Friday, May 31, 2013

Diam

Assalamualaikum

shhhh..diam..selalu ko dengar kan orang cakap cenggini?..Tapi sekarang ni masalah dia, kalau diam orang cakap pulak, asal ko diam sangat er?. Semua seqeba tak kena, diam salah cakap pun salah..Tapi kasi mau ingat la, kalau cakap sampai mulut tak boleh diam, aku tak tau nak kata apa lagi, pecah kepala wey dok dengaq orang pot pet pot pet sangat. Mak hang berleter pun hang sakit jiwa, inikan pulak orang lain.. wahaha...nak nanes..T_T .Boleh macam tu? Pening...pening, boleh migrain..

 Diam..diam...bak kata Naruto


Tub-tub aku nak kasi tau kat hang, aku ada ceqhita menarik punya..Pehhh..tak boleh belah la wey ceghita ni...Itu hari ar aku ada pergi itu klinik orr..aku ader jumpa sorang anti chinese ni....mulut dia tak hingat dunia der..sakit kepala aku, nyonyang..cengyang..onyang..moyang...semua keluar..Dah la aku ni tengah pening kepala..beqhejam pulak tu kena dengar dia duk cakap menatang haper tah dalam bahasa cina..Kalau dia mengata aku pun bukan aku tau pun..itu yang aku lagi sakit hati tuh..harap-harap dia sibuk dok memuji aku la kan bukan mengata aku *amoi ni sakit sakit pun cantik lor......muahahaha.....(puji diri sendiri memang kelebihan aku hang tau dak..)

Dalam dia dok berleter pum pang pum pang tu sempat pulak la dia tegur aku :

Anti : Sakit apa?, mau jumpa doktor ka?

Aku : Demam jer anti  *kalau tak jumpa doktor buat apa aku datang sini..hish...

Anti : Dah lama ka hang demam? aku tengok muka hang pucat

Aku : Baru semalam.

Anti : Aku teman anak aku jumpa doktor, sakit gastrik

Aku : Dah jumpa doktor ker?

Anti : Baru masuk. Doktor lambt orr hari ni, anak aku sakit tak boleh tahan. Aper punya doktor la ni, tak reti buat qheja

Aku : Dia ader keje kot *adoih jangan nak lepas geram kat aku sudah..

Anti : Tu anak aku dah keluar, aku bawa dia ambik ubt dulu

Aku : :) (senyum jer, tak larat dah nak cakap)


Hah, hambik kau..seb baik dia dah pergi kalau tak jenuh aku nak melayan. Kasi ingat la aku pun sakit juga, tak larat ma..Dah la dok dengar dia dok beleter dari aku masuk pintu klinik, mau cair taik telinga aku.. Tu nasib baik hangin kus-kus aku tak mai, kalau tak ngan anti anti tu kena dok luaq..

Tapi baru aku tau la apapasal dia dok berleter separuh hari..Aper dia ingat anak dia jer ker sakit, anak orang tak sakit. Anak orang lagi sakit kot dengaq dia dok pum pang pum pang. Sakit hati, sakit telinga, sakit kepala, sakit semua cukup..

 Aduhhhh...mau pecah kepala aku, sakit giler..cukupp..cukupp, aku tak mau dengar lagi...ahaksss..


Seb baik aku punya hati boleh tahan baik hari tu, boleh sabaq lagi...Aku ni jenis kalau dah tak boleh tahan mau jer aku sound depan-depan..anti ker makcik ker, datuk ker datin ker kalau dah tak reti jaga adab, tak reti nak fikir orang sekeliling tak der masa aku nak layan..sound jer. kasi ingat sikit, klinik bukan tempat nak tunjuk perasaan, nak tunjuk ego saper betul saper salah..


 Jangan sampai nanti diri sendiri terpaksa cakap macam ni..wahahaha..


Kalau nak ikut perangai sorang-sorang, semua nak betul..orang lain semua salah..ko kena juga fikir der, macam si anti ni, ntah-ntah doktor tu ader hal penting, ader kecemasan ker. Ko tak tau. Tak kan la doktor tu nak buat announcement kat satu klinik..*hari ni doktor lewat sikit sebab isteri doktor nak bersalin* hah macam tu ker?? huh...

Tapi, tipu la kalau aku cakap aku tak penat menunggu..Penat juga der, bosan lagi tu, + kena dengar ceramah free..haish saper nak kan...kalau bagi pilihan aku pun tak nak. sob sob aku bawak handphone boleh juga aku buka facebook siap dok update status lagi...wahahaha....ko citer bagai nak qak, boleh pulak ko cakap ko sibuk dok update status yer fara..sakit konon.. cisss....

What everrrr...tett..sekurang-kurangnya aku tak sakitkan hati orang, tak ganggu orang..Tu lebih penting kot..sendiri mau ingat la..ngadap benda lagho tu lebih baik kot dari dok berleter tak tentu pasal...

Peace......*_*.......kalau rajin meh ke facebook page haku yekk...

Sekian.....

Tuesday, May 28, 2013

Segmen Chomell Cuti Sekolah

Assalamualaikum

Sesibuk mana pun sempat juga aku sertai segmen Chomell ni wey. Hari tu yer-yer je cakap sibuk kan?..wahaha pirahhh la kau Fara..Orang nak bersegmen kau pun nak menyibuk..Pantang nampak, sibuk pun kau nak menyibuk juga kan....hehhe..

Well *_* aku ni bukan nak menyibuk just nak sertai jer. Memang la aku sibuk tapi kalau ader masa buat aper nak membuntang jer kan bijik mata tu. Buat habis karennn mak aku bayar jer..Hidup mau happy wey...

Aper kata, hampa semua ikut aku join sekali..Tak susah pun..Meh tengok cara-caranya :

*Mula-mula letak Banner ni kat entri hampa




*Kemudian hampa jawab soalan yang macam aku jawab kat bawah ni :

1) Ada nama timangan tak? Yang masa kecik-kecik orang bagi? Kalau ya, apa?
               Dik Na tapi tak berapa nak adik la sangat
2) Warna paling benci?
               Kuning sebab tak sesuai langsung dengan kulit
3) Lagu yang paling digemari? Yang latest. 
               Aku Yang Tersakiti artis Judika, waww.. macam ader kuasa menyerap ke otak
4) Kalau ada orang bagi baucer shopping, apa benda first yang terfikir nak beli?
                Iphone 5 sebab nak sangat-sangat tapi tak dapat-dapat lagi
5) Time bosan buat apa?
                Berangan sebab berangan boleh buat aku lupa yang aku tengah bosan
6) Subjek paling pro?
               Bahasa Melayu, tak pernah dapat B dari darjah 1 sampai habis study



Ok der..kalau bertuah, hampa akan terpilih untuk memenangi....(    ) biarlah rahsia.. hahaha..nak tau pi klik kat banner atas tu yew....SELAMAT MENCUBA....

Sekian.....




Sunday, May 19, 2013

Update Blog

Assalamualaikum

Hello..hello..testing..testing..1,2,3...ok...Salam sejahtera, Yang Dihormati, rakan-rakan blog, pembaca-pembaca blog. Yang Dikasihi para followers yang disayangi..para ibu-ibu, bapak-bapak..hari ni saya amat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk mengupdate blog walaupun dalam keadaan sibuk yang amat..ahakss..taadaa...Heran tak..heran tak kenapa aku begitu bersopan santun bagai..ala-ala pengerusi majlis mesyuarat PIBG sekolah..jangan nak terkezut sangat la wey...itu memang habit aku bila aku dah tak tahu aper nak diupdate tapi masih berkeinginan nak update blog..oleh itu segala aper yang ada dalam kepala hotak aku akan aku keluarkan dengan jayanya. Biarpun aper yang aku keluarkan itu merepek benor...huhu..

Ko pasan tak sejak bebaper hari ni blog aku selalu berupdate..amboi kemain, ader jer citer kau yer Fara..well aku memang rajin..hahaha..*kasi can aku perasan sekejap. Sejak kebelakangan ni aku agak rajin mengupdate blog dengan entri-entri yang begitu mengkagumkan...wahaahaa..sheep diam..jangan nak mengutuk aku pulak... ok sambung balik..begitu rajin berblogwalking, menghantar link sana-sini..rajin pulak aku bertegur saper dengan rakan-rakan blog, yang pasti rajin sungguh aku meninggalkan komen semenjak dua menjak ini..Itulah buktinya aku adalah seorang rajin..ko ader?..Selain rajin aku juga adalah seorang yang peramah dan tidak sombong yew..sebelum ni kalau ko pernah cakap aku sombong, cubalah ko mengenali aku sedalam-dalamnya..aicewah..macam nak tackle boyfren la der..

Now, semenjak aku diberi hidayah menjadi seorang yang rajin, ader jer yang menegur aku, ader yang meninggalkan komen di blog, ader yang sudi menjemput aku ke blog diorang, maka aku amat berterima kasih kepada korang semua sekaligus trafik blog aku semakin meningkat disebabkan korang semua..

Sebelum ni blog aku ala-ala hidup segan mati tak mahu..Tak pernah sekali pun aku nak berblogwalking, nak komen-mengomen.jangan harap la sampai ader yang cakap ko buat blog untuk ko jer ker yang baca..Time tu ko cakap la aper pun, no layan. Suka hati aku la kan, blog aku..Ader aku kisah..ko pehal?..

 Cenggini lah kiranya dikatakan hidup segan mati tak mau..asyik nak buat-buat sakit jer..padahal ok jer pun..huhu..(gambar aku google jer)


Tapi selepas mendapat inspirasi dan tunjuk ajar dari bebaper blog yang aku baca, sorry aku pun dah tak hingat aper ker nama blog itu sebab time tu aku main google jer nak cari tips untuk berblogging so memori aku tak dapat menyimpan nama blog tersebut. Kejamnya yer ko fara.huhu...Ko ambik tips diorang, ko boleh buat-buat tak hingat pulak..anyway bukan aku sengaja, sorry key. Sejak itu, aku mula terfikir, aper ke helnya dengan blog aku ni..malas update, suka hati aku jer nak update pepun, sebulan lebih kurang 3 ke 4 entri jer aku update. Nak kunjung-mengunjung tu memang tak la. Bukan sebab aku sombong tak sedar diri tapi sebab aku malas dan rakan blog pun aku tak der kot..so aku buat endah tak endah jer la time tu. Kalau dah macam tu, bila masanya blog kau nak dibaca orang wey..

Maka selepas itu, aku menjadi seorang yang sangat open dan rajin mengupdate blog..haha.. nampak sangat ko penipu Fara..bila masa ko rajin sangat update blog?, setahu aku sejak seminggu dua ni jer blog ko berupdate kencang..weheehee memang, aku tak nafikan. Pe'el aku kalau tak der aper yang aku nak kongsi, lebih baik aku diam daripada aku buat entri yang merepek-merepek tapi itu tak bermakna aku pemalas seperti sebelum ini..

Mungkin disebabkan semangat kaizen jugalah blog aku berupdate...hahaha..Aku bukan nak gebang yang blog aku ni bagus..ko sendiri nampak, memang tak la kan..Followers aku pun bukannya beribu-ribu pun..beratus-ratus pun tak. Apatah lagi nak berada setanding dengan blog Hanis Zalikha jauh sekali la kan. Tapi sekurang-kurangnya aku cuba berusaha untuk selalu mengupdate blog..InshaAllah kalau ader yang selalu support blog aku, mungkin aku akan semakin rajin dan rajin untuk mengupdate blog..hehhe..

So sekarang ni, korang aper citer? tak kan nak dengar citer aku jer kan.. Kalau ader sebarang tips atau cerita yang menarik dalam berblogging ni boleh la berkongsi dengan aku..dan kalau ader sebarang komen jangan segan silu untuk memberikan komen. Kalau ader yang tak puas hati dengan entri-entri di blog aku, boleh jer cakap aper yang ko tak puas hati tu. Jangan risau aku seorang yang open kalau aku rasa komen dan teguran ko ok, aku akan ambik dan serapkan dalam setiap entri aku..tapi kalau aku rasa komen ko tak cukup bernas, cuma nak mengutuk tanpa memberi cadangan maka akan aku diamkan diri saja...

 Orang ini sangat malas, sangat teruk, tapi sangat kiut...wehehe...tapi orang ini sudah menjadi rajin semenjak dua menjak ini..jadi apakah yang akan terjadi seterusnya, silalah selalu membaca entri dari orang ini....kekeke..


Terakhir untuk kali ini, Tq yeww semua..peace sekali untuk hari ini.. ^_^  yey..yey..*baca dengan nada rock baru ko akan dapat nikmat yey..yey..tau!!

Sekian.....


Saturday, May 18, 2013

Kaizen

Assalamualaikum

Pernahkah korang semua mendengar perkataan KAIZEN atau adakah korang sudah mengamalkan prinsip  KAIZEN? Entri kali ini dimulakan dengan soalan bukan dengan Bismillah..teet.nampak tak?..korang jangan ikut jejak aku key..sungguh tidak baik..biadab namanya...agaknya aku terlalu bersemangat wey untuk entri kali ni sampai terlupa untuk Bismillah..pe hal la kau fara?..

Well, aku tak nak bercakap banyak lagi..Apakah itu KAIZEN?. Kaizen merupakan satu perkataan yang berasal dari negara Jepun yang bermaksud penambah baikkan sedikit demi sedikit tetapi secara berterusan..Kaizen juga merupakan proses terus menerus yang terjadi pada setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, dan setiap tahun..Proses ini berlaku tanpa penghujungnya kerana perubahan adalah sesuatu yang sangat penting bagi memperbaiki diri kearah kejayaan dan kebaikkan..

 Perubahan kearah kebaikan


Cuba korang ingat semula sejarah dunia, Jepun merupakan sebuah negara yang telah mengalami zaman kejatuhannya akibat daripada perang dunia ke-2. Pengeboman bom atom terhadap 2 kawasan industri penting di negara itu telah menyebabkan kemusnahan dan segala aktiviti tidak dapat dijalankan. Namun dengan berbekalkan prinsip kaizen yang diamalkan oleh setiap masyarakatnya, negara Jepun mampu bangkit dari zaman kejatuhannya dan menjadi sebuah negara yang sangat membangun dari segi ekonomi dan teknologinya..Kini jepun adalah salah sebuah negara yang cukup dihormati oleh semua negara-negara lain akibat daripada perkembangan ekonomi dan teknologinya..

 Carta Aliran


PLAN (rancangan) - Merancang untuk penambah baikkan

DO (lakukan) - Melakukan apa yang telah dirancang

CHECK (periksa) - Memeriksa segala prosuder yang telah dirancang dan dilaksanakan serta memantau  segala prosuder agar berjalan dengan baik.

ACT ( tindak) - Melakukan tindakan yang sepatutnya terhadap ketiga-tiga  langkah tadi supaya tiada  sebarang masalah yang berlaku.

Prinsip ini bukan sahaja untuk diamalkan oleh masyarakat negara Jepun malah prinsip ini juga boleh diamalkan oleh engkorang semua untuk memperbaiki diri ke arah kejayaan. So jangan nak baca sejarah sahaja tapi tak memanfaatkan setiap sejarah. Setiap hari cuba korang perbaiki diri sebanyak 1% untuk yang malas macam aku, esoknya korang akan improve 2%, lusa 3% dan seterusnya. Dalam 100 hari, korang dah dah dapat improve 100%.

Sebagai contoh dalam bidang berblogging ni, korang boleh merancang untuk memperbaiki setiap penulisan. Fikirkan bagaimana cara untuk menarik ramai pembaca dan menambah bilangan followers..Bagaimana untuk menaikkan trafik, bagaimana nak dapat income lebih dari Nuffnang, bagaimana dan bagaimana sehingga mendapat jawapan..Jangan sampai tidur pun nak bagaimana udah la..hehhe..

Ok, tak lawak key..aku sendiri pun masih tercungap-cungap lagi nak cari jawapan. So apekejadahnyerrr aku bagi nasihat sedangkan aku sendiri pun masih belum dapat jawapan. Adalah baiknya jika kita semua menghulurkan sedikit pendapat. Seorang satu pendapat kalau 20 orang maka dah 20 pendapat...*Sesungguhnya aku memang muka tak malu, sudah bertanya soalan bertanyakan jawapan pulak*
Tapi ingat, malu bertanya sesat jalan....weeheeheee...tettt...

Caiyok..caiyok......

Hope entri aku kali ni dapat memberi semangat dan inspirasi untuk korang..kalau dah ader jawapan jangan segan silu atau malas nak bagitau aku..key selamat malam..baii...

p/s: sungguh baik entri aku kali ni..wuhuhu...

Sekian.....


Cepat-Cepat Promosi Sempena Hari Guru....


 Assalamualaikum

Hello and hye everybody…How are u? Hope korang semua sihat-sihat belaka yew..Bulan ni merupakan bulan yang cukup bertuah, kerana bulan ni boleh dikatakan bulan untuk meraikan dan menghargai semua pekerja, semua ibu, semua jururawat dan semua guru..

Tapi awas!!.ader perkara yang sangat penting yang perlu aku kabar kan kepada korang semua...Taadaaa...
Sempena hari guru  baru-baru ni ~ERYMIN COLLECTIONS~ telah bermurah hati untuk menawarkan korang semua dengan diskaun dan promosi yang cukup-cukup menarik terutamanya kepada peminat-peminat kain cotton ..*Sila senyum selebar-lebarnya wahai peminat kain cotton.

 ~ERYMIN COLLECTIONS~ merupakan sebuah perniagaan online yang menyediakan pelbagai jenis pilihan kain cotton dan perkhidmatan tempahan baju. Pada yang bercita-cita atau berhasrat  membeli kain cotton untuk melaram di kala syawal nanti, dan pada yang ingin menempah baju, silalah berkunjung ke Facebook page ~ERYMIN COLLECTIONS~ .Tawaran sah dari 15 MEI sehingga 31 MEI ini. Cepat jangan terlambat pulak, kat sana korang semua boleh like dan boleh terus membeli-belah dengan senang dan mudah yew....

Untuk seterusnya korang boleh baca promosi di bawah ini :

PROMOSI 1
beli kain di page ~erymin collections~ anda dapat 15% less untuk tempahan jahit baju kurung biasa (dewasa sahaja)


PROMOSI 2
beli kain cotton (pada harga asal) di ~erymin collections~ anda dapat belian ke-2 kain cotton dengan harga RM60 sahaja. FREE POSTAGE


PROMOSI 3
setiap belian/tempahan RM100 di ~erymin collections~ anda layak untuk satu (1) cabutan bertuah.. HADIAH MISTERI menanti anda


LAWATI PAGE ~ERYMIN COLLECTIONS~ UNTUK ANEKA PILIHAN KAIN COTTON

klik:https://www.facebook.com/pages/-ERYMIN-COLLECTIONS-/110285262356165


 p/s : kepada yang memenangi cabutan bertuah itu nanti jangan lupa syer kan hadiah korang bersama haku yer..

Sekian.....


Friday, May 17, 2013

Chupa Chup Lolipop

Assalamualaikum

Pergi ke kedai membeli roti, roti dibeli untuk dimakan, aperkan daya nafsu dah mari, untuk membeli lolipop tersayang....wakakakaka...apakah kerat pantun aku ni?.Betul ke idak aku pun tak tahu lol.. Macam diketahui ramai..aku ni memang pakar giler bab merosakkan pantun berkerat-kerat ni..cakap jer berapa kerat, semua kerat aku boleh buat..Jangan kerat orang sudah, itu memang diluar kepakaran aku..hehehe..

 This is lolipop

Ko kenal tak dengan benda alah kat atas ni?. zaman dulu-dulu, aku nak habaq mai kat hampa, benda alah ni lah yang aku melantak hari-hari wey..tak cukup 2, 3, 4, 5, 6 sekali aku beli..Tapi habit aku, kalau beli tu haruslah yang berperasa vanilla atau coklat. Kalau perasa buah-buahan tu memang tak la. Ko bagi aku berguni pun, alamatnya ko hambik la balik. Kalau tak membazir jer wey. Bukan tak nak menghargai tapi memang aku tak suka. Apa barang makan lolipop perasa buah-buahan. Tak rock la wey..Huhuhu...kau dah kenapa, makan lolipop pun nak rock juga ker?..ah..aku memang tak suka la bak kata Muthu. *siapa Muthu aku pun tak kenal, mungkin uncle kedai lolipop dulu-dulu...hehhe..Apa yang bestnyer kalau dah rasa cuma manis-manis jer.. Macam manis-manis buah, memang tak la..Kalau yang perasa coklat atau vanilla ni, rasanya lemak-lemak berkrim gitu pun disukai ramai.betul tak? alah macam ko makan coklat cadbury tu, berbar-bar ko boleh habis kan?.So macam tu la juga dengan lolipop....

Pagi-pagi mak bagi duit belanja sekolah, aku simpan sampai petang semata-mata nak beli lolipop. Balik jer kelas agama sebelah petang terus aku beli. Hari-hari aku bawa balik lolipop. Sampai la satu hari tu, mak aku bising-bising, kakak kau ni tak der kejer lain ker, tak der benda lain ker nak beli..hari-hari beli cekelat ni. Cuba la beli benda lain pulak, tak pun simpan jer duit tu. Kalau dah satu hari 5biji kakak beli. (sebiji = RM0.50) dah berapa? cer kira..Aku pun buat la kira-kira.. dapat jawapan RM2.50 mak..Pandai pun anak mak, ha kalau dah tau tak reti-reti nak jimat sikit..simpan jer duit tu kalau dah satu hari RM2.50 sebulan tak ker RM75.

Laalaalaaalaa..begelak riang tat kala mendengar not RM75 sebulan. Huh geliga juga otak mak aku ni yer..Best tu, kalau sebulan aku dapat RM75 maknanya aku boleh angkat sekarung lolipop la tiap-tiap bulan..Dengan RM75, cukup tu untuk aku makan sebulan..Wah bestnyer...huhu sekarang ko fikir, mak aku pandai ker aku yang pandai...wakakaka..ampun mak, ketaksuban kakak terhadap lolipop tak boleh dibendung lagi. aiseh..

Maka sejak hari itu mak aku semakin penat memikir kerenah aku dan lama kelamaan dia pun terus membiarkan saja anaknya membeli lolipop tanpa dibendung lagi. Mak aku cakap suka hati kau la kakak, penat dah mak cakap, dah bebuih ayaq liuq mak. Janji kau pergi sekolah, belajar elok-elok udah la. Kalau sakit gigi pandai-pandai la kau cari ubat yer..Mak dah tak nak masuk campur lagi dah..*Tapi apekah kaitan beli lolipop dengan belajar?.wuhuhu...

Akhirnya aku berjaya menakluki mak aku. Aku tak perlu lagi nak bertegang urat tengkok, leher mempertahankan habit aku..Tengok betuahnya saper yang jadi mak aku. Tak payah susah-susah nak memikir lagi. Bior aku saja yang memikior..

Dan tabiat memakan lolipop ini berlanjutan sehingga aku dewasa dan bekerja....hahahah...sungguh tidak baik. Adakah bila aku dah tua masih lagi ingin memakan lolipop. Cuba ko bayangkan bagaimana keadaan nenek tua yang sedang memakan lolipop..Bagaimana rupanya? Sungguh comelkan...hehehehe..tak pun buruk sungguh nenek ni, dah tua-tua pun macam budak-budak lagi nak makan lolipop...Ah suka hati aku la kan..kau pehal??...

*Hello...ko ingat aku macam tu ker?. Tak kan la sampai ketua pun aku nak makan benda alah tu lagi. wuhuuu...adakah ini cuma sekadar menyedapkan hati?

This is my uncle..tq uncle support for me. I love u....dan tahniah uncle dah jadi MB Negeri Kedah.
Apekah kaitan gambar ini dengan cerita lolipop, kaitannya uncle selalu support aku untuk beli lolipop *wakaka tipu... aku sayang dan suka lolipop macam aku sayang Uncle mukhriz.Uncle baik sangat..Sampai bila-bila pun aku sayang...weheehee..Auwww kenapa aku bermulut begitu??

p/s : OMG lolipop la.....aper lagi rembat la..(inikah yang dikatakan ketaksuban yang melampau) Ya Allah kurangkanlah ketaksuban aku ini...hehhe..

Sekian.....


Thursday, May 16, 2013

Cerita Hari Ini


 Assalamualaikum

Hidup ni kalau tak der kesabaran dan rasa bersyukur memang kacau bilau jadinya..Yang kaya nak bertambah kaya, yang miskin semakin miskin la jadinya. Yang berkuasa nak lebih berkuasa yang bawahan melawan-lawan nak kuasa. So hidup ni tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada. Sentiasa nak lebih dari orang lain.

Sebagai orang biasa walaupun tidak mempunyai harta benda yang bertimbun-timbun, pangkat dan darjat yang tinggi sepatutnya ko bersyukur dengan apa yang dah ko nikmati sekarang. Tapi dunia sekarang, orang semakin menjadi-jadi tahap tamak halobanya. Dibagi betis nak paha. So masa bila rasa syukur tu datang. Tipu la kalau mulut jer cakap..Oh..aku bersyukur sangat sebab aku dah ader kereta baru tapi bila nampak kawan  satu office pakai kereta lagi canggih dalam hati mesti ala tak best la kereta ni kan,kereta tu lagi best.. Padahal kereta ko tu cukup baik lagi kot. Motifnya tak lain, tak bukan  semata-mata nak  diri tu lebih dari orang lain..betul tak aku cakap??..So mana yang kata rasa syukur tadi tu? common la beb kalau ko mampu, aku tak kisah la kan tapi kalau dah kereta biasa tu pun ko nyawa-nyawa ikan jer nak lepas pehal yang ko gagah nak tukar kereta baru pulak kan...

 Ini best, baru jer beli
 Tapi
 Ini lagi best, lagi besar, lagi cantik, lagi mahal dan lagi ++++++. Pun boleh jadi modal untuk menunjuk-nunjuk t.
Maka ko pun buat keputusan nak tukar yang ini pula

Kalau tak der rasa sabar dan bersyukur macam tu la jadinya..Orang beli baju baru, ko pun nak baju baru, orang beli sofa baru, ko pun nak sofa baru, orang tukar langsir baru, ko pun nak tukar yang baru..Sampai bila hidup kalau hanya nak lawan-melawan..nak lebih selalu..Kalau macam ni la sikap ko, aku jamin hidup ko tak kan pernah tenang beb..Kalau ko ader duit, ko mampu aku tak kisah la sangat kan tapi cuba ko fikir kalau makan pun ko tak berapa nak cukup macam mana..Fikir la beb…Allah dah bagi akal..

Aku bukan nak bangga diri nak cakap aku ni dah bersyukur sangat, aku pun macam ko juga. Kalau dah kata nafsu tu ader mananya tak terbeliak bijik mata kalau dah nampak benda baru beb..Tapi tak semua aku ikut, aku fikir la juga. Kalau dah aku ader benda tu nak buat aper laginya, cukup-cukup la..Kalau dah 100% ko nak ikut, esok nampak yang lain ko nak lagi so sampai bila ko nak puas kan..Fikir la antara keperluan dan kehendak mana yang lebih penting beb?.

Pangkat,darjat..tak usah la nak bermasam-masam muka sebab dua benda tu. Kalau dah Allah kata sekarang bukan rezeki ko nak naik pangkat maka terima la. Mungkin lain kali. Kalau ko dok sibuk berebut macam mana pun kalau dah Allah kata bukan rezeki ko, bukan lah. Buat macam mana pun ko tak kan dapat. Tak payah la nak masam-masam muka, sanggup buang kawan semata-mata dia lebih dari ko..Aper makna semua tu kan? Kata la kalau ko dapat naik pangkat sekali pun tapi disebabkan suap-menyuap, orang-orang bawahan tak dapat terima ko..so untuk apa ko naik pangkat pun. Tak guna jugakan. Masing-masing tak respect ko..untuk apa, untuk ko syok sendiri la jawabnya kan…Tak payah la nak takut, kalau Allah nak bagi sekelip mata jer Dia boleh bagi..

Kalau ko ada sifat sabar yang kuat dalam diri, datang la benda apa sekali pun ko mampu atasi, ko mampu kawal diri..Percaya la..Bersyukurlah dengan apa yang ko ada beb..Tapi bukan bermakna ko tak perlu berusaha pulak..Nanti kata ah, syukur la apa yang aku ada tak perlulah aku nak berusaha lagi..Haish..kalau dah macam ni masalah la juga..Kalau dah orang pakai lampu Kalimantan ko tetap dok pakai lampu pelita minyak tanah, macam mana. Kalau orang dah ke bulan ko masih kat bawah tempurung..apehal beb?

Aku rasa kalau dah macam ni bukan bersyukur lagi namanya, ni dah terlebih syukur kot dalam erti kata yang lain MALAS..senang cerita. Orang macam ni memang la sentiasa nak bersyukur dengan apa yang dia ada sebabnya malas nak bekerja, malas nak pandang ke depan, malas nak buat tu, malas nak buat ni. Semua malas maka jawapan dia syukurlah dengan apa yang ada.. Lepas tu orang sibuk nk buat rumah baru, dia sibuk nak mengata..Dia tu mesti tak bersyukur..yer la asyik nak buat rumah baru.Aper ker salahnya orang tu nak buat rumah baru untuk anak bini dia??.. Orang macam ni boleh dikatakan dengki pun ada namanya beb..Dah miskin bertambah miskin lah jadinya. Aku bukan nak hina, tapi nak orang macam ni sedar yang dia perlu berusaha kalau nak kehidupan dia tu lebih baik macam orang lain. Usaha tu yang penting tapi kalau dah berusaha Allah tetap tak bagi juga, itu soal lain. Sekurang-kurangnya berusaha Cuma rezeki tu masih tak der. Mungkin Allah kata bukan sekarang. So time macam ni la kita perlu kuat, perlu sabar dan perlu bersyukur. Allah lebih tahu beb..Percaya la..Tak usah la ko nak berdengki-dengki pulak..Setiap orang ader rezeki masing-masing.

Kalau nak sembang bab ni, memang panjang la beb. Macam-macam pe..el orang sekarang ni. So aku malas nak sembang panjang lagi, ko ader akal, ader otak ko fikir la..Hidup Cuma sekali beb, ko buat la yang terbaik..Jangan ko tersalah langkah, jawabnya merana la hidup ko.

Yang penting USAHA + DOA + TAWAKAL = inshaAllah KEJAYAAN…

Doa Syukur, selalukanlah membaca doa ini

p/s : nak ingatkan diri aku dan engkau semua supaya tak leka dengan dunia. Sabar dan sentiasalah bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi..Kalau engkau miskin, ada lagi orang yang lebih miskin dan kalau engkau kaya, ingatlah ader orang yang lebih kaya..

Sekian.....

Wednesday, May 15, 2013

Terima Kasih Cikgu.....

Assalamualaikum

Kali ni aku sangat berbesar hati, untuk mengingati semua guru yang pernah mengajar aku dari aku kecik sampai dah besar gedabak..tapi gedabak tu tak gedabak la sangat kan..just keding jeww..wuhuuu..Dulu aku pernah ader cecita nak jadi guru tak pun orang sebut cikgu. Masa darjah 1 bila cikgu tanya, ha kamu cita-cita nak jadi aper besar nanti? Tapi jawapan aku batapa banyaknyer cecita aku waktu tu sampai terpaksa bagi list kat cikgu, huh geleng kepala cikgu aku time tu.Tapi aku rasa cita-cita nak jadi cikgu ofcosss termasuk dalam list aku. *Kemain siap ada list lagi..ko ader???

Meh baca list aku ni weiiy..
Cita-cita aku nak jadi :
1) Doktor = Kalau Mak, Ayah, Kakak, Abang sakit boleh aku rawat, boleh aku belagak sikit..Boleh aku cucuk-cucuk diorang sebab diorang selalu marah aku..

2) Cikgu = Boleh aku jadi cikgu yang garang, boleh marah anak cikgu aku yang suka marah aku sebab homework tak siap.

3) Peguam = Nak bela orang-orang baik sebab orang jahat selalu buat orang baik..Orang jahat tu patut kena penjara jer. Padam muka.

4) Pramugari Mas = Dapat melancong selalu, dapat pakai baju cantik, dapat naik kapal terbang free, Mak, Ayah, kakak, Abang mesti tak dapat marah aku lagi sebab aku selalu tak der kat rumah pergi melancong, mesti diorang jeles..hehe..

Ko tengok tu..semua cita-cita aku ni  ader motip semata-mata..Ko cayer tak yang aku dah rancang motip cita-cita aku ni sejak darjah 1 lagi..wakaka..betul ke idak aku ni..Kecik-kecik dah ader motip..Ni kalau mak aku tau la time tu, mau dirembatnya aku dengan lidi penyapu..Haha..sory yer mak, ala ni cecita zaman kanak-kanak rebina..lek la mak...

Time aku sekolah dulu boleh dikatakan kerjaya cikgu memang top ten la dalam senarai setiap pelajar..Asal cikgu tanya cita-cita nak jadi haper? Jawapan semua mesti nak jadi cikgu..cikgu...Tapi aku lain sikit, aku kan top student masa sekolah rendah dulu so jawapan aku tak der la nak jadi cikgu sangat..mesti ala..ala belagak sikit. Top student wey tapi top sebab selalu kena denda.wehehehe..Setiap kali cikgu tanya mesti jawapan aku nak jadi doktor..Kemain lagi ko, nak jadi doktor wey, padahal matapelajaran sains pun aku tak lepas..Tapi aper aku peduli...Lek la kalau dah semua jawapan nak jadi cikgu, saper pula nak jadi doktor kan?...saper nak jadi peguam?, saper nak jadi ustazah?, saper nak jadi wartawan?...saper???saper??? so tinggal aku jer yang minda terbuka luas time tu sebab tu la jawapan aku standard lain dari yang lain...ko tengok, geliga tak geliga otak aku...huhu..

Bila umur aku dah makin meningkat maka jawapan aku dah kelain pulak. Bila ditanya aper cita-cita maka jawapannya mestilah cikgu..waima walaupun aku tak berapa suka dengan cikgu sejarah aku time tu tapi aku still nak jadi cikgu..Sebabnya aku nak ubah cara pembelajaran supaya tak sama macam cikgu sejarah aku mengajar aku...Aku tak nak student aku rasa bosan macam aku rasa time tu..oppss sory cikgu Khamaluddin Ali. Saya agak bosan dengan cara cikgu mengajar..tapi saya tetap respect cikgu sebab cikgu sangat baik dan penyumbang kepada peningkatan markah saya tiap-tiap bulan..weheheeee...

Bila dah pandai memikir, aku semakin kagum dengan semua cikgu yang pernah mengajar aku. Kalau tak der diorang maka kelaut lah aku jawabnya..Pandaikah aku macam sekarang? Boleh membaca, boleh menulis, boleh mengira bagai.. So bila dah besar aku semakin faham dan semakin menganggap kerjaya guru bukanlah remeh..Nak menjadi pendidik bukanlah senang..

Kalau dulu kena marah sikit dengan cikgu..huh anti dengan cikgu tu sampai ke sudah tapi ko fikir tak kenapa cikgu tu marah?..tak lain tak bukan semata-mata nak bagi ko pandai juga..Dulu aku adalah anak murid kepada seorang cikgu  Bahasa Melayu yang sangat garang. Kalau ko tak buat homework malam ni, mampus la kau besok..Silap-silap buku ko kena koyak kot..Dulu aku tak baper suka juga sebab aku takut bila setiap kali aku dengar orang citer. Tapi bila aku dah jadi anak murid dia, semakin hari semakin aku rasa sayang, semakin aku suka..semakin aku nak dia jer jadi cikgu aku selamanya..weheee.cikgu aku jer la orang lain tak payah..hehehe, Tapi Alhamdulillah berkat tunjuk ajar dia lah, maka aku jadi seorang pelajar contoh dalam matapelajaran Bahasa Melayu..Terima kasih cikgu Norini Binti Salleh..walaupun cikgu cukup garang tapi cikgu lah yang terbaik...Adakah ini motip lagi??? hehehe...

picture by google

Tapi kini, walaupun rezeki tidak menyebelahi aku untuk menjadi seorang guru kerana kekangan waktu dan faktor kursus yang diambil tapi aku tetap berpuas hati. Walaupun aku bukanlah seorang guru sekarang tapi sekurang-kurangnya cita-cita aku untuk menjadi pendidik dah ditunaikan oleh abang aku dan kawan baik aku sendiri..Terima kasih abang dan my luvly fren Norha. Tak lupa pada yang selalu diingati Ijoi, terima kasih kerana menyempurnakan niat aku..Walaupun terpaksa berada nun jauh di sana kerana tugasan tapi ingat, jauh di mata tetap dekat dihati..wahahaha....ok la..

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU DI MALAYSIA DAN DI MANA SAHAJA ANDA BERADA


p/s : Terucap awal sebab nak jadi yang terawal...huhu..motip lagi..
p/s : Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun bukan pada tarikh entri ini ditulis yer.

Sekian.....

Saturday, May 11, 2013

Happy Mother's Day

Assalamualaikum
                                                                          
HAPPY MOTHER'S DAY.............

Khas untuk semua ibu di Malaysia dan di seluruh dunia......
Untuk my mom, terima kasih kerana menjadi yang terbaik....I love u so much......

p/s : hargailah ibu dan sayangilah ia kerana syurga seorang anak terletak di bawah tapak kaki seorang ibu...

MAK, MAMA, IBU, UMI...WE lOVE YOU...........

Friday, May 10, 2013

Tips: Perbelanjaan Untuk Percutian

Assalamualaikum

Yey..yey... nak pergi bercuti..nak pergi bercuti..best..best... Ko mesti macam ni kan, terkinja-kinja serupa monyet dapat pisang...tak pun satu bandar ko heboh..Dalam FB, dalam Twitter semua ko update status bagitau yang ko nak pergi bercuti. Padahal bercuti kat Kedah jer pun..tak pun Penang..Betul tak yang ko macam ni? kan..kan?..Kalau pergi over the sea aku tak tau lah..entah-entah satu dunia kau heboh..hahaha...jangan marah na.. tapi kalau wa la kan, memang wa tak leh nak tipu, satu dunia wa bagitau.. Biar semua tau yang wa pergi bercuti. Tak kira la wa pergi bercuti kat Kedah jer pun, janji wa pergi bercuti jugak. Wa tak der la dok memerap kat umah jer. Sekurang-kurangnya wa boleh tau jugak macam mana Kedah tu. Kalau ader orang tanya wa tak de hal la nak cerita..Tul tak?? Tapi kenapa aku cakap wa, ko jangan tanya la kan, memang sesedap tangan aku jer nak menaip..sekejap wa, sekejap aku..

Jom pakat-pakat kita cuti ke Kedah. Ni area Pekan Rabu heh, tempat untuk mak,nenek atok,tok wan,mak cik,pak cik borong ikan masin,belacan,pekasam,bahulu,kueh bakar,dodol n.........hahaha...hambik kau.


First, kalau nak pergi bercuti, aku la orang pertama yang akan  pack barang-barang. Siap fikir nak bawa aper, cukup ker tak cukup baju yang aku nak bawa ni, kat kawan-kawan saudara-mara nak beli aper pulak nanti. Hah hambik kau kemain lagi, excited terlebih..Hahaha...tapi aku tau kalau aku macam ni, ko pun mesti macam ni juga kan? Betul tak? Tak banyak pun sikit mesti ader kan?....tak yah la ko nak menipu wey....

Sekarang aku nak tanya, ko dah buat perancangan yang betul ker?. Bajet macam mana, cukup ker?. Tiket dah book ker belum?. Pakej aper yang ko ambik?. Ole-ole untuk saudara mara, kengkawan dah fikir???..
Hah..banyak kan ko kena fikir, jangan ko ingat nak berseronok saja. Karang buatnya tetiba ko pergi bercuti tak cukup duit, macam mana? Dah satu hal, aper ko nak buat?. So sebelum fikir nak pergi bercuti ko fikir la dulu aper yang patut ko buat dan aper yang patut ko tau....

Sekarang aku nak kongsikan bebaper tips perbelanjaan untuk percutian ko..Mana la tau kan tips aku ni berguna pada ko..Cer ko baca kat bawah ni...

MENABUNG
Kalau ko ader cita-cita dan merancang untuk pergi bercuti, aku sarankan supaya  menabung sejak awal lagi. Asingkan duit untuk bercuti  ke dalam tabung khas. Cuba disiplinkan diri dan fokus pada perancangan ko.

PAKEJ PROMOSI
Pilih percutian yang ade pakej promosi. Tanya ejen pelancongan tempatan.  Selidik dulu tempat-tempat yang menarik supaya percutian ko nanti di isi dengan aktiviti yang bagus. Jangan pulak balik nanti ko menyesal.Tak kisah la nak bercuti kat mana sekali pun, dalam Malaysia ker luar Malaysia ker, janji ko pilih yang terbaik.

PERANCANGAN PERCUTIAN
Sebelum bercuti, aku sarankan ko persiapkan diri dengan perancangan yang rapi. Tetapkan mana tempat  nak pergi, negara mana, bandar mana, negeri mana atau tempat peranginan mana yang sesuai sepanjang tempoh bercuti. Buat pendaftaran di tempat yang akan ko kunjungi. Untuk jimatkan masa tenaga dan wang, cari jer lokasi menarik yang berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan ini sekaligus ko boleh mengetahui jenis pengangkutan dan bayaran tambang.

BAJET SEMASA BERCUTI
Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa ko bercuti termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan dan cenderamata yang harus dibeli nanti. Kalau bercuti di luar negara, ko harus tahu kadar pertukaran wang negara tersebut supaya selaras dengan anggaran perbelanjaan . Ini akan memudahkan setiap urusan terutama untuk membeli-belah nanti.

TEMPAHAN AWAL
Tempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal supaya dapat harga yang murah. Ko kena ingat tempahan tiket pada saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan ko nanti, terutama musim perayaan dan cuti sekolah. Tempahan untuk penginapan pun aku sarankan supaya tempah awal-awal. Ko tau jer la kan kalau musim perayaan dan musim cuti sekolah betapa ramainya orang..

PETA
Sebaik saja sampai ke destinasi, pastikan ko membeli peta tempat tersebut. Ini akan memudahkan ko merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk melawat nanti.

SARAPAN PERCUMA
Haruslah ko manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel dan makan sampai kenyang k..Bukan apa kalau ko bercuti kat eropah sana, makanan mahal kot. So dengan memanfaatkan makanan yang disediakan oleh pihak hotel, sekaligus boleh menjimatkan perbelanjaan .

BUAH TANGAN
Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan nama ahli keluarga dan kawan-kawan  supaya ko tak terlebih membeli nanti. Senarai ini dapat membantu ko berbelanja dengan bijak dan adil.

PENGGUNAAN WANG TUNAI
Sebaik-baiknya gunakan wang tunai untuk membayar setiap perbelanjaan terutama kalau bercuti ke luar negara. Ko akan dikenakan caj perkhidmatan atau faedah yang tinggi jika menggunakan kad kredit.

 Cuti-cuti malaysia..Hahah..


So aku harap tips aku ni dapat membantu ko untuk merancang percutian..Kalau ader yang nak pergi bercuti tapi masih ragu-ragu sebab tak der kawan, jagan lupa aku kan masih ader so aper gunakan?hehehehe......faham-faham lah ek...Kau tau jer la kan aku tengah free sekarang ni. Kalau ader offer aku ok jer beb...keheee..gurau jer la..dah cuak ker...hahaha..tapi seriesss wey aku nak ikut...tolong...tolong...jangan lupa book satu tiket, satu bilik untuk aku jugak...huhu...dasar muka tak tau malu..

*memang pun,ader aku kisah...kalau dapat tak ker beruntung namanya..ko juga yang rugi karang..hehhe..

p/s: gambar sekadar hiasan jer yewww...

Sekian.....

Thursday, May 09, 2013

Suke..Suke...^_^

Assalamualaikum

Saya suke..saya suke..bak kata Mei Mei..ko kenal tak Mei Mei tu saper??.tadaa....Mei Mei tu satu watak karton dalam citer Upin Ipin yang sangat mengada macam aku.wuhuu.. Emang aku suka la citer ni, beratus kali aku ulang. Sekarang pun tiap-tiap petang jam 6.30 citer ni mesti ada kat tibi 9. Kalau ko tak pernah tengok memang ko amat ketinggalan..hahaha...kok gitu si.. Budak setahun pun boleh tengok....

Sekarang aku bukan nak citer pasal Upin Ipin.Lupakan pasal Upin Ipin sekejap. Ko tengok tajuk tu..teeheee.Apa yang kau suka sangat tu..Ni aku nak habaq mai kat hangpa, last day aku merayau-rayau kat shopping complex. Motif aku merayau adalah untuk mencari earphone baru, bukan merayau tanpa sebab hokey..Tetiba mata aku ni amat la tak boleh tengok ke lain dah..terus hilang fokus kat earphone...yang aku nampak kasut..aumak ai cantiknya kasut tu...ade sale wey.. ader sale....ko tau ader sale..ader sale tu..berpuluh kali aku ulang dalam otak aku..ca aner ni, nak tutup mata ker? cantik tu ader sale lak tu.. Eh.eh.. tak boleh jadi ni, lantaklahai..lain hari la aku simpan duit..duit boleh dicari, kasut ni dah tak der pengganti..hehe..

Dengan perasaan penuh teruja, aku cepat-cepat je pilih earphone yang sesuai, dah aku tak kisah dah kau ok ker, kau cantik ker, kau colour haper ker, aku dah tak kisah dah janji aku boleh dengar dah..Yang penting skarang fokus aku kasut, earphone tu dah jadi pekara no 2. Ko tengok betapa kejamnya aku pada earphone. Kau dah menjadi perkara kedua..Jangan salahkan aku, salahkan kedai kasut tu kenapa dia ader kat depan kedai kau, kenapa dia letak kasut cantik-cantik...Ok, lain hari lah kau marah..earphone dah aku beli..sekurang-kurangnya aku beli kau, kalau tak income bos kau tak masyuk hari ni..hehhe.(sebenarnya kalau aku tak beli maka aku perlu datang balik esoknya maka aku rembat jer mana yang patut) wakaka...motip semata-mata,earphone tu pun sebahagian hidup aku k..

 Earphone baru aku, pas ni kau dengar la puas-puas mp4 kau heh..


Selepas jer beli earphone, terus aku masuk kedai kasut ni..Wawwwi cantiknya kasut-kasut kat sini. Dah puas aku kutuk kedai ni sebelum ni, sekarang aku memuji pula..Tu la jangan tengok pada rupa. Aku ingat kedai ni biasa-biasa saja upanya idak..cantik bebenor kasut-kasut dia..Yang ni cantik, yang ni pun cantik, yang ni lagi cantik..so aku nak pilih yang mana ni??..

Aku : Dik ko tolong ambik yang ni, saiz ini yer..
Salegirl : Ok kak, kejap saya cari.

Sambil dok tunggu salegirl tu dok cari saiz, aku cuba yang lain pulak..huhu cantiknya..tak boleh ni nak juga ni..

Salegirl : Akak saya dah dapat saiz ni, cuba la dulu.
Aku : Ok cantik, tapi tolong cari yang ni juga yer. Saiz yang sama juga.

Eh..eh yang ni pun cantik dak..Kau dah kenapa ni semua kau nak. Mana satu yang kau nak ni?..Suka hati aku la kan. Siap la kau wahai adik, jap lagi kau cari la saiz yang ni pulak..Aku tak kira aku nak juga.Customer kan perlu didahulukan..Sebagai customer aku perlu memilih yang terbaik.. Aku perlu cuba mana yang aku rasa perlu k.

Salegirl : Akak saiz ni tinggal yang dah di display ni jer.
Aku : Oh yer ker...emm tak per la, adik tolong cari yang ni la saiz yang sama k.
Salegirl : Ok..akak tunggu jap yer.
Aku : Ok don worry, lambat pun tak per.

Maka sekarang pilihan aku yang kedua dah out sebab dah tak der saiz. So terselamatlah duit aku sekejap..hehhe..
Rasa aku, aku lah costomer yang paling cerewet kot. Nak yang tu nak yang ni..besepah kasut kat sekeliling aku..*wakaka..baru aku pasan, hambik kau.
Customer yang datang lewat dari aku pun dah siap beli tapi aku dok siap-siap lagi. Nasib lah kau saper yang melayan aku.

Salegirl : Akak yang ni ade saiz.(dengan muka yang penuh senyuman)

*senyum lebar lah pulak dia ni, macam dia pulak yang nak beli padahal aku..Oh aku tau, kalau aku beli kau lah yang dapat untung..kan..kan..Kalau tak gaji kau tak naik lah ek.. Tengok bagus tak bagus aku, tolong naikkan gaji dia wey..huhu..

So sekarang ni yang tinggal cuma dua pilihan yang terbaik, yang lain semua out..Sekarang time aku buat pilihan..Huhu nak beli satu ajer, memilih kemain.. Bagi aku, aku perlu pilih yang terbaik biar pun murah ker, mahal ker, satu ker dua ker yang penting cantik dan selesa bagi aku. Kalau aku men beli jer, udah-udahnyer aku tak pakai pun sebab tak baper suka. Tak ker membazir namanya. Walaupun benda tu murah sekalipun, aku bukan jenis main rembat jer. Kalau bab lain boleh lagi tapi kalau bab pakaian, kasut memang tak la...

Decide punya decide ini lah pilihan aku yang terbaik

Wah..kiut kan..kiut kan..antiknyerrrr...jeles aar tu!


Cantikkan? Kalau ko pasan secara tak sengaja kasut aku dan earphone aku adalah colour yang sama pink giteww..huhu..kalau kau dah ader jiwa pink, pink lah juga yang kau pilih ekk....Nak buat macam mana kan, aku bukan rancang pun tetiba jer terbeli colour yang sama nak buat macam mana lagi..

Hah kan samer colour..omeyyynyer...sapew la yang punya ni??heh..


Horeyyy..aku suka sangat...dua-dua benda yang aku beli kali ni macam telah memberi aku kepuasan tahap yang betul-betul maksima ko...Maka tidur lah aku pada malam itu dengan senyuman...hahaha...

p/s : Tadaaa..sebenarnya aku rembat 2 pasang kasut bukan sepasang jew. Auta semata-mata.. Tapi itu yang terbaik dan yang paling aku suka sebab tu la aku citer..teeheeeee...

Sekian.....