Saturday, August 31, 2013

Hai Si Cantik Manis!

Assalamualaikum

Cantik bunga ni kan?

Ok..hari ni aku nak celoteh sikit bab cantik tapi bukan pasal bunga di atas ni.tapi bab si cantik manis ni..tak kisah la saper pun dia asal dia rasa dia cantik itu lah dia..Cantik..cantik juga tapi jangan la disebabkan kecantikan kau, kau hilang pedoman pulak..bangga tak tentu arah..

Kalau rasa kau cantik, kau perlu bersyukur kerana Allah kurniakan kecantikan buat kau..Tapi kau kena fikir juga adakah Allah kurniakan kecantikan untuk kau supaya kau dapat pujian dari ramai orang..Yang lelaki pandang tak jemu-jemu..kau suka kan?? Haiippp..jangan kau lupa adakah Allah memberi kau kecantikan untuk kau berbangga diri..? Adakah itu satu ujian dari Allah..Ujian yang diturunkan dalam bentuk kecantikan untuk menguji kau…

So kau kena la berhati-hati..Kecantikan yang Allah bagi untuk kau takkan kekal lama..sekelip mata jer Dia boleh ambik, masa tu kau baru ingat kecantikan bukan segala-galanya kan..?

Kecantikan yang kau miliki bukan untuk ditonjol-tonjolkan untuk semua orang khususnya si lelaki..jangan kau bangga jika lelaki memuji setiap kecantikan kau..mungkin akan menimbulkan dosa tanpa kau sedari..

Yang lelaki pulak..tipu kakau korang tak pandang si perempuan yang cantik manis..muka berbujur sirih..hidung mancung bak seludang, putih gebu, bak kata aku cantik semua la…ingat!! kau jaga pandangan kau wahai lelaki..dan cantik luaran tak semestinya cantik dalaman…

Yang perempuan dah kau cantik..cuba la kau jaga aurat kau..tutup aper sepatutnya yang perlu  kau tutup..jangan kau sengaja nak tonjolkan pada semua orang..Bila lelaki mengganggu kau..kau nak marah..tapi kau fikir tak yang kau punca lelaki mula menghampiri dan mengganggu kau..ingat tu..

Itulah sebab Allah suruh kita menutup aurat supaya tak terjadi sesuatu yang buruk..baik lelaki mahupun perempuan..

Well..cantik adalah..cantik hatinya, cantik imannya, niatnya, baik budi pekertinya, bersopan santun, tau menjaga batasan aurat dan pergaulan. Berfikiran positif, tidak berburuk sangka kepada orang, bantu membantu dan hormat menghormati..itulah cantik bagi aku..

Tak perlu la nak tonjolkan setiap kecantikan yang Allah dah bagi untuk kau..simpan untuk suami kau suatu hari nanti bagi yang solo macam aku..hikhik..yang dah kahwin pun macam tu juga..Jangan tonjolkan kecantikan kau untuk tontonan orang lain….

Fazura kau cantik sangat dan aku pun suka..suka.suka..huhu..
Adakah kau pun suka?? atau adakah kau secantik Fazura juga?? bahahaha gambar ni sekadar hiasan hokey my darling, my baby, my brother, my sister yer...


Aper yang aku tulis ni...sekadar pandangan, dan pendapat dari aku yang tak berapa pandai lagi ni..Jom sama-sama kita perbaiki diri dan ubah sikap kita ke arah kebaikkan. Kalau ada yang tak puas hati aper yang aku tulis ni, aku minta maaf tapi kalau ada pandangan bolehlah berkongsi sekali..

p/s: Cantik..diri mu buat ku tertarik...miahahaha..awwww..
p/s: Lagi satu sebelum terlupa maaf pada yang msg kat shoutbox tapi tak berbalas lagi tu...maaf sangat-sangat no..akan aku terjah sorang-sorang..harap bersabar yer..kerana aku sibuk sikit..hehhe..

Sekian.....

Friday, August 23, 2013

Mood Raya Dah Habis La...

Assalamualaikum

Wau...ape kabar semua?..dah lamak kau aku tak update entry baru...Nasib baik belum bersarang lagi blog aku ni..Ciss propa jer lelebih padahal baru seminggu...kuang..kuang..kuang..tettt..sekeh juga minah ni kang...

Hok aloh..tak besh ar wey, raya belum habis lagi..Jom ar kita beraya lagi..hui..udah-udah la nak beraya..tak mau lagi dah wey..aku sekarang dalam mood nak menambah rezeki pulak, dah aku habis kan pitiss $$$$ di hari raya, tibalah masa nak menambah rezeki pulak so terpaksa la aku buat-buat mood nak beraya dah habis..tettt...saper macam aku angkat kepala..wahaha..

Kalau tak percaya tengok la, aku sibuk mencari rezeki sampai tak menyempat nak taip entry baru...wuhu..penipu besar !@#$%^&* padahal tak de idea nak menaip.

Buat masa sekarang ni, aku amat ketandusan idea tahap gaban..What gaban? cik melah bertanya..Jawapan dia aku sendiri pun tak tau...hahaha..masak kalau aku jadi cikgu, buatnya anak murid aku tanya soalan ni, aper harus aku jawab??..Itulah sebab aku tak ditakdirkan menjadi cikgu kot..Ada hikmah di sebaliknya..

Sejak-sejak raya ni, idea aku nak menaip terus hilang..dah tu nak buka blog pun nak tak nak jer sebab tak tau aper nak taip...haiya..lu pegi mana itu idea ha..wa banyak susah lor..kasi can la sama wa..Apek penipu sedang menaip..

Ahhh..tetiba...tengah menaip ni boleh pulak internet tak baper nak ok..lembab semeot....aku geram..geram........dah la, tak nak taip dah..salahkan line yang slow, jangan salahkan aku sebab aku nak taip lagi ni ha...semangat ni walaupun tak der idea..nak upload gambar pun tak boleh..haiya....bush..bush...bengong betul...tetttt...senyum jer la no (^_~) ha siap kenyit mata lagi..kau ader?...huhuhu..

 yey..terbolehla pulak upload satu gambar ni, gambar lain harem..nasib la..satu pun satu la. buat halwa mata menengok...ni bakal ahli politik ka tokoh koporat?....sayang ketat-ketat kat cinonet ni..;)
(OH GAMBAR SANGAT TIADA KENA-MENGENA) muahahaha.

k.....tamat sudah.....

Sekian.....


Friday, August 16, 2013

Ketahuilah Berat Badan Ku Meningkat Di Bulan Ini

Assalamualaikum

Tak habis-habis lagi aku nak gebang pasal raya ni wey..Kalau rasa tak nak baca sila tinggalkan blog aku dengan segera...tiada paksaan untuk membaca dan melepak di blog aku ni.(aku punya tahap nak bercheqhita punya lah melampau ni so aku kena teruskan niat aku juga).Kali ni aku nak gebang bab berat badan pulak wey..

Tub tab..tub tab...lepas satu rumah, satu rumah makan...tak cukup dengan tu tapaw bawa balik rumah..asal aku muka tak malu memang itu la keja aku...tu belum tambah lagi dengan saudara-mara bawa mai makanan kat rumah...haiyoo...tak kan nak tengok jer kan makanan depan mata so aper lagi serang la kan..melantak jer keje aku time-time raya ni..

Open house sana sini..kenduri pulak berlambak-lambak...memang sesi menjahanamkan  perut aku la..dah elok-elok rehatkan perut bulan puasa..tub-tub raya tak hingat pulak melantaknya..serupa sebulan tu aku tak makan wey..

 Perempuan ini sangat la tidak senonoh, dengan muka tak der perasaan..melantak jer yang tau..kehkehkeh...


Ni la tebiat yang mak tak suka ni..hehhe..buruk sungguh..mak mertua tengok pun boleh geleng kepala wooo..Nasib baik aku tak tawin agi..kalau tak terpaksa la cover sifat tak senonoh aku bila nampak makanan kot....

Ah..kau sibuk makan sangat..kau cuba timbang berat kau Fara..Kau rasa naik tak? soalan yang aku sendiri dok berhujah dalam kepala...mau tak tidoq malam..

Belum timbang lagi..akan tetapi..hehhe..muka semakin tembam..baju seakan semakin mengecil..Adakah tailor telah tersalah ukuran? Mungkin boleh dijadikan alasan...akan tetapi juga bab muka semakin bulat dan tembam apakah ada alasannya juga?.... Miahahaha...dah tak boleh cover....padam mukan kau Fara..

Kesudahannya..aku insaf buat seketika waktu...tak nak melantak tak hingat dunia lagi..tapi untuk seketika waktu sahaja la..wahaha...wey..kalau aku tak insaf sekarang..banyak duit nak kena keluar beli baju baru  disebabkan baju lama dah muat-muat macam sarung nangka...hahaha..+ tak der duit dah, habis dah bagi duit raya kat orang...

Inilah gebang paling panas aku habaq kat angpa tengah-tengah malam ni..Kalau ada yang terasa atau simpati nak bagi duit raya buat beli baju baru boleh jer lagi..sangat di alu-alukan...keprihatinan anda, kebanggaan saya...wahahaha....peace ^_~

Sekian...


Monday, August 12, 2013

Raya

Assalamualaikum

Kecik-kecik dapat duit raya, besau-besau kasi duit raya....ahha...itulah lumrah sebagai seorang dewasa..yer tak? Maknanya juga Mak Cik Timah sebelah rumah pun dah makin tua la gamaknya...wahaha...sory Mak Cik..

Nak citer bab raya...cam biasa la...raya la kan...tak ke rumah sedara mara, kengkawan, jiran tetangga lah yang datang..pusing pi pusing mai, macam tu la aku baq hang...bab nak berendam air mata, kain baju semua sebab sedih setahun sekali jumpa, aku tak layan, saper suruh tak jumpa..nak minta ampun maap dari hujung rambut sampai hujung kaki pagi-pagi syawal ja..tu pun untung kalau rambut pendek dengan kaki tak berapa nak panjang..senang sikit nak mintak ampun sebab tak berapa panjang sangat nak mintak ampun...ngerrrrr....oppsss sory...muahahaha...

Raya dah..makan ketupat dah, makan kuih raya dah..segala makan melantak semua dah so tiba la hari nak bekerja lah pulak..bab ni la yang jadi liat sikit..almaklumlah cik kak, cik abang, cik adik oi syok dok raya, cuti pulak panjang jadi liat la nak start qheja..tak gitu?

Well aku terpaksa la tanam azam baru...caiyok..caiyok...keja lol...setahun berapa kali azam da..so what?
uhhu...ada aku kisah..suka hati aku la kan..azam aku..aper kau sibuk? (kau sibuk ker?) miahahaha...tolong gelak untuk aku wey..plisssss..plisssss....mintak gelak jer tak mintak duit raya pun....aper da kedekut sangat..

So aper motip taip entry ni...jawapan dia aku tak tahu......tunggu entry akan datang....wahahaha...
motip sangat cik Fara oi...

Me with Jufri...Lepak-lepak nyibuk jer sendeng tepi wa ha Jufri? Ko kenal tak mamat ni wey?


p/s: mood sewel taip entry sebab makan ketupat banyak kot..teheeee..

Sekian......



Saturday, August 03, 2013

Hadiah Aidilfitri....^_^


 Assalamualaikum

Tinggal baper hari jer lagi nak raya..so aper persiapan? Dah ader baju baru? Kasut baru? Semua la yang baru, dah siap?..Tapi honestly aku memang  tak siap aper pun lagi, baju tak der, kasut tak der, tudung tak der, aper pun tak der lagi?..Entah tak rasa pun nak raya sakan tahun ni…why, aku pun tak tahu la wey..

Maybe malam raya kot baru aku nak mencari keperluan untuk raya esoknya..Tu pun kalau aku tak penat, tak letih dan tak der kejer la..Kalau tak jangan harap la aku nak keluar kot..Baju yang lama yang tak di pakai lagi pun ader so aku rasa biar aku pakai yang tu la dulu, tak payah la nak membazir sangat..Huisshh..cayer ker aku yang cakap ni? Hahaha..kalau tak, tahun-tahun lepas,  kau la Fara manusia pertama dalam family nak melaram sakan..tett….nampak tak..nampak tak..? wahahaha..

Kali ni rasa macam..ok fine tak per la…aku tak perlukan semua tu..ader yang lebih memerlukan so aper kata aku cuba rasa aper yang orang lain rasa..Lagipun aku tak perlukan sangat semua tu..Raya pertama jerr kot kalau aku nak ke rumah sedara mara, raya kedua, ketiga, keempat and bla…bla…selalunya aku kat rumah jer tak pun aku akan ker rumah kakak angkat aku jer…itu jer..so tak perlu la nak beli itu ini sangat..

Tapi dalam tak nak beli paper tu…syukur, rezeki tetap menyebelahi aku, aku dapat hadiah sepasang telekung bersama sejadah untuk raya kali ni..Ni semua pemberian sepupu aku Kak Zura, Kak Long, Kak Suria, Abang Wan and semua family diorang..yey…dalam tak nak buat paper persiapan membeli yang baru, akhirnya Allah tentukan rezeki aku untuk dapat yang baru juga…Alhamdulillah…

 Sepasang telekung pelengkap Aidilfitri kawe.

 Sehelai sejadah cukup buat kawe rasa terharu

 Lagi terharu sebab sejadah ni dari Saudi Arabia khas untuk kawe...

Makanya, raya kali ni bolehla aku solat dengan telekung baru..sengih sampai nampak gigi belakang kot..miahaha..tapi dalam dok melaram yang baru, jangan lupa takut ader riak pulak..Ahhhh..jauhkan aku dari sifat-sifat itu..betulkan niat cik fara yer..tetttt..

Sebenarnya bukan tak nak berbaju baru, berkasut baru, ber segala baru..tapi terfikir, aku kat sini nak berseronok sakan, orang yang memerlukan tapi tak dapat macam mana pulak dengan diorang kan? Tambah-tambah terfikir kawan aku akan beraya di hospital jer kali ni sebab menjalani rawatan..berseorangan pulak tu tanpa family..Kau fikir? So terasa juga hati kalau aku, macam mana berseorangan pulak tanpa family…sedih, sayu, tak dapat pakai baju baru, tak dapat makan itu ini, bak kata tak dapat segalanya tak dapat la..macam mana perasaan time tu??

Ok la, so sebenarnya hadiah lebaran kali ni sangat la bermakna buat aku, bukan disebabkan sepasang telekung dan sehelai sejadah tapi disebabkan aku semakin matang, semakin mampu menghargai orang lain, dan semakin tahu erti bersyukur..semakin hari aku semakin melupakan kehendak diri aku, semakin memikirkan orang lain dan semakin tidak mementingkan diri sendiri dan semakin kuat menghadapi setiap dugaan….Alhamdulillah..inilah hadiah terbaik untuk aku bagi lebaran kali ini…

Buat sahabat aku itu..semoga tabah, kuat dan bersemangat hokey..caiyok..caiyok…yang penting semoga cepat-cepat sembuh..kalau kau sedih aku pun turut sedih…so jangan sedih-sedih…hokey :)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA RAKAN BLOGGER, READERS, DAN RAKAN-RAKAN TERDEKAT KU, KEPADA FAMILY YANG JAUH DAN YANG DEKAT…YANG MENGENALI ATAU YANG TAK MENGENALI JUGA AKU UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN…

p/s: Dah macam menang award anugerah bintang popular…wink..wink..*_*
p/s: Raya pertama memiliki blog sendiri…wink..wink…kan….^_^
p/s: Entry terakhir sebelum raya..wink..wink..nak duit raya...$$$$$$$$$$$$$$$...riban..riban...boleh?.:)

Sekian……


Boring.....


Assalamualaikum

Tak nak…….tak suka benci…(oppsss…)..buang tebiat ke haper Fara oi?..Entah la tak suka nak raya..orang lain sibuk nak beraya aku pulak malas nak beraya…ape kehelnyer kamu ni Fara??..

Tettttt…Boring nak raya sebenarnya..macam-macam tengah fikir..lapar pulak ketupat mak oi…hehhe…cam mana tu Fara? boring tapi terfikir ketupat mak aku, terus nak raya la juga sebab nak makan ketupat tu jer…boleh??..kalau tak raya jangan harap nak dapat makan ketupat mak aku key…

Kali ni raya macam biasa sebenarnya..boring jer kot..aktiviti yang sama..Lepas solat raya..orang penuh datang rumah..tapi sebelum orang ramai lagi datang, aku dengan family dah cabut pergi meraya rumah sedara mara…Bila orang datang ke rumah raya pertama tak pernah nak ader…Kalau ader pun pagi selepas solat raya je pun pastu al mintak maap la besok pulak baru nak nampak muka kami kat rumah…

Melantak puas-puas raya pertama dekat rumah sedara mara, raya kedua kau tunggu rumah jer la Fara…miahaha…raya ketiga, keempat, kelima pun sama…ah..boringnya….yang penting tak larat nak masak kau..hahaha..teruk kan cik Fara??..

Lepas jer raya ni seminggu dua, aktiviti aku akan bermula seperti biasa balik, dan ade kerja penting yang harus aku settle kan..itu yang memeningkan aku sekaligus mood raya pun hilang dari sekarang…ha yang penting jemputan majlis kahwin banyak ni…adoiii..best juga ni..tapi boleh ke aku pergi…haa…boring lagi..teeettttt ofcoss tak dapat pergi..

Rindu kat my brother yang dok kat Sarawak pulak..boring lagi..bila nak balik ni bawa buah tangan..ker nak bawa penampar sebelah…ngerrrr..huhu..raya kali ni jer nak dapat kumpul sama-sama..tahun hadapan belum tentu lagi…adoiii..boring lagi wey…


 Ni muka boring giler..


Tapi ini kategori aper? boring, syok giler, atau buat..buat..ni?


Dah la.. boring memanjang…sob..sob..baju raya kaler aper ni? Nak fikir sekejap…ah..boring lagi sebab tak beli lagi…nak kena fikir lagi...hahahah…bagi cadangan nak beli baju raya kaler aper ni?....tettttt…..


Al-Kisah aku yang boring…..memang aku seorang yang boring ker?? Ah..tak tahu la boring…

Sekian…..