Monday, October 28, 2013

Saja Jer....Oppsss!!!!


 Assalamualaikum

Ha…aper?dah berminggu kita tak bertemu di laman blog ni..hehe.. nak suspen la konon.. tapi rindu giler tau..sambil peluk2 bantal gitu..nak join ker?..hihi.almaklumlah orang kata kalau rindu kat sesuatu tu I mean orang la..mesti siap peluk-peluk bantal..nak-nak rindu bofren yang belum tentu nak jadi suami ke idaknyer..so sekarang ni aku tengah feeling2 macam tu la sebab rindu bofren aku ni…hai blog..aku rindu kau tau..jangan nak feeling2 sangat la Fara oi..wahuhu..

So sekarang aku nak kobar ada cerita yang best dan cerita yang tak best, mana satu korang nak aku ceritakan?..Sila fikir sambil pegang handphone check wahtsapp..alololo..tomey sangat..gelak sorang2, bofren whatsapp dah 5jam..ihikhik..Udah la tak payah nak fikir lagi, aku sendiri dah ada jawapan dia..layan la bofren kau tu dulu, karang majuk saper pulak nak pujuk....oih...salah er...wahahaha..

Ok pertama, cerita yang bestnya adalah sebab aku dah dapat jumpa bofren aku iaitu my new nephew..macam yang pernah aku cerita dalam entri aku yang lepas..so terlepas la sudah sengsara menunggu kedatangannya..rindu juga terlepas sudah..ahh..leganya hati penantian sudah menjadi kenyataan..wahaha..banyak la cekadak kau..pergi 
buat cekodok lagi bagus, dapat juga mak makan..kennn?.

Lagi satu cerita yang best..yey..handphone kita yang rosak tu dah berganti tau…tau.. Ahakss..senyum sampai meleleh air liur sambil taip entri untuk korang..tengok..semangat kau..hari tu siap nanis-nanis sampai lebam bijik mata tak tido malam sebab handphone rosak..Ah sudah tiada alat penghubung untuk aku mana boleh duduk diam..Apa cerita baru kat FB, apa update terbaru dari kawan-kawan aku..aduss orang call tak dapat macam mana nak ku buat lagi..segala text untuk aku semua tak sampai..maunyer idak tak tido malam wey..Dulu boleh pulak hidup tak der handphone kan?..aimak apa mau jawab? Huhu..ah..peduli apa, lupakan pasal itu..

Selepas dah survey..akhirnya aku dapat handphone baru..aku puas hati sangat-sangat dengan perkhidmatan terbaik dari handphone aku..oih smartphone orang sekarang cakap..al jangan nak buat malu sangat la..ehemm.

 ok tak..ok tak...ha..ok la kan..cepat jawab..
kalau korang suka boleh la usha2 pasal sony xperia k..aku cakap memang best..


Ok..al seriusli..ini jer la citer aku kali ini..wehehe..gempaq tak..?..peace no war..bubye..









Ha..aper..lagi satu cerita?..eh ader lagi er..ikikiki..sorry..sorry..sudah terlupa dibuatnya gara-gara eksaitedted…pasal anak buah with smartphone baru..Oh nak tau pasal cerita yang tak best tu la kan kerja korang..jangan buat muka cemberut pulak..buruk sangat la wey..lex la..

Cerita dia sekarang ni, aku tengah siapkan sikit demi sedikit preparation ntuk majlis kahwin abang aku.So memang pening kepala sikit la sebab macam-macam kena fikir..Tinggal baper hari jer lagi tapi macam-macam kena buat..Sudahla, tak der saper-saper..so memang la payah sikit kan..pening juga kepala memikir..kadang-kadang sampai tak cukup tidur dok memikir..Itu la yang tak bestnyer..Hope korang doakanlah untuk aku dan family aku semoga aper yang kami rencanakan akan berjalan lancar nanti..kalau 
tak aduss mati la…Semoga Allah permudahkan segalanya..Aminn..



Dan kalau korang ada idea atau nak suggest aper pun sangat di persilakan..pasal buah tangan ker, buah hati ker..oppss tersalah pulak..(saja nak promote la tu).tettt..atau nak sponsorrrr..boleh ajer..cis kau ingat kau saper cik Fara oi..kihkihkih...

ok..bubye..

p/s: berusaha itu penting sebelum mengalah..inshaAllah Allah akan permudahkan..caiyok..caiyok.
p/s: entri sampingan jer sebab tak sempat nak buat entri gempaq..wahahaha…belasah jer la wey..

Sekian…..


Sunday, October 13, 2013

Bila Hati Dah Tak Tau, Otak Pulak Semakin Kusut.


 Assalamualaikum

Lately ni aku selalu tak sempat nak buka fb, nak on wechat, whatsapp bagai.. Kadang-kadang nak tengok tv pun memang tak menyempat. Banyak benda aku kena fikir dan kena buat. Kadang-kadang rasa macam tak adil pulak.aiyaa

Sekarang ni hidup aku pun dah tak serupa bikin.Kacau bilau orang kata..
Rasa macam adoii cik gayah oi penat la mak nak habaq..hihi..really2 penat.seyes memang aku tak tipu dan aku bukanlah  penipu..Rasa macam tak terurus pulak life aku. 
Kalau orang lain tok tet-tok tet dok menekan keypad handphone, eh tak..tak.. sekarang ni orang main touch2 jer le cik fara oi..Sungguh terasa jeles benar aku.. 
Mana tak jelesnyer  jangan kata nak touch2 skrin handphone..nak touch handphone pun tak menyempat..memang tahap meroyan orang kata hidup aku ni..

Kadang-kadang teringat pulak zaman budak-budak tak berapa nak cukup akal dolo..dolo..tu…hihi..boleh main, makan, sesuka hati jer nak buat apa pun. 
Yang paling best tak payah sangat nak memikio soal hidup ni..bila esok jer nak start sekolah, mula nak macam-macam..ala mak nak demam la, sakit perut. 
Boleh pulak dok memikio lakonan yang macam mana aku nak buat ni. Esok nak sekolah malam ni dah start nak demam. Nak panadol  la, sejuk la.aicewah lakonan la sangat. 
Mak aku tau, hang tau dak.. tak payah la nak menipu..

Tapi kekadang tu menjadi juga la kononan aku.. supaya tak terjejas baiknya lakonan aku, muka biar nampak macam orang sakit..makan buat-buat tak lalu padahal lapar nak mampus..
Horey aku kalau berjaya, dok dalam bilik diam-diam konon-konon demam padahal dok bersenang lenang nu ha..haremmm..tak sakit pun..

Tapi boleh bayang tak kalau tak menjadi..kadang-kadang mak aku faham sangat dah aku punya alasan tak berapa cukup isi, mak aku awal-awal lagi dah dapat baca apa ada dalam kepala hotak aku ni. 
Mak aku seorang yang tegas nak mampus time dolo..dolo..tu. 
Kalau lakonan aku tak Berjaya memang nahas la aku kena denda .tak der can nak bersenang lenang kat rumah.. 
Makan tak boleh, tengok tv tak boleh yang paling menyedihkan main pun tak boleh wey…berpinau bijik mata aku tengok bebudak lain dok main kat luar rumah.. 
Zaman tu kan, tak der erti la kalau tak boleh main beb. 
Tak boleh bergerak 90 darjah pun macam lembu kena cucuk hidung..dok moh…moh..aku pulak dok mak..mak… nak pi main..Jawab mak aku no..no…haha..
 boleh bayang tak muka aku time tu macam mana?..serupa cuka terlebih dalam kuah mee+ kopi pekat tak de susu…wahaha..

Bila kena denda tahap gaban macam tu, esok terus insaf nak pi sekolah.
Pukul 5 pagi dah bangun tak payah mak kejut..senang giler aku bangun..tapi hampeh sekejap jer aku insaf pastu macam-macam balik..

Mana tak nya kalau ader subjek tak best, cikgu pulak garang, keja sekolah tak siap..tak ker banyak lakonan lagi aku kena buat..tambah-tambah bila esok cikgu Tiger Malar ngajar..memang aku kecut perut, mana tak kecutnyer..dengar nama jer dah meremang bulu tengkok..
Tak takut ker dengan Tiger..wehihi..sorry cikgu..gurau jer. 
Tapi betul la cikgu Tiger memang garang macam tiger..Ader saper tak takut tiger cer bagitau..
Hah memang takut wey garang giler..macam mana aku tak buat lakonan mantop..kalah bintang popular Maya Karin..opss…sorry..

Tu la hidup kan…seronok pulak bila ingat balik..tapi sekarang macam kehilangan sangat zaman-zaman best tu. 
Kadang-kadang aku ni tak berdunia dengan orang..kawan-kawan pun aku buat derkk jer..
Demi nak capai cita-cita aku..aku terpaksa korbankan untuk sementara waktu  zaman bersuka ria tu. Kepada kawan-kawan, gua minta maap sangat sebab selalu diamkan diri dan buat derkk jer.. 
Ajak keluar tak nak keluar, msg semua tak berbalas..call pun tak berjawab..kesian kan kawan-kawan aku dapat kawan macam aku..
Tapi InshaAllah nanti bila semua kerja aku dah selesai..boleh la aku temankan korang, keluar dengan korang macam sebelum ni..Buat masa ni aku memang sibuk..siang full time keje, malam study, hari minggu tetap study..celah mana aku nak bersosial..bila ada masa sikit..mata pun tak menyempat dah wey..terus nak memejam..kadang-kadang  tidur macam tu jer seolah-olah hidup ni aku yang punya..
Jangan kata nak bersosial pun tak dapat, makan pun main telan-telan jer, mandi semacam kobau mandi..hihi..sudah membuka pekung di dada nampaknya....

Tu la selagi hidup ni, boleh di isi dengan benda baik-baik isi lah..hargai setiap detik tu sebab belum tentu masa akan datang kita boleh rasai detik-detik macam tu lagi kenn?.. 

Bila Hati Dah Tak Tau Otak Pulak Semakin Kusut, bersangkut paut ker tajuk aku dengan cerita aku ni..kelaut nampaknya..Ah peduli apa aku..dah memang hati aku memang tak tau nak kata apa lagi  bila otak pulak semakin kusut dok memikir..meroyan ke haper ni.. Cis poyo kata abang aku..wahaha..

Ok la…so kepada mak aku,sorry yer mak..pasal kes dolo…dolo..tu menipu jer keje..bila kena marah kelat jer muka..tapi macam mana pun kena marah anak mak ni tetap kiut kan…hahaha..perah santan betul..

Kepada cikgu aku Tiger malar..sorry…gurau jer tau..
Last sekali aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang mengenali aku, di blog atau di mana sahaja ok...

.....Peace…..

.....Sekian.....

Wednesday, October 02, 2013

Bosan Ke Berlajar Dan Menjadi Seorang Pelajar??


Assalamualaikum

Teringat balik kata-kata mak, ayah aku dulu..kalau kau tak belajar betul-betul esok-esok tak tau la macam mana kehidupan kau..Amboi kemain lagi time tu aku boleh buat derkkk jer..Jawapan aku time tu sungguh tidak masuk kepala hotak..tanpa segan silu aku jawab, esok dah besar keje je la kan..keje sekarang kan berlambak..Adoi..mendidih tahi telinga kalau dengar..If kalau aku la yang jadi mak time tu, mau aku bagi penampar kat anak aku..Tapi mak aku ni very sporting la, aku buat derkk dia pun boleh buat derkk jer..hangin satu badan juga aku…hahahaha..terbalik…


Nak baca buku ker nak main..Ah..apa yang aku fikirkan..pedulikanlah kata-kata itu..


Dulu aku punya syok main-main with my fren yang tak berapa skema..jadi la aku budak tak senonoh juga..Masa form 1 until form 3 boleh la lagi aku punya tahap skema nak mampus..Hidup mau study la konon-konon..Markah tak mau rendah..asyik nak bersaing jer dengan member2. Kalau ujian bulan ni jatuh bulan depan aku mesti naik. Studynya toksah dok kata apa la..keluar rumah pun idak..subjek cemerlang aku time tu BM, SAINS, N KHB..subjek ni memang makanan aku time tu..tak baca buku pun aku boleh jawab..Orang kata subjek ni benda yang kita buat hari-hari..Kemain berlagaknya aku. Kenn…Tetttt..Time ni juga la aku tak pandang langsung budak2 kelas bawah..sombong nak mampus..

Tapi tub-tub bila naik jer form4 n 5..keadaan dah tak serupa bikin..Hidup aku asyik nak main jer..Tu la Tuhan bayar cash kan..belagak sangat..Tiap-tiap hujung minggu asyik nak keluar..Ha sudah..apa boleh buat.Mak keje, ayah pun keje..memang peluang keemasan la melepak kat luar..Kawan pulak dengan member2 yang tak berapa nak focus pada study..so..hambik kau melingkup jer study aku..

Menangis tak guna. Kalau korang nak tau masa nak exam SPM tu, aku langsung tak study..sumpah aku tak tipu..sampai exam aku main jawab jer..Tapi mujur la kepala hotak aku ni boleh juga ingat apa yang cikgu ajar..Boleh la juga menjawab beb..Alhamdulillah ada juga subjek yang dapat A1..Mula dok membebel sorang-sorang, kalau la aku study betul2..mesti lagi cun result aku..ntah-ntah dapat pergi overseas…cis..berangan la kau..


A+ wey..A+..mampu??


Start tu, aku menyesal sampai sudah..aku mula cari balik kawan-kawan aku yang suka study bukan yang suka main-main lagi..Bila dah sampai alam bekerja ni baru la aku faham apa yang mak, ayah aku cakap dulu..rupa-rupanya ilmu tu segala-galanya..Kalau tak der ilmu tu nak kerja pun susah..Kerja yang elok perlukan kelulusan yang elok..Bila dah sampai alam pekerjaan ni baru la aku tauyang ilmu tu sangat penting..

Kalau ingat nak kerja sendiri, nak berbisnes..Nak berbisnes pun perlukan ilmu juga ma..so kalau tak der ilmu jangan fikir kau boleh maju..Kalau rajin bekerja mungkin suatu hari kau boleh berjaya juga tapi perjalanannya cukup panjang..Tapi kalau berilmu, ada sedikit kepandaian nak kerja pun senang..Nak berbisnes, nak kerja apa pun senang..



Gaya seorang student nak ke kelas..boleh?..wahahaha..


So sekarang bagi adik-adik yang nak ambik PMR, SPM dan STPM tu berlajar la elok-elok..fikir masa depan..Masa sekarang mungkin kita rasa bosan nak belajar, malas tapi percayalah suatu hari kita akan menyesal.. yer  la jiwa remaja..mesti la nak seronok jer kan..tapi masa akan datang?..
So sebelum terlambat apa yang patut diubah..ubah la..baiki diri..fikir masa depan..berlajarlah betul-betul..Jangan dah terlambat baru nak menyesal..


Ok..kepada semua pelajar atau adik-adik yang sedang nak ambik peperiksaan PMR..selamat maju jaya..semoga dipemudahkan segalanya..Dan kepada yang nak ambik SPM dan STPM nanti..usaha selagi termampu..fikir masa depan..jangan menyesal di kemudian hari..semoga Allah permudahkan segalanya.InsyaAllah….


Kitorang dah dapat result...cun..bolehla kitorang sambung belajar ke peringkat lebih baik lagi..nanti boleh bantu mak, ayah dan keluarga..teheee..:)

..SELAMAT MAJU JAYA..


Sekian…..