Tuesday, February 04, 2014

Satu Hari..

Assalamualaikum..

Ya my friend semua..dah lama juga aku tak buat entry mengarut en..asyik serius jer 2,3 hari ni..huhu..entah la..macam touching terlebih..melebih..lebih pulak...nak kata kucing mati kena langgar pun tak..nyamuk mati kena kena penampor der la..seheh..

Ok..la..untuk relax-relax kan hari aku ni yang agak panas..tekak pun terasa kering..mau belasah abc tak pun cendol..haish..leleh yaq lioq cek..tapi..kt sini tak der kedai abc atau cendol la pulak..hak oloh..hampa..hampa...haish...

Ok ar..kita sambung buat citer ar..haish..paling geram bila orang tak faham bahasa ni..nak cakap kasar2..karang cakap tak der adab..nak cakap baik2..makin melebih-lebih..so..so...nak cakap macam mana..

hah..ku layan jer ar..terpaksa demi tak nak sakitkan hati orang atau tak nak orang anggap aku ni sombong pulak..padahal aku tak sombong pun en..haha..kekwat tul aku..

Sebenarnya nak cakap..ramai orang cakap aku ni sombong giler..eh betul ker aku sombong..rasanya aku tak sombong..hah..dah macam jawab soalan dari Melodi..meletopp kau..haha..ish..tapi memang dari dulu ar orang cop aku ni sombong..naper yer??

Kalau orang tegur, aku ok jer..jawab jer..kalau orang senyum lagi ar aku senyum..sampai telinga kalau boleh....tapi kalau aku tak kenal orang tu macam mana..tiba2 dia nak cop aku ni sombong..tak kan la saja2 jer aku nak g cakap dengan dia buka cerita gempaq giler..padahal aku tak kenal pun dia..

Owhh..huhuhu..orang sekarang ni suka menghukum sebelum mengenali..why..why...boleh jadi macam tu..aku ar mangsa keadaan..

Korang nak tau..hah..dia mula dah nak buka cerita lebat en..huhu..layan jer ar..tak kira aku nak cerita gak..masa dulu tu..aku kat Pudu atau di kenali sebagai Plaza Rakyat, baru sampai dari Kedah..time tu dah malam..tapi bila aku sampai kat situ, awal2 lagi ar aku dah call kawan aku suh datang ambik aku..

Sementara menunggu kawan aku tu..aku g la tercongok kat luar depan pudu..sebab dah janji dengan kawan aku tunggu kat situ..dia malas nak masuk dalam..kalau tunggu kat luar tu sambil dia lalu jer..aku dah boleh masuk keta..haha..

Yang tak beshnyer..bila tengah menunggu kawan aku ni, Si Pak Cik teksi datang menegur..mula-mula tu aku ok jer..aku tanya dia jawab..eh.eh..tak..tak..dia tanya aku jawab..dia nak suh aku naik teksi dia, aku cakap tak per..tengah tunggu orang ambik..pastu dia dok meleklokleklik g dengan aku..cakap tu ar, cakap ni ar..aaah..panas tul aku..mula la aku tak layan..dah aku cakap tunggu orang..tak kan nak naik lagi teksi tu..dah tu sibuk pulak dia dok nak borak dengan aku..bila aku tak layan..nak tau tak..dia pergi kat kawan2 dia kat sebelah tu dok cakap pasal aku..haih hangin aku..

Aku der buat salah ker..aku der kacau diorang ker..siap dok mengata, mengutuk aku lagi..siap cakap muka jer cantik..perangai macam haper..hamboi..hamboi..macam ak buat salah besar..padahal aku tak der buat aper pun..siap cakap aku ni sombong lagi..hah..perlu ker aku layan orang yang tak faham bahasa macam ni..aduyai..ader gak orang macam ni..siap kutuk lagi dengan member2 dia..geram tul aku..sabor jer la...

Haih kawan aku pun dah dekat sejam aku tunggu tak sampai2 lagi, ni pun satu, saja nak bagi aku kena hentam dengan driver2 teksi ni..geram tul aku..

Lepas aku kena hentam kaw..kaw..baru kawan aku ni tersengih-sengih datang..yang bestnyer orang lain tak pulak diorang nak kacau..aku juga diorang nak jadikan mangsa..Pas kawan aku datang terus aku naik keta belah..lantak korang la nak ngumpat aku pun..

Yang pastinya..aku sombong ker kalau tak layan orang gatai mengeyam macam tu...salah aku ker..hurm sampai la pun aku dok fikir....macam aku ader buat salah besar..sedih ar..orang asyik kutuk aku macam tu..

Now..nak sedapkan hati bior jer la..kalau diorang macam tu, tak kan aku pun nak ikut cara diorang..kalau diorang tak matang even dah boleh panggil pak cik pun,...tak kan aku pun nak jadi tak matang juga ka..so kita jangan layan...

Fikir diri..perbetulkan diri jer la kan..emm..

Dah ar..sakit tekak giler sebab kekurangan air..ni kalau aku bercerita depan-depan mau semangat..lagi kering tekak aku..lagi sakit..ok ar..nak minum dulu..Selesai sudah cerita di petang hari..k..bubye..

hahaha..bajet comeii memang kepakaran aku..ciss..

Sekian.....


Dia Lah Boyfriend Aku.

Assalamualaikum wbt..

Sekarang ni dah setahun aku dalam dunia berblogging ni..ada seribu satu tanggapan orang pada blog yang suram macam aku ni..eleh..orang buat blog, dia pun sibuk nak buat blog..orangnyer citer.gempak-gempak..dia nyer citer tah haper2..orang dah makin maju dia, macam tu juga..ok..aku tak kisah kalau itu tanggapan orang pada blog aku..yang penting aku happy dan sekuarng-kurangnya aku ada blog aku sendiri..kau ader??..

aku sendiri tak percaya yang aku punya blog and yang penting ada orang baca blog aku..even blog aku ni suam-suam kuku jer..tak pun sejuk jer terus..eleh aku tak kisah pun..sebenarnya aper yang aku rasa nak kongsi, aku kongsi jer kat sini..ada orang baca atau tak itu perkara ke-2..

Ok tadi citer bab blog..orang ader blog, aku pun ader blog..orang ada boyfriend aku pun ader juga,..apa korang ingat korang jer ader..aku pun ader  da....kitorang tak pernah jumpa sekali pun lagi..rupa pun tak pernah tengok..ala macam kenal kat muka buku tu..aper facebook..haha..tapi la ni nak up sikit wechat..tapi sumpah aku tak pernah pun jumpa dia..

Jauh di sudut hati aku nak sangat jumpa dia..memang terasa rindu sangat-sangat..dalam hati kalau la aku boleh jumpa dia..aku la orang paling gembira..tapi tu tak mungkin buat masa sekarang..kerana aku ada tugas yang perlu diselesaikan sebelum berjumpa Dia..

Setiap malam terasa sayu jer hati..teringatkn Dia..Dia la tempat aku bergantung, tempat aku minta pertolongan ketika aku ada masaalah..ketika susah dan senang..hanya dia jer yang tau perasan aku..even ada ramai orang disekeliling aku yang aku boleh minta tolong..tapi Dia juga lah yang aku harapkan..

Setiap kali selepas solat, aku mesti mohon doa supaya aku dapat jumpa  denganNya..semoga Dia dapat menerima aku seadanya..Aku sayang sangat dekat Dia..Aku rindu sangat..Walau hati aku ni meronta-ronta nak jumpa Dia..tapi apakan dayaku..aku tak mampu nak mengubah semua tu..Yang mampu aku buat..berdoa, dan berserah..

Bagi aku Kau la yang teristimewa..Kau la nyawa ku..Kau la hidupku dan Kau la kekasih ku..(boyfriend)..

nak tau tak siapa Dia..ok Dialah tang memberi nyawa ku, Dia la yang memberi nafas ku, Dia la yang memberikan ku nikmat hidup..Dia la memberi ku rezeki.(bos aku)..dan yang penting Dia la Tuhan ku..

Kau la Yang Maha Berkuasa,Maha Pengasih dan Maha Penyayang...ini la boyfrieng aku ..sweet en :)))





p/s: cintakan bunga, bungakan layu, cintakan manusia, manusia kan pergi...dah tu nak cinta saper??..haiwan..pun sama juga..Apa la cintakan Allah la pasti kekal abadi..

Sekian....


Saturday, February 01, 2014

Manusia Dan Kesalahan..


Assalamualaikum :)


In fact..saper yang tak pernah buat salah..kita Cuma manusia biasa yang di lahirkan ke bumi untuk menjadi khalifah di bumi ini..tapi kita bukanlah Nabi atau Rasul yang maksum...

Sabda Rasulullah S.A.W ; "Manusia itu tidak sunyi daripada membuat kesalahan dan lupa."

Sebaik-baik manusia pun pasti akan pernah juga membuat kesalahan..begitu juga dengan aku atau korang semua kan..

Tapi disebabkan kesalahan yang kita buat  tu la kita semakin matang dalam berfikir dan membuat keputusan..Yup dulu memang kita pernah buat salah tapi kesalahan setidak-tidaknya mendatangkan kebaikkan kepada kita..membuka mata kita, dan membuat diri kita lebih pandai menilai..percaya tak apa yang aku cakap ni..

Kalau kita tak pernah buat silap, asyik betul memanjang..kita tak kan berada pada tahap yang lebih elok..still di tahap yang sama..orang lain dah ke atas..kita masih kat bawah..sebab apa sebab kita dah rasa diri kita ni cukup bagus..*aku tak pernah buat salah, keputusan, tindak tanduk,pemikian aku sentiasa betul*  dan disebabkan itulah kita tak move on kedepan lagi..sentiasa berasa diri tu betul..

Sapa kata kesilapan yang pernah kita buat tu boleh menjahanamkan kehidupan kita?? Saper-saper kata?? Saper setuju?? Angkat kaki tangan..en hehe..tak yah la tangan dah la tu pun aku tak nampak pun en..

Sebenarnya tak..kesilapan kita akan memberi pengajaran buat kita..memang kau akan rasa lemah, down buat seketika..tapi ingat Allah ada..Allah tak kan biarkan kau seorang hadapi..Bertapa besar pun kesalahan kita, dosa kita..tapi Allah ni Maha pengampun, Maha penyayang..Dia akan bagi peluang untuk berubah..so kita ambik peluang tu ubah diri kita supaya jadi lebih baik..

Percaya tak kenapa Allah biarkan kita membuat kesilapan…sebabnya dengan kesilapan la kita boleh berubah menjadi seorang yang lebih baik..see..Allah lebih pandai mengatur hidup kita kan..Tak kan la..selama-lamanya kita tak kan buat silap..kalau macam tu..aman dunia, manusia pun still akan berada pada tahap yang sama..

Sekurang-kurangnya kesilapan yang kita buat tu boleh ubah diri kita..dari jahat kepada baik, dari malas kepada rajin..macam aku ni malas bebenor nak kemas rumah..so bila orang datang, rumah lintang pukang..orang mengata..mak mula bising..terasa diri sangat bersalah..mahunya nak kembalikan masa sebelum orang datang tu sebab nak kemas elok2 rumah..ha bila dah rasa bersalah ofcoss la aku nak berubah..tak nak la kejadian semalam berulang lagi kan..buat malu jer..

Macam tu la juga dengan orang lain pun..salah dalam menilai dan buat keputusan..tiba-tiba kontrak tak dapat..bos marah..gaji kena potong..esok nekad tak nak buat salah lagi,takut gaji kena potong lagi..so dia akan berusaha dan berusaha sampai dia boleh berada kat depan.,.betul tak..betul tak..ha cam tu ar ibarat dia..

Kalau pernah buat dosa besar pun..jangan kata kita ni dah teruk sangat-sangat dah..fikir la ada orang lagi teruk..tiba-tiba Allah turunkan bala..sebab apa..sebab Dia nak kita sedar dan berubah..Dia tak nak kita hanyut lagi..Allah tu Maha pengampun lagi Maha penyayang..Dia bagi kita peuang untuk berubah..Ha apa lagi rebut la peluang tu..Jangan la rasa diri tu jijik sampai tak nak berubah pulak..

Walau jahat mana pun kita, walau macam mana pun buruknya kita,tapi Allah masih mahu menerima kita. So berubah..tak perlu rasa diri tu jijik..macam kau saja yang buat dosa..ingat..Allah tu lebih mengetahui..tak yah la nak berteka-teki sangat..kalau berdoa, Allah terima ker doa tu..Tu semua kerja Allah..yang penting teruskan niat kita nak berubah ke arah lebih baik..tinggalkan yang yang tak baik..Allah lebih mengetahui setiap apa yang kita buat..yang penting teruskan niat kita kerana Allah dan kerana diri kita nak berubah..

Firman Allah lagi dalam surah al-furqan ayat 70 ; "Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

So macam mana?..Dah boleh fikir? Dengan satu kesalahan jangan pulak kita nak hokum diri kita..yang kita ni dah tak baik..Kesalahan tu boleh buat kita jadi lebih baik sebenarnya..




p/s: Jangan pulak kau minta Allah tutup aib kau dengan kesalahan kau tu, tapi aib orang, kesalahan orang kau sibuk pulak nak canang sana-sini..Takut kat dunia Allah tutup aib kau tapi kat akhirat Allah buka pulak aib kau..Nauzubillah..jauhkanlah..Minta, doalah supaya Allah tutup aib kita dunia akhirat..Amin…

Sekian…..