Sunday, December 29, 2013

Beautiful Malacca #Cuti-Cuti Malaysia (Part 2)


Assalamualaikum

Ok untuk pertama kalinya aku nak cakap, this is my home, my diary and my everything. I love writing and share something information but i dont know how to start with it properly ehek. Boleh macam tu???..pertama kali la sangat kennnn???..

Ok back to my basic la..hari tu aku janji nak cerita part ke-dua pasal percutian aku di Melaka, so hari ni aku akan tunaikan janji aku k..Lepas ni tak der lagi aku nak dengar mulut-mulut tempayan yang suka cakap aku ni pembohong..Mulut tempayan tu besar juga, tapi mulut korang yang suka mengumpat ni lagi besar kot..boleh sekali aku sumbat tauhu goreng cicah cili + belacan baru tau…kamu mahu???

Ohh..lupakan saja pasal tadi. Ok hari kedua di Melaka, tak kan lengkap kalau tak menjelajah kota A-Famosa baq kat hang..Walau dah seribu kali pergi pun, hati aku akan cakap tak kan lengkap kalau tak pi sini no..Dan teheee..biasa la sebagai model sambilan tak berbayar sesi photoshoot berlangsung di kota A-Famosa ni..best tahap gaban wey..sampai tak terkira detik-detik saat, minit, jam berjalan untuk menunjukkan bakat sebagai model terbaik di abad ini dan photographer terulung di zaman ini..wahahah..Tapi kaki aku yang lenguh dek kerana memanjat tangga yang tak setinggi tangga Batu Cave tu..bahaha..*macam mana aku nak panjat tangga kt Batu Cave tu wey kalau dah tangga kat A-Famosa ni pun tergagap nak sampai ke atas nu ha..Dasar suka naik lif jer bila dah kena panjat tangga sikit sibuk dok buat muka tak laku nak jual…kikikiki..





Model berhemah menjalankan tugasnya dengan tekun..bahahah..Entah mau ditolak sampai kemana la keretpi tak berjalan tu..Nak tunjuk kuat la kunon-kunon...Bakat terpendam..


Selepas habis sesi photoshoot di kota A-famosa, tibalah masa untuk bersuka ria pulak di sekitar Menara Taming Sari..Rugi wey saper tak naik menara ni..Harga Cuma RM15 jer pun, siap dapat souvenir lagi..Korang boleh nampak Pemandangan Bandar Melaka ni..Sangat cantik wey..cantik..aku tak tipu memang cantik giler…



 Ini dia Menara Taming Sari







Pandangan dari atas Menara..Maaf ya Tak banyak gambar yang aku ambik sebab lagi best dok menikmati pemandangan yang real kau..



Ni la ruang legar kat depan Menara Taming Sari ni wottt..


Menggedik!!!!

Selepas habis sesi dok cuci mata kat Menara Taming Sari sambil dok tengok budak-budak dok main kat Dataran bawah tu, kami mula la bergerak pulak pi naik RIVER CRUISE..Hadoi..hadoi..best orrr..sebab boleh tengok betapa bersihnya sungai di Melaka ni dan boleh menikmati pemandangan di sekitar persisir sungai..Woi betoi ka idak ayat aku ni…Aku main hentam ja wey…persisir sungai??? Tolong fikir sekejap adakah ayat aku ni betul??..Wuhuhuu..

Aku cadangkan kalau korang nak naik River Cruise ni elok la korang naik di sebelah malam, sebab pemandangannya lebih cantik ditambah dengan cahaya-cahaya lampu di sekitarnya..dengan perkampungan yang ada di sekitar sungai tu..Huh sangat cantik..sejuk mata memandang..Tapi kalau korang naik tengah hari tak tau la mata korang sejuk ka tidak ka memandangnya..ngehngehngeh..sorry…panas kot…

 Di Jeti tempat untuk menaiki Cruise



 Ni la Cruise yang kitorang naik beb










 Pemandangan malam ketika menaiki cruise..aicewah..(gambar tak baper nak elok sebab cruise tu berjalan so aku yang tergagap2 nak mengambik gambar jadi la macam ni yoo..peace *_* jangan marah)


Haruslah ada gambar syok sendiri..Done...*_*


Cantik ja aku tengok buaian ni oii...Ni semua hampa boleh nampak bila naik Cruise.. Dan kalau hampa nak naik buaian tu pun boleh ok!!


 Siap ada monorial lagi kat melaka ni wey..bagus bangat..Dan kat bawah ni sungai..wah..cantik oiii..


Ok..dah sampai station perhentian..sila lupakan sebentar angan-angan korang ala..ala..filem tatatanik tu no..Wahahaha


Dah habis sesi dok ambik angin kat atas bot ala-ala u jump I jump tapi aku tak mau la jump sebab nak hidup lama lagi, terus kitorang naik ke atas daratan semula sambil menikmati suasana malam di situ..Dan sambil menjamu telinga dengan lagu-lagu yang best dari beca-beca berdekatan..Saper tak tau yang Melaka ni terkenal dengan beca aku campak gigi korang..bahaha ader kena mengena ker?? Relax..relax..jangan konfius k..atuk memang dah tak der gigi, awal lagi dah campak mana tah…kikiki

Hoi..korang nak tau bila malam aku nampak beca ni macam lagi cantik jer, lagi menarik jer, lagi tertarik jer..Dengan lampunya, dengan lagunya yang dum dam..dum dam, romantic, hah..bestnya…tambah pulak dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa tu..aduh..menusuk jiwa mak tau..teringat pulak kat pak we di perantauan…bahaha..*pendustaan semata-mata sebab ku tidak punya pak we, pacar, boyfren, dan sewaktu dengannya..* Kalau nak buat calon boleh lagi ni sebab masih single..ngehngehngeh..ciss, kau ingat ni tempat mencari bakal suami ke Cik Fara oiiii…tapi dalam kurungan *lupa ambik gambar beca la pulak*.ampun...


Pemandangan malam di tepi sungai..cantik beb..


Kembali pada realitinya..lepas dok ambik angin kat tepi sungai tu, kitorang pun terus pergi makan dan balik chalet dan seterusnya…solat..bummmm dan terus tido tak ingat dunia..konon penat la sangat kan…tido siap peluk-peluk lagi, sebantal pulak tu..ha..kau ader??? Tak der kan…so jangan jeles..wahaha..aper aku merepek ni wey pepagi buta ni..Just nak syer moment tido dengan sahabat baik aku..suka hati aku la kan..kan….jangan jeles…


So sebelum aku tutup cerita, pekata jom layan gambar kat bawah ni dulu..tehee ^_^


 Comel jer cek kak ni..bahaha..masuk bakul angkat sendiri lah...


 Menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dopp..


So sebelum aku merepek lebih panjang , setakat ini dulu entri tentang percutian aku kali ini….sebabnya aku dah mengantok tahap gaban ni..k jumpa lagi di next entri k…


Berdua lebih baik.


p/s: terlalu cantik Melaka..peace yo!!

Sekian.....


Saturday, December 21, 2013

Beautiful Malacca #Cuti-Cuti Malaysia (Part 1)


Assalamualaikum


Salam satu Malaysia buat pembaca blog aku yang cun n smart semuanya..Kalau dah sebulan aku tak update entri baru, tapi hari ni aku nak bawa korang semua ke dunia khayalan aku yang sungguh simple..bahaha..ayat tak boleh blah..(nak ambik hati sebab dah lama tak update blog kot-kot ada yang marah kenn).


Kebelakangan ini masa sangat mencemburui kita untuk berdating di blog ni, seperti yang aku pernah ceritakan sebelum ni, masalah kesibukan menyebabkan aku kekurangan masa untuk update entri baru..Alhamdulillah sekarang semuanya dah selesai dan masa aku pun boleh di bahagi-bahagikan antara kehidupan aku dan blog aku..#terasa ayat aku macam nerd la sangat. .ngehngehngeh..lantak la..


Kali ni aku nak cerita tentang percutian aku di Melaka tempoh hari..Kalau ada yang bertanya pasal wedding abang aku sebelum ni, inshaAllah next entri aku akan update..sekarang korang layan la dulu entri percutian ni..
OK..Dengan Ucapan

SELAMAT DATANG KE MELAKA
Walaupun Panas Terpaksa Ku Tahan Juga Demi Menjadi Model Berhemah...Bahaha..


Kalau ada yang cakap eleh *Melaka jer pun*..Kalau ko rasa ko orang Malaysia,Itu ayat tolong simpan dulu..meh aku nak ceritakan aper keistimewaan Bandar Melaka ni..bagi yang selalu pergi tu maybe dah biasa dengan aper yang ada kat Melaka ni kot..tapi yang tak pernah pergi tu elok la korang baca sampai habis..Yang dok Melaka boleh komen lepas ni dan suggest mana lagi tempat yang patut dikunjungi dan apa lagi aktiviti patut dibuat bila di Melaka ni..


Dalam hati macam boring jer, so decide aper yang patut kita buat kat Melaka *tok tet,$$$$##&&7SS%%!!?? * habis tangan kaki semua angkat..so aku dengan kawan aku (Ann) pun mula la nak menggedik sakan..(nama pun pompuan kan). 1st  setibanya di Bandar Melaka, tempat utama yang kami tujui adalah ke Taman Mini Malaysia & Mini Asean..Tempat ni korang mesti pergi sebab banyak yang korang boleh tau pasal rumah-rumah di Malaysia dari Perlis sampai la Sabah. Struktur rumah2, alat2 yang digunakan dalam kehidupan harian, reka bentuk rumah dan segala bagai lagi boleh di lihat di sini..Jangan kata nak lihat ja nak posing maut pun boleh kot-kot nak buat kenangan..tak dak sapa nak marah kat hang pa..Kat Melaka ni banyak hang tapi kat kedah lagi banyak hang…sebab tu la aku pun guna perkataan hang..miahaha..boleh???

Antara Rumah-rumah Malaysia Yang Ada Di sini. Sorry Kalau Nak Tengok Banyak-banyak Rumah Lagi Sila Datang Ke Melaka.HuHu..Dengan Ucapan Kedatangan Anda Amat Dinanti-nantikan..


Kami Anak Dara From Kedah..Cam Tak Cayer Jer, Cam Baik Jer..Kikiki..Amboi Sopan Sungguh Aku, Tak Pernah Aku Sesopan ini..Adakah Ini Lakonan Atau Realiti?? ngerrr haha..


Sah Jenis Ketegaq Tak Dengar Cakap..Dah Sah-Sah Ada Perkataan Jangan Sentuh/Please Do Not Touch.Tak Reti Baca Ka Apa?
(Buat-Buat Tak Nampak Sebenarnya..Tettt..)



Lenguh Kaki Den Panjat Tangga Rumah ni..Tolong La Jangan Di Buat Rumah Sebegini Untuk Den..


Berlagak Ayu..Tapi Keras Nak Mampus..Wahahaha..Sorry Dear Ikhlas Dari aku Ni..


Struktur Dalam Rumah Sarawak


Struktur Dalam Rumah Sarawak


Penat Dah Kot!!!


Selepas melawat ke satu-satu rumah kami disajikan pulak dengan tarian-tarian satu Malaysia oleh penari-penari kebudayaan di situ..perhhh melentik badan..macam aku nak pi jer menari sama dengan diorang..tapi disebabkan kesedaran yang tingi dalam diri aku yang badan aku tersangat la keras jadi hajat aku terpaksa aku abaikan..wahaha..takut tergeliat pinggang..


Ni La Pentas Yang Di Namakan Pentas Teja Tempat Artis-Artis Kebudayaan Di Sini Membuat Persembahan.


Tarian Kebudayaan/Tarian 1 Malaysia


Ni pulak Tarian Tak Tau Hala Stepp..Apeka Nama Tarian Ini??


Selepas puas menikmati tarian satu Malaysia, masa untuk mencari souvenirs untuk di bawa balik sedekah kat kengkawan..Kat depan pintu masuk banyak deretan kedai yang korang boleh pergi untuk menjamu mata..harga sangat berpatutan, tak mahal pun..sangat boleh di beli..so aku rembat la bebaper keychain untuk kengkawan..harap korang hargai la pemberian aku nooo..(buat kawan-kawan aku ni statement formal aku k).

Jenis-Jenis Buah Tangan Untuk Kengkawan, Saudara Mara @ Pak We..eh..eh..tersilap pulak..Pak Wan Sebenarnya* Saper Pak Wan????* (gambar pak google)


Tak jauh dari Taman Mini Malaysia & Mini Asean ni ade Zoo..tempat kawan-kawan korang tinggal..kalau nak jumpa kawan-kawan korang yang bergayut ka, yang berenang ka, berendam ka, tidoq ja keje ka..korang boleh la pi no..Korang boleh pilih sama ada nak jalan kaki atau nak naik keretapi Zoo untuk tengok kawan-kawan korang tu..pilih jer yer..


 Si Leher Panjang Kesukaan Aku :)


Malu Lak Dier..Alolollo Comeiii Jer..Jom Giyomi Sekali...Bahaha..


Tapi satu perkara aku nak habaq makanan, minuman, dan aper-aper bentuk souvenirs kt sini agak mahal berbanding di Taman Mini Malaysia & Asean tadi..pasal apa aku pun tak tau..walhal dekat jer pun kedudukan dua tempat ni..Cuma dipisahkan bebaper meter je..


Ok..bertentangan dengan Zoo Melaka ni, ada pulak Taman Buaya..kalau rasa nak tengok buaya-buaya kat sini boleh ja pi..Ada macam-macam buaya..Buaya darat, buaya air, buaya tembaga semua ada….Jangan tersalah tengok buaya sudah yer..Bahaha..opsss..!!!??? tapi kitorang decide tak nak pergi sebab dah penat sangat dan dah lewat untuk balik ke chalet..So jangan ditanya mana gambar buaya tembaga...wahaha..tettt..


So pe lagi kita enjoy…Pe kejadah la ko ni Fara..entah..terasa macam tak reti lah pulak nak buat ayat..dah lama aku tak menaip entri baru so ayat pun aku dah tak reti nak buat la sangat??..tetttt....


Tepat pukul 2.00 petang kami bergerak mencari kedai makan dan seterusnya check in di Chalet Kak Long di Alai Melaka..So Masa Untuk relax..sebarang bentuk pertanyaan tidak akan di layan..wahaha..teruk tul..ahh aku gurau jer..


Setakat ni la dulu..tunggu part kedua aku cerita lagi pasal Melaka..


p/s: Mai Melaka harus la pekena Asam Pedas..perhhh baru terkesan di hati + makan bihun goreng yang kaw-kaw pedas dengan air teh-o panas..(harus mencari tandas dengan segera)wahahaha….
p/s: Kalau ada salah, tolong jangan marah na..sila hangpa perbetulkan sebab aku ni bukan pandai sangat bab-bab nak bagi maklumat ni tapi dengan semangat caiyokk..caiyokk..aku cuba..hihihi..(sebab tu aku tak boleh jadi perisik) huhu..


Sekian.....

 Rindu Mak..Walaupun Kat Rumah Johor.. Ciss..Statement Tak Boleh Blah..Kahkahkah..