Monday, September 30, 2013

Selamat Datang Sayang :)

Assalamualaikum

Actually...hari ni aku nak kenalkan korang pada sayang aku yang baru hadir dalam hidup aku ni..aicewah..jiwang tak aku?..kekekeke...Nak tau tak saper yang menjadi kesayangan aku ni? bertuah sungguh si dia kan..? hehe ke aku yang bertuah sebab si dia yang datang dalam hidup aku..oppss konfius sekejap..:)

Bertarikh 29 OGOS 2013, hadir seorang putera yang menjadi kesayangan aku..sampai setiap masa aku asyik teringatkan dia..Nak tidur pun aku masih teringatkan dia. bangun tido apatah lagi..huh sungguh aku teringat..

Sekarang aku masih tak dapat berjumpa dengan dia disebabkan kami masing-masing jauh..Entah bila dapat berjumpa?. Yang hanya boleh ku lihat hanyalah gambar-gambar yang dikirim atau dimuat naik di laman sosial facebook..Ah..sungguh aku tak sabar-sabar untuk berjumpa dengannya...

Wah...amacam, ada tak bakat nak jadi penulis bersastera tinggi..wahaha..geli tak korang baca wey?..tolong muntah kalau tak tahan membaca ayat-ayat aku tadi...hahaha..muntah hijau aku baca ayat-ayat cinta ni wey..sungguh aku tak pandai mengayat orang..kantoi..sudah..

Ok..relax..relax..brother, sister jom sambung baca cerita aku tadi..Putera kesayangan yang aku maksudkan sangat hensem, awww saper yang tak tertawan..sampai aku sendiri tak henti-henti mengingatinya..ah...bila mau ketemu ni..

So mesti korang tertunggu-tunggukan nak lihat putera kesayangan aku ni...sekarang tibalah masanya jeng..jeng...tutup mata dulu..jangan tipu..hehhe..




Ini dia kesyangan aku....my nephew aku yang baru..huhu..jangan marah...


Assalamualaikum, auntie2 n uncle2. Nama saya Hadif Aqeel, Umur saya baru 1 Bulan..ok la, bubye..saya nak sambung tidur yer..
Wahaha..betuahnyer kalau baby 1 bulan dah boleh cakap..
Ok, tak per Hadif, acu mewakili hadif untuk say hai.....hehehehe..(sayang dier banyak2)



Amacam..dah puas hati dengan cerita aku kali ni...harap semua happy bila membaca di sini ok..Kalau nak happy lagi boleh jer add aku di facebook kesayangan aku...Fara Haanna...
Bubye semua...senyum sokmo..peace..jumpa lagi

Sekian.....



Sunday, September 15, 2013

Mana Perginya Keberkatan Itu?


 Assalamualaikum

Hai semua..selamat bersua kembali, dah seminggu aku menghilangkan?..hehehe..menghilang disebabkan tuntutan kerja yop bukan disebabkan kemalasan hokey..hokey.. rindu aku la tu..kan..kan..ala tak payah la nak segan silu..cakap jer yang korang memang rindu aku pun..wakaka..sangat perasan..

"Emm bulan ni gaji aku nak bayar rumah, nak bayar kereta, nak bayar bil, nak beli barang dapur..ha..yang penting nak shooping..tapi nak bagi mak kat kampung lagi..macam mana ni,cukup tak yer?..".

Ok..sekarang aku nak tanya, korang pernah tak alami situasi seperti di atas?. Pernah tak korang  rasa yang gaji korang tak pernah cukup biarpun gaji korang tu beriban-riban..pernah tak? Kalau pernah aper korang buat? Terfikir tak ader yang tak kena dengan perbelanjaan korang..Tapi kadang-kadang korang berbelanja tak banyak mana pun kan, alih-alih gaji tak pernah nak cukup..pertengahan bulan dah mula macam-macam..itu tak der la, ini tak der la..gaji pulak dah habis..mula la cari jalan nak meminjam kat orang kan?..Dah pinjam..faham..faham la, cukup bulan terpaksa la bayar balik..dah tambah lagi satu bala..gaji habis dok bayar hutang orang..

So bila dah selalu jadi macam ni, aper korang rasa? Tertekan tak?..Kadang-kadang orang yang bergaji RM500 sebulan tu hidup diorang lebih senang..tak pernah kata tak cukup duit..nak aper semua boleh beli..Yang bergaji Rm500 tu juga la yang bagi korang pinjam duit..Terfikir tak mana perginya duit korang?..Aper korang buat dengan gaji korang yang beriban-riban tu..Bila cakap bab gaji ..wah..gaji aku banyak tapi hampeh..tengah bulan jer poket kering der..



 Pening-pening apa patut aku buat ni??


Sebenarnya..semua ni kadang-kadang terjadi disebabkan tiada keberkatan.. Kadang-kadang walaupun gaji beriban-riban tapi tak pernah nak cukup sebab aper? Sebab mungkin Allah mengambilnya tanpa kita sedari..Allah tidak mencukupkan aper yang kita peroleh disebabkan tiada keberkatan dalam rezeki yang kita peroleh..Cuba fikir, muhasabah, audit diri..mana silapnya kita?

Kita cuai dalam bekerja? Hah..kadang-kadang kita lebih suka mengambil kesempatan terhadap kerja kita..orang kata mengular..betul tak? Bila bos ada baru beria-ia menunjukkan kesungguhan nak bekerja..bila tak der bos macam-macam..Ala…sikit-sikit jer ni kira aci la…pernah tak buat macam ni?
Satu lagi suka sangat mengampu bos tapi kerja tak seberapa pun..Aper yang kita buat Allah tahu..sebab tu la kadang-kadang gaji yang kita dapat setiap bulan tak pernah nak cukup sebab tiada keberkatan..

Kadang-kadang kita tidak ikhlas dalam bekerja..Aku buat ni pun sebab terpaksa..kalau tak, jangan harap la..Ikhlaskan lah hati kita ni dalam bekerja..jangan ada rasa terpaksa..kalau tiada keikhlasan untuk aper kita bekerja..semata-mata nak duit jer? Iklaskan hati kita dalam bekerja dulu baru keberkatan tu akan datang..

Jangan sesekali mempergunakan orang dalam bekerja, jangan sesekali menipu biarpun sedikit tapi Allah menilai semua tu..Kalau yang berniaga..jujurlah dalam berniaga, tak usah la kot nak menipu pelanggan..biarpun 50 sen yang korang ambik dari setiap pelanggan..ingat Allah mengetahui segala-galanya..dari situ mana nak datangnya keberkatan dari perniagaan korang kalau asyik nak menipu..

So sekarang..fikir baik-baik…mana silapnya..mana perginya gaji korang kalau setiap bulan tak pernah cukup…audit diri..


 Amalkan ini setiap hari, semoga kita semua di murahkan rezeki.(kredit untuk ustazmustaqim)


Ok…jeng..jeng..sebelum tu jangan dok boros sangat no, rancang setiap perbelanjaan korang dan cari keberkatan dalam rezeki yang korang dapat ok…..peace..senyum sokmo..

Sekian……


Sunday, September 01, 2013

Nak Glamor Ke Dik?


Assalamualaikum

Selamat Menyambut Hari kemerdekaan dan Salam Satu Malaysia untuk semua Rakyat Malaysia dan juga saper-saper saja yang membaca di sini..Actually sejak kebelakangan ni aku jarang sangat update blog dan buat entry baru, so hari ni..aku free..free..free talk kakao talk..yuhuuuu…bak kata Yuna dan Big Bang..giler gaban aku suka Yuna dan Big Bang..kakao talk? Suka jugak ,yuk kita sama-sama downdload letak kat phone…talk..talk.. puas-puas…biar lebam biji mata..cukup bulan bayar bil..wahahahaha..


Kan Yuna, Kan Big Bang Kan..kan..??


Hari ni Mak Noks nak cerita sikit…tapi…saper yang start guna perkataan mak noks ni? Mental sangat bila aku dengar orang cakap perkataan Mak Noks ni..’ sentap hati Mak Noks wey’. Apa itu Noks?.. Dulu aku selalu dengar tapi sekarang macam dah kurengg..saper yang start guna perkataan ni aku pun tak tau sampai jadi trend ikut-ikutan golongan muda remaja..

Tak der kaitan langsung Mak dengan Noks tu..Aper punya akal la orang yang start guna perkataan ni..Nak famous la kot konon-kononnya..Ka time tu sebenarnya nak panggil mak ternampak la pulak Noks lalu so panggil jer dua-dua..Maka terjadi lah perkataan Mak Noks…Mak + Noks..

Start tu kot rasa pekataan Mak Noks ni boleh di komesialkan…ciss kalau jadi sumber pendapatan tak pe la juga ni sekadar ikutan golongan muda mudi..saper yang start guna dulu pun tak dapat di kesan..Kalau boleh popular ok la juga kan..

Ni la golongan sekarang macam-macam perkataan keluar..tak cukup tu ada yang nama sendiri pun dah diubah suai..Mak Bapak dah bagi nama elok-elok dengan maknanya sekali..pandai pulak dok tukar Khalijah jadi Katty..ciss..omputih sangat la tu..syok giler la bila orang panggil Katty..padahal maksud Katty tu aper pun tak tau..Yang Bedah jadi Bad..elok sangat la tu..Bad sungguh..Kesian kat mak bapak kau yang dah elok-elok bagi nama wey..


Sedih tau, nama kita dah elok tapi diorang tukar-tukar pulak..


Mak Bapak dah bagi nama elok-elok suka hati nak menukar..konon nak famous, nak glamor..aper barang wey nama Bedah, Tipah,..Jangan suka-suka hati nak menukar nama..kot-kot karang termalu sendiri..Bila orang tanya eh kau nama aper ek? Bagi jawapan minta orang panggil Bad..Bila tengok kat i/c..Bedah Binti Bedul..Hah tak ke buat orang gelak kat kau..konon-konon nama nak omputih..tapi makan belacan kembang hidung-hidung…sedap wooo..

Hadoi..Ingat la wahai anak muda semua..jangan sesekali kau mengikut ape yang tak sepatutnya kau ikut..Jangan ubah aper yang tak sepatutnya di ubah..aku pun kadang-kadang guna la juga perkataan muda-mudi zaman sekarang ni (auwww aku ni muda-mudi zaman bila..hahaha..tak pe aku sedar diri) tapi aku tak der la sampai nak tukar-tukar nama nak slang2 omputih ni, tak bangga ker jadi orang melayu ni wey..lagi satu aku ni suka la juga bergurau-senda tapi aku tak sampai hati nak meggelarkan nama orang yang bukan-bukan..kalau tak der niat pun, kau saja-saja boleh sentap orang tu wey..ingat sikit..

Ni sempena Hari Kemerdekaan ni, ayuh bangun jadilah orang melayu yang boleh membanggakan orang melayu..jom sama-sama merdeka..wah…kau…muahahaha.. peace (^_~)

Sekian……