s: gambar semua dari pak google yang setia tu..


OH TEH AIS.......



Saturday, June 07, 2014

Baik Atau Tidak Berkawan Di Alam Maya?.


Assalamualaikum...

Peacee yo !!! n hai korang..


Hari ni berbekalkan kutrat keringat tulang 4 kerat ni, fara dengan senang hati walaupun rasa malas-malas  bersusah payah create entry ni. Walaupun kadang-kadang rasa sentap dengan semua orang baik lelaki mahupun perempuan, tetapi dekat blog tak pernah nak sentap tau..miahahaa...


So aper kabar cewek-cewek and cowok-cowok semua, rasa bangga tak korang bila buka blog aku ni..ngerrrr~~~ @_@. penuh tipu helah disitu, nak bangga pe la hai..suam-suam sejuk jer pun..



 Sebelum tu maih tatap dulu gambat kiter..kiter..buat halwa mata sebelum baca ayat-ayat seterusnya..muahahaha..
Saper berkenan maih masuk minang cepat-cepat. Enter cepat-cepat..hahaha..mengong tul.



Back to the topic la, ekceli hari ni fara nak mengupas isu berkawan tapi belum pernah bersua muka. Maksudnya di alam maya ni.  *Dah macam edisi siasat lah pulak nadanya. hehe.. Tapi aper pendapat korang tentang benda ni?.. Adakah salah jika kita berkawan tapi masih belum pernah pun bersua muka, bercakap depan-depan?. Salah tak? bagi aku benda ni tak salah pun kan?. Tapi depend juga la pada diri masing-masing. Macam aku, aku suka berkawan, kenal ramai orang, lagi ramai lagi aku suka. Boleh kongsi-kongsi cerita. Aper yang kita tak tau pun kadang-kadang kita boleh tau. tapi perlu hati-hati juga la kan..


Aku banyak pengalaman pasal benda ni, banyak la kawan yang aku dapat melalui benda alah maya-maya ni..i mean aku dapat melalui facebook, wechat sekarang ni yang tgh up sikit tu, twitter tak sangat sebab aku tak banyak kawan kat situ. Jadi bila tak banyak kawan aku pun malas nak aktif sesangat..hehehe.. boleh kira la dengan jari..  123456... Tapi dulu-dulu korang ingat tak zaman frenster, ha kat situ pun aku ada juga dulu tapi yang banyak sekali aku dapat kawan melalui YM (yahoo messenger). Hah kat sini memang berlambak kawan aku dapat..


Dari situ semua, aku dapat tambah kawan-kawan aku. Tapi kawan, kawan juga, hati-hati pun kena la juga. Mana la tau kawan yang kita kawan tu musuh dalam selimut kita sendiri ke kan?..Saper tau.. memang dia tu punya agenda dia nak rapat dengan kita atas sebab-sebab tertentu.. Dan kena ingat juga nak berkawan tu boleh tapi benda peribadi-peribadi sangat tu tak payah la nak kongsi sangat tambah-tambah yang baru kita kenal..Takut juga. Zaman sekarang ni semuanya kena hati-hati..


Korang tau la ka, aku ni mood macam-macam sekejap-sekejap aku happy, sekejap-sekejap aku sentap, sekejap-sekejap aku ngerrr...aper-aper la..so mood yang tak menentu ni la buat aku mula nak cari kawan-kawan yang boleh ceriakan aku atau kongsikan paper jer la..


Even aku tak kenal pun kawan-kawan kat alam maya ni, hanya just tengok gambar-gambar diorang jer, diorang ni sebenarnya membantu aku. Kawan yang dah kita kenal and yang belum pernah kita jumpa ni lain sikit. Better kalau aper-aper aku suka borak-borak dengan kawan-kawan yang aku tak pernah jumpa lagii ni. Kawan-kawan yang dah memang kita kenal, rapat dengan kita ni lain sikit, kadang-kadang mudah sentap.. Kang aku pun nak sentap juga kott.. so aku suka chit-chat dengan kawan-kawan kat alam maya ni. bagi aku tak jumpa langsung pun tak per..ngehngehngeh...


Tak der la bukan aper, kawan-kawan yang kat alam maya ni kadang-kadang suka bagi mood aku yang suram tetiba penuh warna-warna pelangi sangat..hehe..diorang macam lebih memahami sikit. 


Nak tau tak dulu aku pernah gaduh dengan sorang kawan aku ni.. * Ni citer betul yer.. Mulanya aku kenal dekat benda alah tu la YM. Start chit chat, dia tegur aku..then aku pun ok la.. Borak pi borak mai..boleh pulak kitorang gaduh tahap tak tau la nak cakap. Mengong dua-dua. Siap aku cakap dia macam-macam, toyol la, dia cakap aku langsuir la..siap ngutuk-ngutuk lagi.. memang menci giler la sebab dia selalu sakitkan hati aku.. Last-last sekali dia la yang menjadi sahabat baik aku sampai sekarang. Dia suka tolong aku, then nasihat aku terutama bab solat, bab agama. Selalu ada bila time-time aku sedih, ada masalah. Kadang-kadang aku terharu sangat. Tapi jangan salah faham yer..Dia memang lelaki tapi  kitorang tak bercinta yer.. Dia pun baru jer kawin. Best sangat dapat kawan macam dia. Kalau korang nak tau bukan dia jer yang aku kenal, semua ahli keluarga dia aku dah kenal. Dah macam sedara dah.. Tq memanyak yer sahabat *_*


Emm..tu la aku nak cakap tak salah pun kalau korang nak kawan ramai-ramai kat alam maya ni, tapi korang kena pandai-pandai la tengok yang mana elok yang mana tak elok..


Ok, korang pulak ader pendapat? Jom kongsi..

p/s: Mahu ditegaskan di sini, berkawan di alam maya baik tetapi tak bermaksud berkawan dengan kawan yang kita memang kenal tu tak baik. masing-masing ada keistimewaan masing-masing. dan kita pulak ada pilihan untuk diri kita dan cara kita berkawan. Yang penting hargai setiap dari kawan kita tu. Baru kita akan rasa bestnya ada kawan yang ramai-ramai and macam-macam perangai.


Itu saja kot yang aku nak kongsi petang ni..k bubye.. Nak makan aiskrim magnum jap..emmmmm....

Sebelum aku tutup entry ni jelessss le tew..hakhak..





Friday, June 06, 2014

#Jodoh




Assalamualaikum wbt..


Korang kalau dengar tajuk bab jodoh ni memang suka..kan..kan..aku tau perasaan korang tu..sure membuak-buak nak tau..berkembang-kembang sangat pipi tu, tersengeh-sengeh senyum tu..kan..kan..tak yah tipu k..kalau yer kata yer jer..x payah aku nak provoke lagi bagi korang mengaku..actually aku pun macam tu la..hahaha..ngerr~~~ so buat aper nak malu..ngaku jer la…tengok macam aku macho kan..mengaku jer..


Hari tu aku ada dengar ceramah oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah mengenai jodoh ni la..so bila aku dengar, tak kan aku tak nak apikasikan apa yang aku dengar tu kan, kalau tak sia-sia jer la aku dengar satu jam tu.. Tak kan nak masuk telinga kanan keluar telinga kiri jer en..dan tak kan aku nak aplikasikan sorang-sorang tanpa berkongsi dengan korang..tak best la kan..buat apa nak kedekut ilmu..lagi kita kongsi lagi bertambah ilmu kita..lagi banyak manfaat dan lagi bertambah pahala kita..Allah pun suka..(^_^) hihi..

auuuuw..so kiut-kiut. gedix-gedix sangat..haha



Ok next..

Kalau yang dah ada jodoh dan berjodoh dah tu Alhamdulillah la kan..dah sempurna satu ibadat dah terbina satu masjid..syukur sangat-sangat..Tapi ni yang belum lagi..jangan pulak kata aku tak nak kawin k..tak baik macam tu..Nabi tak mengaku umat nanti..Yang dah cuba tapi masih tak jumpa lagi, apa nak buat ni..bingung..bingung..Yang sedang mencari..ha elok la cari yang elok-elok..jangan sampai lupa diri, lupa keluarga dan Allah sudah la..bercinta-bercinta juga..tapi jangan sampai cinta tu boleh membawa kita pada kelalaian pulak..Dan ingat bercinta pun ada caranya..bukan boleh sesuka hati jer nak tu nak ni, nak buat tu nak buat ni..


Ok sekarang jom baca tips nak dapatkan jodoh..


DOA DARI IBU BAPA
Yang belum berjodoh apa kata kita cuba baiki diri kita ni dulu..dari yang teruk baiki supaya jadi baik. Yang penting mohon ibu bapa doakan untuk kita..Tapi jangan minta ibu bapa doakan untuk kita tapi kita tak pulak nak berusaha berdoa minta Allah temukan jodoh kita..Jadi sama-sama berdoa yer kalau nak jodoh tu datang..Doa dari ibu bapa ni kan mustajab. Allah senang nak makhbulkan doa mereka. Jadi tak salah minta Ibu bapa doakan.


TOLONG-MENOLONG
Cuba kita biasakan diri kita dengan menolong orang. Kenapa nak dapat jodoh kena tolong orang ker?? Huhu..mestilah..ok.ok..maksud dia macam ni, bila kita suka tolong orang, inshaAllah orang pun tengok kita, (kuunun-kuununnyer la kan) baik budak ni..apa salahnya aku pun doakan untuk dia, doakan supaya dia dapat jodoh dengan orang yang baik-baik macam dia juga..rugi kalau disia-siakan orang macam ni. Hah..tengok secara tak sengajakan..orang pun akan doakan untuk kita..tu la..tak ruginya kalau kita ni selalu tolong orang..Allah pun mungkin akan gerakkan hati orang tu untuk tolong kita balik..mana tau dok..dok kat rumah..tiba-tiba ada orang datang minang..bila tanya mana tau..tu ha Pak Leman kg sebelah bagitau budak Leha ni baik sangat suka tolong orang…manis jer orangnya..tu yang mai nak minang ni takut orang lain rembat dulu..rugi ar..hehe..lebih kurang macam tu la..ayat aku nak bagi senang paham..so macam tu la maksudnya..


BERSIHKAN HATI
Seperkara lagi yang mana hati busuk tu, cubalah berubah..cubalah.. Kalau nak dapat jodoh yang baik-baik ni berubahlah.. Tak pun kalau nak jodoh kita ni ringan tolonglah sucikan hati kita ni dari sifat mazmumah.. Hati kita ni kena bersih..baru Allah senang nak makhbulkan doa kita,ringankan jodoh kita dan permudahkan jalan kita..


SOLAT HAJAT
Solat Hajat juga adalah salah satu usaha yang Allah suka bila kita buat..so bukan payah pun kan nak buat solat hajat..2 rakaat jer pun..so buat lah yer.. Jangan bila tak jumpa jodoh malas dah nak buat tu nak buat ni, malas dah nak berusaha..biar ar..ader jodoh ada, tak der sudah.. Lepas tu tengok orang lain kawin ada keluarga membuntang jer bijik mata..jeles katanya.. Yang diri sendiri tu tak nak usaha..nak buat solat hajat pun tak nak..Allah pun nak tolong kita ker?..ha..fikir..fikir..fikir kawan fikir..hehe..


DOA DARI ALIM ULAMA
Selain tu nak dapat jodoh ni boleh juga kita minta alim ulama doakan untuk kita..inshaAllah dengan usaha kita, berkat doa kita, doa ibu bapa, doa orang ramai. Doa orang-orang alim ulama ni..jodoh kita akan datang juga Cuma cepat dengan lambat jer..so bersabar lah yer.. Semua tahu kan doa orang alim ulama ni mungkin senang dimakhbulkan Allah..so tak salah kalau kita nak minta diorang tolong doakan untuk kita..ni pun salah satu usaha juga kan?..


MENJAGA HUBUNGAN DENGAN MANUSIA
Seperkara lagi..hah ni memang agak penting juga la..menjaga hubungan dengan manusia..selalu benda ni disebut-sebut..jaga hubungan dengan manusia..Tolong jangan nak buat fitnah kat orang, nak buat jahat kat orang, nak mengutuk orang tu, orang ni..nak bermasam muka tanpa sebab..nak benci orang tu. Nak benci orang ni..tolong k..tak payah la bukan dapat aper pun kalau kita buat macam tu dapat dosa g adalah..orang tu pun mula nak berangin dengan kita..mulala dia nak buat tak tau..bila dia pun buat tak tau saper yang rugi, kita juga kan?..


BANYAKKAN BERSEDEKAH
Selain tu apa yang aku faham dan aku tau kita kena banyakkan bersedekah.. Bersedekah ni macam yang kita semua tau dapat menambahkan rezeki kita..betul tak?? Ustaz, ustazah pun selalu cakap kan..bila kita beri kat orang inshaAllah kita akan dapat lebih lagi dari apa yang kita bagi.. Allah tu Maha Pemurahkan,  dan aku ingat lagi seorang ustaz ada cakap, apa yang kita miliki bukanlah harta kita tapi apa yang kita beri itulah harta kita..banyak mana kita bagi, banyak tu la harta kita kat sana nanti..so tak payah la nak kedekut sangat.. Nak kumpul harta kat dunia ka nak kumpul harta kat akhirat?..huh..ni dah macam masuk bab lain dah ni..tak per.tak per..kalau nak tau nanti lain entry aku cite bab ni pulak..ok macam tu la juga kaitan dengan jodoh kita ni.. 

Rezeki tu bukan saja datang melalui duit tapi jodoh tu pun salah satu rezeki yang Allah kurniakan juga..tau!!! . Tak semestinya Allah nak bagi rezeki tu melalui duit sahaja, melalui jodoh pun yer juga, so pendek kata bersedekah tu sangatlah penting untuk mendapatkan jodoh..sila rajin-rajinlah bersedekah yo.. Lepas ni ****fara nak sedekah memanyak la****** ngehngehngeh…hikhik..


SOLAT ISTIKHARAH
Dan yang penting sekali yang orang selalu kata..buat solat istikharah la minta petunjuk dari Allah, yer memang betul tu..Solat istikharah ni bukan saja untuk dapatkan jodoh atau buat pilihan dengan saper kita nak kawin jer..untuk benda-benda lain pun boleh juga tapi hari ni kita focus pada jodoh so buatlah solat istikharah.. Solat ni bukan sekali buat jet terus dapat hint.. Terus tau dengan saper kita nak kawin, dengan saper kita patut kawin..haha.. parah macam ni kalau sekali buat dah harap dapat jawapan memang tak la.. Tambah2 kita yang kurang-kurang sikit ni..ehem..hem..aku latu kan..sumpah tak tipu..hehe.  

Solat ni kena la buat selalu secara berterusan sampai kita dapat petunjuk dari Allah..Petunjuk pulak bukan hanya akan dapat dalam mimpi macam orang selalu kata tu..tapi ader bebaper petunjuk contoh..kita akan berasa tenang jer, tak der masalah. Perasaan melonjak-lonjak contoh macam ya aku suka dia..memang dia..dah tak der keraguan lagi dah..aku pilih dia..dan yang selalu orang cakap tu mimpi..mimpi nampak jodoh kita ker aper ker aku tak tau la yang tu sebab aku belum pernah rasa lagi…Nak dapat jawapan melalui mimpi ni bukan senang hanya orang tertentu jer boleh dapat.. Kalau nak juga jom sama-sama kita buat InshaAllah..Allah akan tolong kita..

kamukah?? atau akukah?? hehe.



DOA
Untuk terakhir..elokla kita selalu berdoa dengan Allah..Minta Allah cepatkan jodoh kita, temukan kita dengan orang baik-baik, hormat keluarga kita n bla..bla..bla.. Setiap kali selepas solat jangan malas-malas atau lupa nak doa minta Allah permudahkan semuanya. InshaAllah Allah akan dengar doa kita.


Nak citer banyak lagi tapi macam tak muat jer satu entry ni..inshaAllah aku akan cuba buat lagi satu entry part ke-2 pasal jodoh ni..suka tak..suka tak????..suka la tew..ok..ok..sambung next entry..tapi tak janji,,hehhe..pulak…


Nak pesan doalah selalu Pada Allah…minta Allah permudahkan dan ringankan jodoh kita..dan dikurniakan orang yang baik-baik..ni ada doa untuk korang semua..sila baca untuk dapatkan jodoh yang terbaik..

#Surah Al- An biya ayat 89 dan Surah Al-Qasas ayat 24.


Cuba-cubalah praktikkan ok..





p/s: Entry kali ni..berbaur serius sikit yer..huhu..almaklumla..tettt..



See u again..bubye..

Sekian….