Thursday, May 29, 2014

Wauuu..Oat Tu La..Sedap.......




Assalamualaikum wbt…


Hurm..letih..letih bercampur lapar yang tak tau aku nak makan apa..Bukan sebab terlalu banyak makanan kat rumah aku ni, tetapi sebab tak ada langsung makanan lah yang buat aku tak tahu nak makan apa ni..letih..letih..penat dah dok fikir nak makan apa..rasanya dah dekat sejam aku dok fikir, dok belek kat celah-celah lemari kabinet kat dapur mak aku ni..alih-alih aku jumpa juga makanan..hurm memang makanan betoi la..hebau sungguh..baguih betoi mak aku ni..kesian sunguh ke anak-anak dia..siap sediakan makanan berlambak-lambak lagi..hakhak…untung sangat la kalau aku dapat makan..Yang mak aku simpan memang makanan tapi bukan makanan manusia yang tengah kebulur tahap gila sasau macam aku ni..eh..eh..tak..tak belum sasau lagi aku..Ya ampun yang mak aku simpan makanan kucing-kucing kat rumah ni..huntung gila la kau kucing dapat dok rumah aku ni..Yang aku ni pulak tak jumpa langsung makanan aku..hermmhermm….mau menjerit rasanya ni..Tapi pesalah pun kan kalau rembat sikit makanan kucing..mesti sedap giler sebab tu la kucing-kucing kat rumah aku ni suka sungguh bila dapat makan..siap dulu-dulu masa mula datang keding macam tuan dia, tapi sekarang dah montel-montel..Yang tuan dia pulak still slim keding..


Hampun..hampun..jadi tak salah kot rasanya kalau aku try makanan kucing-kucing ni kot-kot aku pun boleh montel macam kucing-kucing ni…oh my love…musti comel kan..pipi tembam..badan bulat..wahh so kiut Fara..suka la..hakhak..eh..eh..tak boleh-tak boleh aku masih waras lagi..iyer pun tak der makanan belum lagi terniat dihati nak rembat makanan kucing..yer ker,,yer ker…habis tadi tu apa? Bukan terniat ker?...hikhik..opocot..semut gigit pulak..


Tembam-tembam pun comel..haha..pernah dengar jer ayat ni..ni ayat budak idola kecik ni..akibat makan makanan kucing maybe boleh jadi macam ni pipinya..ok tak..ok tak..kahkahkah..ngotnget betoi aku ni..





Dah puas dok selongkar lemari tetiba jumpa la satu paket entah aper kenama tak tau..yang oat campur coklat susu yang dibuat bar-bar tu..Aala yang mak cik melah selalu jual kat online tu..Eh bukan benda alah ni femes ker sekarang..Seantero dunia sebok dok promote..tak terkecuali aku la juga ni kan..Kalau tak, tak der la aku nak citer-citer kat sini..Katanya benda alah ni sedap giler..Suatu hari sewaktu aku dengan family aku bertandang ke rumah keluarga kakak ipar aku..benda alah nil ah yang diorang hidangkan untuk kami..Aku pe lagi dengan terkinja-kinja..eh…tu..oat tu la..yang orang dok makan sekarang..Amboi maju depa nohh..siap penuh dalam lemari dapur dengan benda tu..berkodi-kodi..Aku pulak yang ketinggalan zaman…macam mana aku boleh ketinggalan ni?...hurm…Fara..Fara..

Ni la dia benda alah tu..Ni dalam satu bungkus pek besar..




Dalam satu bungkus pek yang besar tadi, dalam dia ada banyak-banyak macam ni, dibungkus satu-satu pulak..


Sejurus benda alah ni dihidangkan di depan mata aku betul-betul..tanpa ragu-ragu dan rasa malu aku terus ambik dan bukakan plastinya dan terus aku masukkan benda alah tu dalam mulut aku..siap pelahap bersungguh-sungguh…almaklum sedap kononnya..Dah aper lagi siap aku promote pulak kat mak aku..siap tolong buka habis plastik pembungkus oat tu kat semua orang berhampiran aku..dengan harapan nak ambik hati..padahal aku dah tertunjuk sifat ketakmaluan aku tu dan kepelahapban aku itu pada semua orang di situ…uhhuhu..bahasa apakah ini yang aku gunakan..hai ni kalau cikgu bm aku tengok mau kene pelekuk sekali…hahahaha..


Meh..meh kita tatap gambar ni sampai meleleh air liur berjujuran di meja makan..hahak.eee…gelinya…pape la fara..


 Hambik..nak makan puas-puas nak..mak tak larang..hahaha tetiba..



Ha...hambik..hambik..macam-macam kaler ader..tapi aku suka dua yang atas ni yang plastik putih dengan hijau ni..
Padahal..kaler aper pun plastik, rasanya tetap sama..kakakaka..


Serius aku cakap memang sedap benda ni..tu la 1st aku makan…dan sekarang da jadi feveret cek..tiap-tiap pagi cari benda ni sarap sebelum buat kerja..senang juga nak bawa ke sana-ke sini disebabkan pembungkusannya yang comel-comel gitu..boleh masukkan dalam handbag buat bekal..kot-kot dalam kereta kang lapar, tak pun dalam LRT perut berkeroncong mak limah..hah..tunggu apa lagi jangan segan-segan keluarkan biskut oat anda ini dan jamahlah dihadapan semua orang..biar semua orang juga terliur melihat anda makan..wah…sudah ada unsur riak dan sombong di situ..hahaha…mak endon sebelah cakap aper kau ingat aku tak pernah makan ker benda tu..hari-hari aku makan sampai dah muak tak lalu..dah tu terpaksa stop sekarang sebab dah tak lalu..hahaha..hambik kau..menunjuk lagi..kan ada yang lebih maju..

Auwww..yummi..tunggu aper lagi..belasah jer la..senang dan memudahkan kan?


Ok la..last sekali nak cakap meh cuba makanan berkhasiat ni..sungguh sedap..mudah dimakan dan dibawa kemana-kemana..sesuai untuk semua golongan tapi baby-baby tu aku tak pasti boleh makan ker tak..ngehngehngeh….peace…*_*


p/s : Anda beselera saya suka..kuingkuingkuing..hihi

Sekian……


Perempuan Dan Wangian



Assalamualaikum wbt…


Ok..hari ni aku nak cerita bab wangian dengan kaum perempuan ni..rasanya memang tak kan boleh terlepas kot wangian dengan perempuan ni..saper tak der minyak wangi sila angkat apa yang patut…tangan ker, kaki ker janji menyokong kenyataan aku ni.hehe.


Cantik Pulak Botol Minyak Wangi Ni Haih..Koleksi..Koleksi wey..hikhik


Ok my kawan-kawan yang sangat aku kasihi, juga peminat yang aku sayangi…hahaha..melampau, kau ada peminat ker Fara?? Lex..lex…aku memang pakar dalam mengangkat diri sendiri..tak cayer tanya kucing aku..dia pun tau perangai tuan dia..dah lali dah dia kata..hakhak…tapi yang pasti tak boleh dinafikan dia cakap yang tuan dia ni sangat kiut…auwww..terharu tuan kau ni kucing..terima kasih…terima kasih…wahaha..dah..dah..


Balik la balik pada tajuk kita kali ni..minyak wangi ni sebenarnya adalah sesuatu yang sangat disukai oleh sesiapa pun…saper tak nak wangi kan..saper..saper? ofcoz la tak dak kan..saper yang nak busuk..Tapi wahai kaum perempuan..kau kena ingat..kalau kau pakai minyak wangi ker atau apa2 yang berbau wangi jangan sampai mengundang dosa..


Bau-bauan ni boleh dipakai, dan harus dipakai sekiranya tujuannya jelas iaitu tiada niat apa-apa dan tidak meningkatkan nafsu shawat seseorang..contohnya macam ni la minah nak keluar rumah, dia punya la spray minyak wangi tu sampai huh..dok luar rumah pun bau…bila dah siap dia pun keluar jalan-jalan..lepas tu orang yang lalu tepi dia atau depan dia atau belakang dia terhidu bau tersebut sampai terbawa-bawa sebab suka sungguh…so hukum dia dah jatuh berdosa dan haram..Tapi di rumah kita boleh jer pakai bau-bauan untuk diri, keluarga, suami dan anak-anak..tu tak salah kalau nak sembur sebotol sekaaligus pun..kalau orang dalam rumah tu tak rasa pening bau hang…opppsss….hihi..


Minyak wangi yang digunakan setiap dari kita ni..kebanyakkannya mengandungi alkohol..betul??. Ha..ada yang was-was nak pakai..kang nak solat macam mana boleh ker kan?. Kang tak pakai macam semacam jer bau badan aku ni..eh..eh..susah-susah..minyak wangi satu hal..deodoran pun sama..hah habis la ketiak aku bau tengit..nak pakai ker tak pakai ni..Aku nak g kerja..g kerja bukan balik awal..petang sat ni nu ha baru boleh balik, badan aku ni boleh ker bertahan tak berbau..Pulak tu kerja kena jumpa ramai almanusia…alsusah..susah..konfius mak..


Hehe..don wori be happy la cik kak, cik adik semua..Mai nak cerita..Dalam minyak wangi atau deodoran badan memang la mempunyai alkohol akan tetapi..alkohol yang terkandung dalam tu bukan macam alkohol yang orang dok minum tu..i mean arak..sebab aper? Sebab ia bukan najis jadi ia boleh dipakai..Arak pulak adalah najis tapi alkohol itu bukan najis..so kita kena tengok dan faham aper itu alkohol juga..alkohol yang diminum tidak sama yang ada dalam sebarang wangian..Dan untuk pengetahuan semua ia juga adalah dari perbincangan oleh Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan..so tidak perlu rasa was-was lagi untuk memakainya..Alkohol ada berbagai-bagai jenis..alkohol yang diminum dah sah-sah ianya najis sebab ia datang dari sumber yang tidak elok dan jika diminum ianya sangat membahayakan kesihatan..Manakala Alkohol yang terkadung dalam minyak wangi adalah dari sesuatu bahan kimia untuk memberi kesan bau terhadap Sesutu produk..jadi ia adalah boleh dipakai selagi ianya tidak memudaratkan kesihatan kita..



Gambar Pak Google lah ekk. 


Seperkara lagi..ramai kita memberi pendapat dan alasan memakai minyak wangi adalah untuk menghilangkan bau badan atau bau yang kurang menyenangkan dari badan kita..Tetapi tanpa kita sedar bauan yang kita pakai tu boleh jadi haram disebabkan ramai manusia yang tertarik dengan bauan tersebut..Almaklumlah cik kak, cik adik ni kalau boleh satu botol minyak wangi seminggu jer..aku nak wangi, nak wangi kan..biar orang bau wangi dengan aku..bukan macam minah sebelah ofis aku tu..huh..tengit jer bau..huu..x sanggup aku..


Wangian yang bercampur dengan bau badan sebenarnya dapat menarik perhatian orang..bila dah bercampur tu satu aura, dan bau yang boleh membuat orang tertarik..sudah mengundang dosa sebenarnya..Jadi dalam islam ada satu hadis mengatakan jika bau kita ni adalah negatif atau menjelikkan, kita boleh pilih..untuk wangi ketika dirumah dan jika kita keluar, kita haruslah mencari wangian yang tidak berbau seperti tawas atau apa-apa yang boleh menghilangkan bau..Dan satu lagi..ramai kita ni suka kot makan makanan yang boleh buat badan kita berbau contoh bawang putih, belacan..kan??..so elakkan dari selalu makan benda-benda yang boleh meningkatkan bau yang menjelikkan..


Balik pada bab pakai minyak wangi yang tak berbau contohnya  tawas..kalau rasa tak nak pakai tawas sebab tak glamor, susah nak dapat..walhal berlambak kat kedai kan..tu hanya alasan sebab diri lebih suka nak spray minyak wangi..Ok boleh tapi bagi perempuan, tak salah nak pakai minyak wangi untuk menghilangkan segala bau badan tapi ada perkara yang perlu kita titik beratkan..takut hukumnya jatuh haram jika tersalah pakai..bagi wanita kalau nak  wangi tu biarlah yang baunya tidak kuat contoh bila mandi kita letak sabun..Bila nak spray minyak wangi pulak jangan spray kat baju sebab apa, sebab ianya boleh menaikkan bau..Jadi seeloknya spray kat badan sebab ianya bukan untuk dipamerkan kan?..ingat memakai adalah harus tapi bukan untuk dipamerkan..Dan jika terdetik niat nak biar orang bau maka ingatlah bahawa kita adalah terdiri daripada golongan penzina..Nauzubillah..tentu semua tak nak kan..Jadi fikirlah apa yang perlu dan apa yang tak perlu kita buat..


Dan seperkara lagi jika seseorang memakai bau-bauan untuk tujuan kecantikan, perlu difikirkan..

1)    Cantik untuk siapa?
Jika cantik untuk Allah, suami dan anak-anak sangat-sangatlah dituntut. Tetapi bila kita keluar dan memakai bau-bauan even untuk suami pun tapi jika sampai membutkan orang lain juga turut suka pada bauan itu hukumnya adalah tidak boleh..


2)    Sumber wangian itu?
Kita kena lihat juga ain wangian itu..Jika kita pakai juga benda yang tak boleh dipakai yang ada dalam wangian itu semata-mata sebab nak cantik jawapan dia tetap sama tidak boleh..


3)    Pakai untuk apa?
Jika kita pakai bukan kerana nak dipandang cantik oleh keluarga tetapi ingin dilihatkan kepada orang yang bukan mahram hukumnya adalah haram.


4)    Palitan bauan?
Palitan bauan juga tidak boleh mendahului muka dan tangan kerana itu saja yang boleh dilihat..Contohnya macam ni la batang hidung pun tak nampak lagi tapi dia punya bau..huh..semerbak alam dah bau..Dan sudah semestinya tidak boleh..Muka dengan tangan tu kena nampak dulu barulah disusuli pulak dengan bauan..Bauan pulak janganlah melampau-lampau.Takut-takut kita ni terdiri daripada golongan penzina pulak..


Ok setakat ini dulu perkongsian Fara dengan korang semua..if ada masa Fara akan update lagi pasal wangian ni..suka sangat cakap dan kongsi pasal benda-benda macam ni..tentu semua nak tahu juga kan..InshaAllah ada masa Fara akan update lagi..Kalau nak cerita memang tak habis satu muka surat..So Fara kongsi apa yang patut sahaja yer..Ok..peace….haruslah..*_*


Sekian…..


Wednesday, May 28, 2014

Lalai, Alpa, Dan Kehidupan Dunia




Assalamualaikum wbt…


Sedikit nikmat ditarik, sudah merungut segunung melangit. Sudah puas hidup gembira, tiada rasa nak bersyukur sedikitpun kah?. Tak malu ker, nikmat hidup ditarik sudah pandai merungut..sedangkan melangit nikmat hidup diberi sedikit pun tak pandai nak bersyukur..


Manusia Dan Kehidupan, Macam tu la kan?.


Ohh dunia..macam-macam yang kau sajikan untuk manusia..tapi kau tak salah sebenarnya, yang salah adalah manusia. Manusia yang lalai, yang alpa, yang tahu nak hidup gembira, seronok, bahagia, sihat..wauuu..itulah manusia..sedikit diuji, sudah pandai bercakap-cakap, merungut-rungut..sedikit rasa sakit, sudah pandai bersoal jawab..”kenapa aku tak mati saja”. Huhh..sungguh tak malu, tak der rasa takut pulak..sudah cukup ke amal kat dunia ni, mati yang kau minta, sudah cukup iman kau, sudah bersedia kau nak bersoal jawab kat sana??..kalau rasa sudah cukup..silakan..tapi kalau rasa tidak..sila-silakanlah kuatkan iman, tambahkan amal, cukupkan solat..yang wajib jangan ditinggal..yang sunat diperbanyak…


Kadang-kadang, kita ni manusia lupa, alpa,lalai..suka kejar dunia, akhirat tak nak pulak kejar..dah tu tak tahu pulak nak bersyukur..macam-macam nikmat dah Allah bagi..nikmat sihat, kenyang, gembira, bahagia, wang cukup..tapi lupa pulak kita yer??..Tiba-tiba bila nikmat ditarik..dah macam meroyan tak ingat aper..haih..bila lapar sikit jer, dah merungut..yang difikir diri sendiri..cuba bila lapar, fikir juga orang lain..”eh aku jer ker yang lapar, maybe ada orang lain lagi yang lebih lapar dari aku, atau langsung tak makan lagi?”..hah..cuba fikir macam tu, cuba la rasa bersyukur sedikit..kalau semalam kau dah makan, pagi ni belum lagi..entah-entah berjuta manusia tak makan-makan lagi dari semalam..


Nikmat hidup ni Allah pinjamkan kita sekejap jer, bila-bila masa Dia boleh tarik balik..Kalau la hari ni kau sihat walafiat, tiba-tiba kau bangun pagi esok dah sakit-sakit tak boleh bangun..atau demam, atau sakit yang tiada ubat..atau kau kemalangan..bukan meminta, tapi sebagai contoh..Tiba-tiba juga kau dah tak boleh jalan. Sukarkan hidup?. Kelmarin jer lagi kau berjalan-jalan, bersuka-ria kemain, tapi tiba-tiba hari ni kau dah tak boleh jalan..ah..dugaan apakah ini? Down dan dalam fikiran asyik fikir kenapa aku tak mati saja dari jadi macam ni…emm inilah manusia..


Tak der langsung rasa malu, hidup senang kau tak bersyukur, hidup susah pun kau tak bersyukur..malu la wahai manusia..Allah dah bagi macam-macam kat kita..cubalah bersyukur sikit. Allah tak minta bukan-bukan pun dari kita, Allah Cuma minta kita bersyukur saja..itupun kita susah nak buat..


Terfikir, diri yang kadang-kadang terlupa erti nak bersyukur..yang difikir kehidupan..esok nak buat apa, esok ada apa..esok nak pergi mana..konon sibuknya la hai uruskan hidup..Sibuk nak dekat dengan Allah tak der pulak..sekali Allah tarik, semua urusan, semua kerja kau tak boleh buat..

Dek kehidupan Yang Tak Pernah Terhenti Sehingga Ajal Menjemput..Ahh..Pandai Pulak Aku Berkata-kata err..Tapi Bukan Hakikat Ker?.


Itu pun kalau Allah bagi kita kesempatan untuk bertaubat, untuk dekat dengan Dia, untuk sentiasa bersyukur..tapi kalau Allah tarik semuanya dalam sekelip mata..mana kesempatan kita nak dekat dengan Allah, nak minta ampun dengan Allah, nak bersyukur dengan nikmat Allah..Ya Allah takutnya rasa..tetiba terasa azab di sana entah macam mana..


Sebab tu semasa dan selagi kita ada kesempatan ni, janganlah lalai dengan dunia..jangan terlalu alpa..Ingat setiap nikmat yang kita rasa ni semua Allah yang bagi dan semua ni hanya pinjaman..Kalau kita mati, nikmat yang kita rasa sekarang mampu bantu kita kat sana ker?. Mampu buat kita bahagia?. Atau nikmat ni hanya mampu buat kita meratap dosa-dosa kita.Dan kalau boleh kembali ke dunia, nak jer kembali. Tak nak ulang lagi, nak sentiasa dekat dengan Allah..ader ker lagi peluang macam tu..dah tentu-tentu takder lagi..


So selagi hidup ni la..kita kena sedar semua ni..kena ada rasa malu yang kuat..Allah dah bagi segala nikmat hidup..silalah bersyukur dan bahagi-bahagikanlah nikmat yang kita dapat ni..Mungkin ada selebihnya hak orang lain yang Allah bagi melalui kita…dan kita kena ingat banyak mana yang kita beri untuk orang lain, banyak tu la juga yang kita akan dapat kat sana nanti..Jadi kalau seciput jer yang kita bagi, seciput jer la yang kita dapat kat sana nanti..cukupkah nak bantu kita kat sana??..jadi fikir-fikirkan yer..


Emm dan satu lagi, dah lama fara tak update entry kat sini..bukan sebab tak nak berblog lagi tapi sebab masa itu sangat beharga..aicewah..hihi…jadi yang mana perlu didahulukan, akan didahulukan yang mana perlu dikemudiankan, akan dikemudiankan..


Dan sekarang akhirnya..datang semangat baru..berblog demi bangsa dan negara....uhuhu..iyo..yo..jer kamu ni en..


Sekian…..