Tuesday, April 30, 2013

I Want To Sleep..

Assalamualaikum

Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 11.44pm waktu Malaysia tapi mata aku dah sdikit kuyu. Entah kenapa ngantok bebenor rasanya.Selalu jangan harap,paling awal pun pukul 12.30am aku tido..

Malam ni awal-awal lagi aku dah lending kat atas katil. Bayangkanlah betapa empuknya katil haku...wah..bestnya tido ditambah udara yang nyaman dari kipas haku yang dah usang..sambil terfikir-fikir bila la mau letak econd dalam bilik haku ni..hehhe..ko mesti tengah bayangkan kan, macam mana situasi aku sekarang...Jeles la tu....hahaha...wa cakap sama lu best oooo..

Ok tak per sebagai menghargai kejelesan ko,aku hadiahkan satu entri yang santai untuk dibaca malam ni...Nak tido pun sempat lagi haku taip entri kat ko tau!!!..so senyum la sikit...hehehe..alololo tomeinya dier..

Petang bebapa hari yang lepas aku gi siar-siar dengan kucing baru kesayangan haku.. My sister yang kasi masa bulan 1 hari tu. Kalau ko masih ingat aku nah citerkan pasal kucing haku yang hilang hari tu, ingat tak yang namanya Kodeh tu.Unik sikit nama dia so sekarang haku dah dapat pengganti si Kodeh kesayangan haku dulu... Yang baru ni pula nama dia Didi. Kakak aku yang kasi nama, aku ikut jer...

Mulanya aku tak suka kat si Didi ni tapi sob..sob...aku sayang giler pulak..Hoi masa mula-mula datang dulu kurus kemain, tak comel pulak tu. Mana sama dengan Kodeh kan..So aku buat tak tau jer sampai la satu hari aku boring, Didi ni la jadi mangsa aku. Kalau la Didi ni manusia jenuh dia melayan haku. Macam-macam aku cakap dengan dia dah macam mak nenek...sure dia cakap kat aku udah-udah la fara,sakit telinga aku ni dengar...hahaha..iyor ker??..

Start hari tu aku mula layan si Didi dengan bebaiknyer..Aku kasi makan, kasi tido siap atas katil haku pulak tu..Melampau kau Didi...hehhe tapi takper sayangnyer pasal suka hati kau la Didi..

 Si Didi haku yang lincah bebenor


 Uik asal sorok muka ni??



Tetiba ternampak la pulak si rama-rama cantik tengah berdating,Astaqfirullah.... apa lagi terus aku snap la..hehehehe.

 Tengok tu dating sampai tak sedar aku kat tepi..wehehe..


Yang ni lak baik jer,sekor-sekor jer tak dating macam yang atas tu.

So dah tatap semua gambar haper lagi tido la..Haku dah ngantok tahap gaban dah ni tapi ku tahan semata-mata nak taip entri ni..Hargailah haku ya!! wakakaka......suka hati haku jer.

Ok dah...SELAMAT MALAM SEMUA...peace sekali untuk keamanan hehhe *_*

Sekian.....

Monday, April 29, 2013

Today Is Wednesday

Assalamualaikum

Hari ini aku rasa sangat happy kerana hari ini adalah hari rabu iaitu wednesday dalam bahasa omputih..Disebabkan aku ni orang melayu so aku gunakan bahasa melayu sahaja tapi tajuk, aku up sikit dalam bahasa omputih...wakaka......

Ko nak tau tak why hari ni aku happy sangat?? nak tau tak???????????????????????...sini aku nak kasi tau, hari ni kan...kan...birthday girl orang tu..orang tuuuuuu...Ala orang tu....yang buat entri ni...wehehee...mengada, ko lempang jer sekali...Tapi aku tau ko tak boleh nak lempang kan sebab tu la aku suruh ko lempang...hahahaha...

Ok dah merepek bagai..hari ni merupakan hari jadi aku yang ke-28 tahun...Wahh...dah tua rupanya aku tapi pangai mengalah bebudak kecik..Ala relax la brader..umur jer tua orangnya still muda lagi..Muda semuda-mudanya macam iras-iras lirik lagu rindu..serindu rindunya.....hahaha rasa teringin pulak nak karok..suara macam kucing tertelan ikan, ada hati nak karok....Ah.wa punya suara suka hati wa la...hehhe.


 Wajah haku di usia 28tahun kot

Sebenarnya hari ni,pepagi buta aku online macam biasa. Pertama aku check email, kedua aku buka fb check inbox sambil tengok status dan berita terbaru..Tapi hari ni lain sikit, tiba-tiba ko nak tau....aku happy sesangat, buka jer email penuh dengan email dari kengkawan yang wish birthday untuk aku..Aku ingat semua kengkawan aku dah lupakan aku upanya idak lagi..yer la dah lama tak jumpa,berpisah dah bertahun-tahun dah..Maknanya selama ni, aku jer la yang selalu jadi pelupa untuk wish birthday diorang...wakaka..teruknya aku..Minta maaf yer semua.Tak di sengajakan aku memang pelupa..

Di wall fb aku pun ader juga kengkawan yang wish. Dalam inbox tak usah nak cakap la kan.Bukan nak bangga tapi aku memang bangga sangat dengan kengkawan aku yang tak pernah melupakan aku.Tapi haku sedih la...:( mana hadiah untuk aku?? tak best la asyik wish jer, hadiah tak der pun..Nenek haku pun boleh wish...hehhe..aku penampar juga budak ni karang..wakaka...lek la kengkawan aku gurau jer tak kan nak bergurau pun tak leh kot..

Aku faham semua kengkawan aku jauh-jauh belaka.Ada yang di Kedah,Peneng,Ipoh,KL,Selangor,Kelantan,Overseas so macam mana nak bagi hadiahkan?? tak per, aku maafkan korang semua disebabkan korang jauh tapi aku nak ingatkan, kalau jumpa haku nanti akan haku tuntut semua hadiah dari korang k..So pas ni  korang pandai-pandai la ngelak dari haku yer...*peringatan, ini adalah benar bukan main-main...hahaha....

Ok..ok...udah-udah la Fara,membuli orang jek keje kau yer....Entri ni sebenarnya untuk kengkawan haku yang begitu tekun dan rajin menaip untuk membuat ucapan yang terbaik kepada haku..Jenuh memerah otak mengharapkan ucapannya menjadi yang terbaik..wakaka..cis sempat lagi kau membuat ayat skema...aper pun korang semua terbaik untuk aku..I LOVE U ALL..Aku sentiasa ingat susah senang kita masa study,kerja,main-main,ngorat-ngorat.gosip-gosip....Ngorat-ngorat??? hehehehe..tu aktiviti dimasa senggang...pantang nampak ko aku nak cakap....hahahaha..

Ok la sekali lagi terima kasih yang tak terhingga kepada semua kengkawan haku,Anne,Hazadi,Ijoy,An,Norha,Nuar,Ahan,Riduan,Ija dan ramai lagi..nak sebut semua mungkin tak dapat dan memungkinkan entri haku menjadi panjang so sekali lagi aku berterima kasih sesangat kepada korang semua..Kepada bukan kengkawan aku tapi still mengenali aku,terima kasih juga aku ucapkan kerana korang sudi wish untuk birthday haku dan sentiasa ingat dan follow haku..Kepada pembaca blog haku terima kasih juga aku ucapkan..Tanpa korang tentu trafik blog haku tak kan meningkat..hehhe....Wah..ayat supa pemenang anugerah bintang paling popular....Terima kasih kepada penyokong-penyokong saya...wakaka...

Lastly caya la korang semua memang terbaik...Cayang cemua....

OPPPSSS....BERHEN...TI...jap..jap...cer scroll ke atas semula, tengok kat tarikh dan hari. Today is wednesday ker??????...hahahaha...kena tipu..Sebenarnya aku yang bengong, hari pun aku dah tak ingat sebab happy bebenor la katakan...hehhe..adoi malunya....

Sekian.....

Sunday, April 28, 2013

Kau Teristimewa :):)


 Assalamualaikum

Adakah kamu-kamu semua berbangga menjadi seorang perempuan?? Silalah jawab kalau kamu adalah seorang perempuan dan bukan lelaki…*yang lelaki tolong jangan jawab kalau rasa diri seorang lelaki tulen* hehhe..

Kali ni aku nak kongsikan serba sedikit fakta mengenai perempuan.Melalui pembacaan aku tempoh hari terasa diri kurang baik jika aku tidak berkongsi dengan kamu semua sebagai pembaca blog haku..terlebih dahulu aku ucapkan terima kasih kerana membaca blog haku yang usang lagi menarik ni,wakaka… menarik kau..*apa nak termuntah dengar?? Huhu...

Sebenarnya sengaja aku panjangkan sedikit mukadimah hari ini kerana aku ingin mensuspenkan kamu semua wahai kaum perempuan..aku tahu semua tengah tertanya-tanya dan sekarang aku akan kongsikan satu persatu tentang fakta mengenai perempuan..

Sebagai seorang perempuan kamu semua harus bergembira dan menghargai diri sendiri..Macam mana pun rupa kamu,susuk tubuh kamu,kehidupan kamu sebagai seorang perempuan kamu harus berbangga.sebab ape aku cakap begitu kerana seorang perempuan mempunyai kelebihan dalam banyak  aspek. Jangan kamu semua ingat lelaki sahaja yang mempunyai kelebihan malah kelebihan perempuan jauh menandingi  kaum lelaki..Betul ker?.

Yer, aku tak nafikan kudrat dan tenaga seorang lelaki mana mungkin mampu ditandingi oleh seorang perempuan tapi Allah s.w.t telah mengatur segala-galanya dan Dia yang lebih mengetahui..betapa mulianya dan tabahnya  seorang perempuan .Tidak semua kerja yang dilakukan oleh perempuan mampu dilakukan oleh lelaki walaupun tanpa fizikal dan tenaga seperti lelaki.

Wahai kaum lelaki jangan sesekali kamu menghina dan merendahkan seorang perempuan tanpa sebab kerana kamu sendiri pun dilahirkan dari rahim seorang perempuan.Dan kepada kamu wahai perempuan pernahkah kamu merasa rendah diri dan benci dilahirkan sebagai seorang perempuan??.Pernahkah kamu terfikir untuk menjadi seorang lelaki kerana bagi kamu lelaki jauh lebih bagus dari perempuan.Kalau soalan yang aku tanya ini pernah ada dan pernah terdetik didalam fikiran kamu,aku nasihatkan cubalah berubah dan buanglah jauh-jauh ape yang pernah terdetik di fikiran kamu itu.

Untuk pengetahuan kamu wahai kaum perempuan betapa Allah SWT mengasihi kamu tanpa kamu sedari..Cuba baca fakta dibawah ini untuk membuktikan betapa kamu begitu bertuah dan begitu mulia disisi Allah SWT wahai kaum perempuan.

Doa Seorang Perempuan Lebih Makbul
Tahukah kamu doa seorang perempuan lebih makbul dari seorang lelaki?? Sifat penyayang yang ada pada perempuan  membuatkan doanya lebih makbul dibandingkan dengan lelaki.Rasulullah SAW pernah berkata “ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

Mampu Mengandung
Soalan aku sekarang adakah seorang lelaki boleh mengandung? Jawapannya tidak kan?. Hanya perempuan Allah kurniakan Rahim untuk mengandung dan membesarkan janin di dalam perutnya. Perempuan yang mempunyai ramai anak adalah perempuan yang mulia kerana menambahkan bilangan umat Nabi Muhammad SAW.

Dijanjikan Syurga
Barang siapa yang mempunya 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan dan bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa dan tanggungjawab maka syurgalah untuk dia.

Dahulukan Anak Perempuan
Sesiapa yang menyukakan anak perempuan pula seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s. Dan begitu mulianya seorang perempuan sehingga setiap apa pun perkara yang dilakukan hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki dan pahala juga untuk mereka bagi kaum perempuan yang memberi hadiah,makanan untuk keluarganya.

Gembirakan Anak Perempuan
Aku sangat tertarik dengan fakta ini. Sesiapa yang mengembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang menangis kerana takutkan Allah SWT.Orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka untuk tubuhnya.

Penghalang Api Neraka
Daripada Aisyah r.a “Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, dan berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka”

Tinggi Darjat
Untuk pengetahuan kamu semua darjat seorang  perempuan solehah aka baik itu lebih daripada 70 orang lelaki soleh.Seorang perempuan solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.Allah SWT letakkan darjat seorang perempuan jauh menandingi lelaki.

Pahala Kerja Rumah
Wahai kamu kaum perempuan semua aku nasihatkan selepas ini rajin-rajinlah melakukan kerja rumah tetapi lakukanlah  dengan ikhlas kerana perempuan yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.Perempuan yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.Perempuan yang memerah susu binatang dengan “BIsmillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.Terlalu mudah untuk seorang perempuan mendapat pahala.

Syurga
Yang ini aku rasa tak perlu aku huraikan banyak sebab semua orang tahu bahawa syurga itu sesungguhnya dibawah tapak kaki seorang ibu.

Memakai Purdah
Dan akhir sekali, semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi sesiapa yang memakai purdah secara istiqamah iaitu berterusan maka  Allah sendiri akan datang kepadanya untuk diperlihatkan wajah-Nya.


Jadi melalui fakta-fakta diatas adakah kamu semua wahai kaum perempuan masih mempunyai perasaan rendah diri dan tidak bertuah berbanding lelaki?? Tepuk dada tanya selera..Semuanya dah aku kongsikan diatas.Masing-masing mempunyai hak dan pendapat masing-masing.so pandai-pandailah berfikir..

Nasihat aku ,jadilah seorang yang tahu bersyukur  dan berbanggalah kerana kamu seorang perempuan.Dan yang lelaki  jangan  tetiba pulak  rasa nak jadi perempuan kerana rasa iri hati dan cemburu dengan fakta diatas.. …dush…aku tumbuk sekali  kalau ko ade perasaan macam ni.*berlagak ganas sikit.hahaha…

Masing-masing ada kelebihan dan tugas masing-masing di dunia ni. Allah SWT dah mengaturkan semuanya .Perempuan atau lelaki, kita mempunyai kelebihan tersendiri dan saling memerlukan untuk  saling melengkapi .wakaka…*bajet terbaiknyer nasihat.. 

Ok  dah setakat ini dulu, Jika berkesempatan akan haku sambung lagi di entri seterusnya mengenai seorang perempuan hokey?..Lastly senyumlah kalau kamu seorang perempun.hehhe.. - _-

p/s: Entri ini sempena menyambut Hari Ibu dan menghargai jasa ibu..Hari-hari adalah hari ibu, Selamat Hari IBu untuk semua Ibu di Malaysia dan di seluruh dunia.

Sekian…..

Wednesday, April 24, 2013

Sesi Menanggalkan Blackheads......

 Assalamualaikum


Kali ni aku tak nak taip entri  panjang berjela..aku cuma nak kongsikan sedikit sahaja….Alang-alang dah tak der keje,sambil dok belek muka aku yang makin cun ni…lebih baik aku buat jer entri berkaitan apa yang tengah aku buat sekarang ni..*hehehe cun tau*

Ko nak tau aper aku tengah buat sekarang?? Dah tanya nak tau la kan? nak kena cakap sekali lagi ker..tak perlu kot sebab dah sah-sah kat atas tu.Tengok betul-betul kat tajuk, aku dah siap tulis dah…so faham-faham lah yer..hehhe..

Malam ni entah macam mana aku diberi kekuatan dan semangat sebelum tidur nak  buang blackheads kat hidung haku ni..Bukan senang tau aku diberi kekuatan dan semangat macam ni..maybe sebulan sekali pun susah..wakaka..teruknya.aala ko tau jer la kan bila dah penat malas lagi dah aku nak buat semua benda alah ni..

Tapi syukur sebab malam ni aku mendapat kekuatan yang maksima untuk meremove semua blackhead kat hidung aku ni...Untuk pengatahuan ko, aku tak guna produk yang mahal pun just guna Biore nyer produk jer (Biore Cleansing Strip Pore Pack).Produk ini berasal dari Negara matahari terbit iaitu Jepun,dan aku pasti ramai yang tahu,betul tak?

Produk ini boleh didapati dalam 2 jenis iaitu Biore Pore Pack Black dan Biore Pore Pack Regular. Aku pilih Pore Pack Black macam gambar kat bawah ni sebab aku rasa lebih ok..


Mengandungi 10Strip dalam 1 kotak yang beharga RM11.90


Biore Pore Pack Black yang aku guna ni di formulakan dari extract Hazel dan mempunyai astringent yang dapat mengeluarkan blackheads dan sebum yang tersumbat di ruang roma pada hidung .
So nak lihat hasilnya ko boleh tengok gambar kat bawah ni.


 Sebelum menggunakan Biore Cleansing Strip Pore Pack

Sesi memakai strip dan terpaksa berehat dulu sambil menunggu 10minit untuk menanggalkan strip ;)

Strip ditanggalkan dan Nyah kau jauh-jauh wahai Blackheads ku..hehhe..



Tadaaaaaaa....

Dan inilah hasilnya sekarang selepas menggunakan Biore Cleansing Strip Pore Pack selama bebape bulan


Jadi kalau nak hidung yang cun macam aku* hehe tak perlu belanja mahal-mahal gunalah Biore Cleansing Strip Pore Pack k..Biasa la haku ni simple jer so produk yang aku guna pun simple-simple jer..

Ok kawan-kawan..setakat ini dulu,senyum semua *_*...wah cun sangat...hehhe..

p/s: kalau nak boleh cuba ,kalau tak nak abaikan jer just baca jerk entri aku.
Sekian…..

Sunday, April 21, 2013

1st Time Merempit


 Assalamualaikum

Wakakaaa…..ko gelak dulu sebelum baca entri ni. Aku nak habaq mai kat hampa, ni lah 1st time aku merempit kot.tapi bukan sorang but berdua..berdua kan lebih baik bak kata saper yek? Entahlah, bedal je la..Tapi aku nak cerita ni korang jangan terkezut pulak…ceritanya bukan aku yang merempit tapi aku hanya membonceng di belakang sahaja..senang citer penumpang saja bukan pemandu….hehehe…kecoh jer kan nak bagitau siap bagitau kat dalam blog lagi kan..pe hal???...

Pe hal ke ta dak hal ker wa tarak kisah yang wa kisah wa mau citer sama lu orang ma…dulu kalau dengar merempit jer takut bebenor tambah-tambah nak menunggang motosikal..memang tak la,ko bagi aku seribu pun aku tak nak..Dari elok-elok dok hidup silap-silap terbang jer nyawa aku ni..huh..tak mau-tak mau…

Jangan kata nak tunggang motor nak membonceng kat belakang pun kalau tak kena orang memang aku tak naik la..takut wei..ko tau tak kalau jatuh tu sakit kot..serik-serik… sebab apa? Sebab aku dah pernah jatuh motor dulu sampai sebulan aku tak pergi sekolah..Usah kan nak pergi sekolah nak berjalan pun tak boleh..Dah tu aku terpaksa bertatih untuk jalan balik, dah macam budak umur  setahun belajar jalan..Terpaksa buat treatment balik untuk pulih dan jalan macam biasa..sampaikan dah boleh jalan pun kaki aku still rasa sakit.Masa baru-baru tu aku tak boleh jalan banyak sebab kaki aku akan rasa sakit..Jalan pun ibarat arnab berlawan dengan kura-kura dan akhirnya kura-kura juga yang menang.Tapi lain citernyer pulak dengan aku,macam kura-kura berjalan  tapi kalah juga sudahnya..hehhe..pening tak baca ayat aku..Tak per dengan baca ayat-ayat aku ni confirm dapat mencabar minda korang kan..hahaha..

Oppsss…sory,sory aku nak citer bab merempit bukan bab aku xcident..dah tersasar tajuk ni. Nak dijadikan cerita semalam aku keluar dengan kawan aku Anne..hari minggu la katakan..Kami nak penuhi aktiviti kami dengan benda yang berfaedah iaitu merempit…hahaha..berfaedah la sangat. Ko tau kawan aku tu baru jer dapat lesen motor bukan lesen kereta yer sebab tu kami merempit.Ni la 1st time aku merempit..Kami merempit dengan motor k, x main la skuter-skuter.Ex5 lagi sob…..dah macam betul-betul minah rempit dah aku rasa..

Mula-mula kami merempit ke Kuala Perlis..oiii la kawan-kawan aku nak habag mai memang syok time tu..Dah la Perlis tu jalan dia memang lengang la hari-hari minggu ni..memang best la nak merempit..Macam-macam aksi wekang ker wili ker semua boleh buat..Nak tidur atas jalan pun boleh juga tapi tu memang nak cari nahass.hahaha..punya la lengang jalan kat sini..

Betul tak,lengangkan jalan kat sini?

Yang bestnyer…mula-mula kawan aku ni penakut sikit nak bawa motor sebabnya yer la orang baru dapat lesen motor dah tu sebelum ni tak pernah tunggang motor pulak tu.Takut siot,macam aku cakap la kalau jatuh sakit.Tapi diatas keinginan yang meluap-luap dia telah mencabar diri dia untuk menunggang motor sambil aku sebagai pembonceng di belakang....Yang peliknya aku tak der rasa takut, dia pulak yang gelabah..Tapi ………….ko nak tau mulut jer cakap takut tapi bila bawa motor laju giler..bagus,-bagus…hahaha..

 Merempit tengah-tengah panas terik,tangan pun dah gelap
 
Dah sampai kat Kuala Perlis kitorang melepak di gerai makan family kawan kitorang sampai baper jam..Tak terasa..ko tau sebab apa, sebab ramai giler budak UnimaP specially boy dok beli makan kat situ..Hah tu kan dah satu bonus dapat cuci mata…wakaka….jahat betul kan aku ni..gurau jer..bejuta orang datang pun kitorang buat tak tau jer..kitorang kat situ lama sebab dok melayan kerenah adik kepada kawan kitorang ni Ashiff. Ashiff ni mulut dia potpet-potpet..jenuh melayan..lepas satu bab satu bab.Tapi best la juga kalau ada adik macam tu.Aku pulak jenis tak suka budak-budak yang slow down sikit..hehhe…tanya sepatah jawab sepatah memang bosan la.. 

Dalam dok melayan Ashiff dok pokpet,kitorang dapat makan free…huhu..saper yang tak suka kan…Family Ashraf kawan kitorang ni belanja kitorang makan kat gerai diorang..memang best,sedap siot mak si Ashraf dengan Ashiff yang masak..Kitorang makan nasi kuning,orang panggil nasi aper yer,tak tau la..tapi tak berminyak,ditambah dengan lauk ayam madu dan kuah daging masak itam…huh sedapnya…Kalau nak tau semua  lauk pauk yang ada kat gerai diorang dimasak sendiri oleh mak Ashraf dan Ashiff. Kul4 pagi dah bangun masak tanpa dibantu oleh sesiapa pun..Bayangkan la banyak giler kot lauk pauk yang nak kena masak..tapi semuanya sedap-sedap..Tabik la kat mak cik memang power..

Selesai jer makan,kitorang pun beredar ke rumah Ashraf sebab nak pergi merempit lepas tu..Tapi sebelum tu terima kasih yer pak cik,mak cik bagi kitorang makan free…kalau boleh bagi la lagi..hehhe.*melampau*…
Dah sampai jer rumah Ashraf,kitorang tunggu Ashraf bersiap-siap dan lepas tu kitorang terus jer pergi ke Arau..aper motif kitorang g ke sana pun tak tau la..Tapi yang pasti untuk merempit.Sebelum ni kalau nak merendek pun naik kereta.Tak pernah la lagi pergi ke Perlis ni naik motor.Bila dah naik motor ni rasa macam best la pulak..Tu la asyik nak naik kereta jer cer naik motor pulak lagi best.Tapi sebelum tu Ashraf dah pesan suh pakai spf 100 takut gelap..lawak la Ashraf ni,ko tak tau kitorang ni tak pernah kisah ke gelap..haha..yang penting happy…# jap-jap terfikir ader ker spf 100#...wakaka..jawapan dia tak der..saper tertipu ketuk kepala sekali..Kalau korang tipu pun aku tak nampak…suka hati la..

 Highway ke Arau

Dah sampai Arau tak tau nak pergi mana,kitorang melepak kat CMart..jalan-jalan, yang lawaknya sempat shooping lagi tu..Kater merempit aper class siap shooping-shooping bagai ni..X ganas langsung. Tapi tu la lumrahnya perempuan..ker kitorang jek???..terfikir sekejap…ah..lantak la..Masa dok window-window shooping kat sini,ko nak tau terjojol bijik mata kami sebab terjumpa Datuk Siti..hah best tak best…siap g peluk-peluk lagi..hahaha…ko ader? Tak der kan???....best giler tapi sebenarnya aku tipu jer.hahahaha..propa sikit..

Bijik mata kami terjojol sebab harga barang-barang,pakaian bagai semuanya murah siot..Mana nak cari kat tempat lain..Kat Alor Setar pun tak der semurah tu..RM18 dah boleh dapat satu baju.Cantik giler pulak tu..macam mahal tapi realitinya sangat la murah..Mananya kitorang tak rembat sehelai dua..Nasib la kau Ashraf terpaksa tunggu kitorang..

Dari Arau kitorang terus pulak ke Kangar ibu Negeri Perlis..Tujuan kitorang ke Kangar sebab nak makan bihun sup yang harganya RM2 jer..Sekali lagi RM2 jer..ada ker  harga macam tu zaman sekarang ni?. Tapi kat Perlis kitorang dan semua orang boleh dapat..Sedap pulak tu..gerai bihun sup ni terletak besebelahan dengan The Store..Tapi sayangnya bila sampai jer,tengok-tengok gerainya tak dibuka pulak..Hampa seribu kali hampa..Mungkin hari minggu ditutup kot…kempunan la kitorang.Lepas tu kitorang pun malas nak makan kat mana-mana lagi terus jer balik ke rumah masing-masing..teramat la penat tapi best..

Begitu la kisahnya bila perempuan merempit tetap ada keayuannya..hahaha…sebelum tu aku nak bagi penghargaan kepada kawan aku Anne sebab ajak aku merempit  kalau tak memang sampai bila-bila la aku tak rasa suasana merempit macam tu..Untuk Ashraf terima kasih juga sebab teman kitorang.Dan akhir sekali untuk Family Ashraf sebab layan kitorang dengan baik,siap dapat makan free lagi..Terima kasih semua..Ashiff,akak happy dengan gelagat Ashiff…peace no war with Ashraf..hahaha..

Setakat ini dulu, senyum untuk entri ini *_* hehehe. Entri kali ni memang panjang berjela sebab kexcitedtan nak bercerita..

Sekian…..

Friday, April 19, 2013

3 Step Penting Penjagaan Muka


 Assalamualaikum

Selamat pagi dan salam jumaat..Pagi-pagi ni muka semua mesti cun kan? Hehhe..orang cakap kalau nak tengok muka cantik ker tak, tengok muka dia waktu pagi waktu dia bangun tido..betul ker?? Ko dah ker tengok muka ko,kalau belum cepat-cepat pergi tengok..sure cantik kalau tak cantik juga maknanya teori ni memang salah la..

Jap..jap aku rasa teori ni betul..sebab bila bangun jer pepagi buta,aku try ngadap kat depan cermin…fuh…cantik wei kulit waktu bangun tido..aku tak tipu..betul memang betul..teserlah kecantikan tu.Kulit muka nampak lembab jer,bersih + mata yang kuyu-kuyu lagi tu..huh..series cantik..

Apa??.. tak cantik..wakaka..kulit ko tak cantik ker memang ko tak cantik..uwipp…hehe gurau jer jangan marah..Aku jual karang..Dulu-dulu aku memang seorang yang pemalas bab-bab nak jaga muka ni.Bukan jer dulu sekarang pun sama.Tapi sikit berubah la..kalau dulu harap cuci muka jer..penyegar ker,pelembab ker memang tak la..Kalau beli pun tak luak-luak sampai xpired..last-last campak kat tong sampah jer..Memang aku tak malu nak cakap aku memang pemalas sesangat..Aku tak suka bab-bab nak belai-belai kulit muka ni.Kalau cuci muka pun aku ganyah jer serupa cuci pinggan.Tak dernyer nak belai-belai..

Tapi semenjak dua menjak ni, aku sudah diberi hidayah wei..tu pun sebab banyak terbaca bab-bab penjagaan muka ni..Ramai yang cakap penting sangat. Terutama 3 step utama tu..(mencuci,menyegar dan melembab)

Sebab aper aku cakap penting? Jawapan dia 3 step tu la yang akan buat kulit ko jadi cantik. Oiii.. cantiknya kulit makcik ni.nah ambik ko mak cik tu bukannya remaja ke anak dara.. Mak cik pakai aper yer kulit muka makcik cantik sangat..Mak cik tak pakai ape-ape pun dari dulu sampai sekarang mak cik Cuma amalkan 3 asas penjagaan muka..huh terkedu aku dengar. Kalau nak dibandingkan kulit muka mak cik tu dengan aku memang berbeza sangat sebab aku masih muda..hahaha..gurau jer tak la.Kulit muka aku tersangat la kering, berminyak dan banyak ton…

So semenjak tu aku mula percaya yang 3 step asas ni amatlah penting..aku kaji-kaji,nilai-nilai yess jawapan dia memang yer. Dulu aku tak suka nak pakai toner,krim bagai..terutama krim yang colour putih.Anti sungguh aku sebab aku andaikan krim tu Cuma boleh buat kulit aku berminyak dan mengeluarkan peluh berlebihan jer.Padahal tak pakai pun kulit aku berminyak kot.

Akhirnya aku mengalah tapi tak kalah la lagi. Aku selongkar punya selongkar tanya pendapat orang jawapan dia tetap sama. Dan start tu wei….aku dah mula amalkan 3 step ni. Mencuci,menyegar dan melembab..series aku cakap kulit aku semakin baik,tak rasakering lagi,lembab dan kurang berminyak..

Kulit yang berminyak mungkin disebabkan liang pori tersumbat,kulit yang terdedah secara terus pada sinaran matahari pula boleh menyebabkan kekeringan dan menyebabkan ada 2 ton terutamanya yang pakai tudung betul tak? Sebab tu la bila seharian kat luar dan terdedah pula pada cahaya matahari kulit kita mudah mengalami banyak masalah kalau tak dijaga betul-betul.Bila balik rumah pulak abaikan jer nak cuci muka,nak letak pelembab,penyegar macam aku.Kadang-kadang terus tidur tanpa mencuci muka.Mana tak tersumbatnya liang-liang kulit ko.silap-silap jerawat pun tak segan silu muncul..

Kalau amalkan 3 step asas ni inshaAllah kulit akan sihat.Tak perlu produk yang mahal-mahal pun.Kalau ko pakai Produk yang RM10 jer pun kalau kena dengan ko,pandai jaga tetap cantik. Kalau ko pakai produk beratus-ratus pun kalau ko malas nak jaga muka ko,still sama juga muka ko tetap ada masalah..Aku memang setuju pendapat aku yang ni. Dah pendapat ko memang la ko setuju kan??.Tak…. aku setuju bukan sebab teori tapi sebab praktikal.Aku dah alami,dah try dan dah praktikkan pun. Memang yer,aku pakai produk yang murah jer wei..Nano White bagi aku memang cukup baik.


 produk pilihan aku

Nano white adalah set penjagaan wajah yang di formulakan dari Jepun. Datang dari sumber semula jadi..Dan yang penting Halal..Tak der bahan kimia yang berlebihan macam sesetengah produk.Harga dia pun berbaloi sesuai dan mampu dipakai oleh sesiapa saja. Ok dah..macam sesi promosi produk pula..Aku Cuma suggest kalau sesiapa yang nak try boleh jer..Tak pun korang memang pakai produk yang mahal-mahal jer kan.tak kisah la.

Jadi semenjak aku tekankan bab 3 step ni Alhamdulillah kulit muka aku semakin baik..kalau dulu aku tak kisah sekarang memang aku kisah.sayang kot kulit muka..kalau tak jaga betul-betul karang kulit Nampak tua dari usia..

3 step asas penjagaan kulit muka
Step 1 : mencuci = menghilangkan kesan kotoran dan sisa-sisa yang melekat di kulit

Step 2 : menyegar = berfungsi menutup liang-liang pori yang terbuka setelah dicuci disamping memberi keselesaan pada kulit

Step 3 : melembab = memberi kelembapan kepada kulit akibat kekeringan setelah dicuci dan aktiviti seharian


So memang patut diamalkan 3 step ini,kalau tak penting kenapa setiap produk akan menghasilkan pencuci,penyegar dan pelembab.tentu ada sebab dia kan?.Dan ini adalah asas yang utama dalam setiap produk.betul tak?? Fikirkan dan pandai-pandailah tafsir..

Setakat ni jer boleh aku kongsi sebab aku pun bukan pandai sangat dan bukan pakar kecantikan pun.Tapi aku kongsi berdasarkan pengalaman aku. Yang mengalami masalah kulit muka tu try la amalkan 3 step penting ni yer.

Yang penting peace untuk keamanan ^_^ yey……………………..

p/s: kalau nak cantik jangan lupa amalkan 3 step asas mencuci, menyegar, dan melembab k..

Sekian…..