Thursday, March 28, 2013

Akibat Tak Sabar


 Assalamualaikum




Akibat tak sabar, padam muka aku sekali lagi aku dah buat pilihan yang salah…..

Geramnya tak tau nak cakap..

Orang beli tablet aku pun nak beli tablet..Padahal sebelum ni  yer…yer..aku tak suka.Konon aku tak terpengaruh…

Sekarang nah ambik kau…apa aku dapat…sakit hati jer…

Tu la aku dah cakap jagan beli..jangan beli…. Sabar dulu..fikir habis2..banyak tak benefit yang bakal aku dapat..Oiii..hati bukan main lagi dok bagi nasihat..Tapi nafsu lagi bagus punya nasihat,tak tgu lama dah terus beli…

Sekarang balik jer rumah..macam nak pecah kepala sebab sakit hati punya pasal..Aku langsung tak suka,langsung tak menyenangkan..langsung membazir…..langsung segala bagai la…

Tu la cakap tok nenek tak nak dengar, sekarang padam muka..

Rasa macam nak simpan tak nak tengok langsung tablet new la konon2..

Lebih baik aku guna netbook aku ni lagi best…Konon beli tablet nak usung sana sini nak cek email bagai..last..last..netbook juga aku guna..

Dah la kena tipu dek penangan ayat salesmen kat kedai tu..Hati aku pulak terasa sakit..Macam mana nak buat ni.? Jawapan dia senang  jer  kan..tanggung la sendiri.Duit dah habis..Hasil yang dapat macam ntah paper..sakitnya hati,jiwa raga….
 
Kenapa aku rasa segala bagai??

   1)      Tablet aku macam tak ori…
Sebab nak install macam2 dan ambik masa yang lama, aku dah tinggalkan tablet aku untuk diorang proses..nak letak tu nak letak ni..

Dek kerana tak suka menunggu lama aku biarkan jer tablet aku kat situ….dan aku ke lain. Konon tak nak buang masa menunggu,benda lain boleh aku buat..

Sebab apa aku cakap tak ori dengan kaitan aku tinggalkan tablet..Offfcoss  sebab  tablet yang aku dapat macam ada bagai kesan sampingan...

   2)      Ada garisan di tengah-tengah skrin
Maknanya apa tu???   Maknanya  senang jer.. diorang dah rosakkan tablet aku samaada jatuh atau diorang dah tukarkan tablet aku pada yang tak ori….
Salah aku juga sebab tak nak buka dulu tengok dek percaya sangat kat diorang..Apa diorang cakap aku ikut jer..
(Akak battery dah hbis la,akak kena charge dulu baru boleh buka…jawapan aku senang jer..Ok…)
Bila sampai rumah…buka2 ambik kau satu line di tengah2 skrin muncul tanpa was2 lagi.Salah saper? Jawab la sendiri…

    3)      Apa yang aku nak tak der kat situ
Banyak benda yang aku harapkan tapi tak der kat situ..Aku ingatkan bila ada tablet lebih memudahkan kerja aku rupanya tak…
Konon boleh buat kerja dan surf internet dimana2 dengan senang hanya dengan sebuah tablet..Semua kemudahan dihujung jari..cis ayat  hampeh...


Apa pun semua benda dah jadi..Sekarang ni aku hanya boleh buat pengalaman ni sebagai panduan aku di masa hadapan…Yang penting kesabaran tu perlu ada sebelum buat  sesuatu benda yang boleh merugikan diri sendiri…
Serba sikit panduan dari aku untuk membeli gadget..
    *      Belilah apa-apa saja barang telekomunikasi di centre.Jangan beli di kedai2 yang biasa.Peratus untuk kena tipu agak banyak..
    *      Jangan tinggalkan apa yang telah anda beli di kedai  dalam tempoh masa yang agak panjang untuk proses install atau muat naik atau……………
    *       Buka dan check dulu ,kalau dah rasa ok baru tinggalkan kedai tersebut…
    *        Ajaklah orang yang lebih pandai dalam bab2 ni untuk membeli…Supaya tak tersalah beli..
P/S : Jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan sesuatu benda…

Sekian……


Friday, March 22, 2013

Majalah Kecintaan

Assalamualaikum

Pernah baca tak Majalah yang bila dibaca untuk kali pertama dah buat kita jatuh cinta....Pernah tak???
Dalam kepala tiap-tiap bulan mesti nak beli..nak beli..nak beli....Bila dah dapat senyum sampai telinga kot..

Bila baca jer macam-macam ilmu dan panduan boleh dapat. Mesti tiap-tiap orang ada kan?? Tak kisahlah Majalah tu berbentuk apa sekali pun..Fesyen ke, Agama ker, Lanskap ker..Pernah kan??

Aku pun tak terlepas juga untuk jatuh cinta pada majalah yang pertama kali aku beli pada JANUARI 2012..Sekarang dah genap setahun lebih..Bila baca jer majalah ni aku rasa wah.....banyaknyer info dan pendidikan yang boleh aku dapat..


 Majalah Pilihan


Tak semestinya bila baca je majalah ni semua isi kearah pendidikan..Kalau macam tu mesti ramai yang boring kan?. Semua majalah mesti selitkan sedikit-sebanyak isi yang boleh tarik minat kita untuk baca lagi,baca lagi dan baca lagi...

Untuk yang nak cari majalah yang banyak panduan untuk gaya hidup kita sebagai muslim supaya tak leka, aku rasa majalah ni boleh dijadikan sebagai pilihan..Terlalu banyak info dan ilmu..

Sebagai muslim, dalam kehidupan kita ni macam-macam godaan datang berlumba-lumba.Untuk seimbangkan godaan tu bacalah majalah seperti di atas tu. Bahan yang sangat santai untuk dibaca..Tak terlalu berat isi kandungannya.Mudah difahami.Setiap lapisan masyarakat boleh baca kot..Yang muda,yang remaja,yang dewasa,yang berumur...Semua boleh baca bak kata onyang aku dulu-dulu..

So aku cadangkan sekali lagi kalau yang belum baca cuba beli satu dan baca,yang dah baca cuba tambahkan lagi koleksi..Banyak sangat ilmu..Yang masih muda-muda remaja tu elok sangat baca supaya tak lalai dengan kehidupan..Kita sebagai remaja,mudah terpengaruh.**remaja lagi ker aku ni** hehe..tak kisah lah.Sekarang ni perkara yang mudah dan senang untuk kita terpengaruh adalah perkembangan fesyen dan gaya hidup...Elok la kita baca supaya tak terikut-ikut..

Untuk lebih info cuba cari di www.majalahsolusi.com dan www.GenQ.com.Kat situ boleh tau lebih lagi info mengenai majalah ini..

Majalah ini diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd...www.telagabiru.net.my.

p/s : Jangan lupa dapatkan satu k....

Sekian......

Monday, March 18, 2013

Hati Yang Tenang


 Assalamualaikum

Nak dapat hati yang tenang bukan mudah..

Sebagai manusia biasa,kita punya kelemahan yang sukar untuk diatasi tapi janganlah menganggap setiap kelemahan itu tak boleh diperbaiki.Pasti ada jalannya.
Jangan menganggap oh,aku bukan Malaikat,aku bukan Nabi,aku Cuma manusia biasa so pasti ada kelemahan,mana mungkin aku dapat atasi semuanya..

Salah tu,kita diminta untuk sentiasa memperbaiki diri bukan untuk merendahkan diri..

Hubungan dengan Allah bagaimana? Adakah kita sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan?? Jangan ketika senang kita lupa Allah.Kalau ini terjadi itulah punca utama hati tidak tenaang..

Manusia mudah lupa untuk jaga hubungan dengan Allah.Itu yang utama. Cuba fikir kadang-kadang  hidup dah senang lenang,apa nak semua dapat tapi hati tak tenang kenapa??

Salah satu sebabnya  sntiasa fikir yang negative.Orang yang negative tak kan dapat positifkan dirinya.Yang dapat sentiasa yang negative saja.

Kalau kita sentiasa cakap benda-benda yang negative Allah akan bagi. “kalau aku buat macam ni,macam tu nanti aku yang susah, aku tak mampu nak buat semua tu sebab aku tak berkemampuan macam orang lain”.

Kalau itu jer perkataan yang sentiasa keluar dari mulut kita,InshaAllah Allah akan bagi apa yang kita cakap tu.

Sebab tu la kita kena jaga hubungan dengan Allah.Kalau hubungan dengan Allah dijaga,fikiran negative tak kan keluar.Kita kena sentiasa bersyukur dan menerima semuanya dengan berusaha lebih lagi untuk kehidupan yang lebih baik..Bukan  selalu bercakap aku tak mampu..aku tak boleh buat..dia lain,aku lain…

Hubungan dengan manusia juga sebenarnya perlu dijaga. Jangan hanya memikirkan diri sndiri sahaja.Yang mampu tolong yang tak mampu.Yang tak mampu jangan kata aku tak mampu,aku tak boleh tolong.Bukan macam tu,banyak cara  kita boleh tolong orang .Kalau tak berkemampuan dari segi kewangan tolong dari segi lain. Contoh kudrat kita, tenaga kita. Itu lebih baik dari duduk menunggu orang bagi..

Percayalah sesiapa yang memberi dengan ikhlas kerana Allah.Kehidupan dia akan lebih tenang.Orang yang selalu memberi lebih baik dari orang yang menerima..Kehidupannya pasti akan lebih tenang..Tak ada sesiapa yang memberi tapi hati tak tenang kecuali dia tidak menjaga hubungan dengan Allah terlebih dahulu dan niatnya untuk memberi bukan kerana Allah sebaliknya hendak menunjuk-nunjuk..

Untuk memiliki hati yang tenang  kita juga dituntut untuk berkasih sayang sesama manusia dan makhluk Allah tanpa sebarang syarat.Jangan sesekali tanam sifat benci.. Bila ada sifat benci dalam diri hubungan dengan Allah juga  akan terjejas dan hati tidak akan tenang.

Bagaimana nak jaga hubungan dengan Allah?? Jawapannya kita perlulah jalankan tanggung jawab kita sebagai muslim, contoh jaga solat,baca Al-Quran,Tutup aurat dengan sempurna,berpuasa,zikir..

Cara-cara untuk dapatkan hati yang tenang.

·      *   Buat jurnal (apa aku buat hari ini,apa aku makan hari ini,bagi manfaat pada diri aku tau pun tak)
·      *   Bila jumpa orang cuba faham dia,dan jangan asyik harap orang akan faham kita sebaliknya kita kena cuba faham orang
·      *   Jangan sesekali kritik orang kononnya kita saja yang betul
·      *   Kalau kita nak kaya,kita kena bagi orang lain juga kaya.Bukan kita saja yang nak hidup senang,orang lain juga nak kaya nak hidup senang
·     *    Yang penting setiap masalah mengadulah pada Allah.Itu yang terbaik bukan pergi menjaja setiap masaalah pada orang
   
   

     
Doa apabila menghadapi tekanan.Doa ini hendaklah dibaca berulang kali (ikut kemampuan)sehingga hati tenang.Tetapi fahamkan apa yang dibaca tu baru ia pergi ke hati




     Bacaan Rumi : Hasbunallah hu wanik'mal wakil.
Maksudnya : Cukuplah Allah untuk menolong kami, dan dialah sebaik baik pengurus dan terserah kepadanya segala urusan kami.
Sumber : Surah AliImran Ayat 173
   

     
 Semoga apa yang kita pelajari ni dapat diamalkan dalam kehidupan harian kita.
      p/s : sebagai peringatan  dan pelajaran untuk diri aku juga..

      Sekian.......



Monday, March 11, 2013

Kereta Baru Eh...


 Aassalamualaikum

Sekarang ni aku tak tau ape yang patut aku buat....sebab apa tau sebabnya aku makin naik gila pada kereta..Gila tahap sampai tak boleh gila la lagi..

Tengok pak cik kat kampong…Wah….pak cik ni pun boleh bawa kereta cun tu..
Tengok kiri,kanan,depan,belakang…hah tunduk pale**** aku bila lagi?

Tu la padahnya asyik dok nompang orang ja,bila mau ada kereta ni..
Selalu dok jadi mam besar ja dok belakang,driver yang bawa. #kunun#  tak pun dok sebelah jadi pegawai JPJ bagi markah lulus ke tak..

Bila berdesup wiau….enjen keta abang hujung kampong, naik geram…nak beli keta juga..nak beli keta juga….boleh aku wiau sekali…cis!!!  Ada hati nak wiau..wiau juga..silap-silap wiau dalam hospital kot…

Hajat hati cukup la sekadar SAGA FLX.Aku rasa dah ok..harga mampu milik.Besar pun besar juga,boleh aku angkut sedara mara,sahabat handai,jiran tetangga bawa pi___________________*isi tempat kosong*pandai-pandai la…

Cup..satu perkara,aku tak berapa minat pada kereta mewah cam BMW ke wmb ke ape ker…sebab tu diluar kawalan kewangan aku..bukan aku nak bergaya dengan kereta macam tu,duit poket elek…….makan minta kat mak..no..no..no…

Banyangkan minyak lagi,air filter,oil filter,service lagi..macam –macam lagi..rabak poket cek..
So untuk elak terpaksa jadi peminta sedekah kat mak bapak,cari lah yang terbaik untuk diri sendiri dan sedar diri..Buat malu jer pakai keta mewah tapi habuk pun tak dak.

Nak jimat keta second hand ada,jimat kot bagi buyer yang sangat-sangat excited nak keta macam aku ni..Tapi fikir tak nak save budget sangat, last-last buat keluar duit lebih dari beli keta baru kot..faham-faham la maksud aku ni..Kita tak tau pengguna keta tu sebelum ni macam mana.Kalau dapat keta yang very good lagi tak pe la..

Tapi bukan semua keta second hand macam tu..banyak yang ok,kalau tak,tak habis la keta second hand tu kat kedai..Perancang ekonomi dan kewangan pun suggest elok juga beli keta second hand untuk save budget.Pandai-pandai la fikir mana yang baik.

Bagi aku yang tak nak ambik risiko tak puas hati kemudian hari,menyesal tak sudah.Keta baru pilihan aku.Dah tau-tau dah kita pengguna pertama tu..Apa yang tak kena sebab salah kita sendiri.Tak payah nak salahkan orang lain lagi..

What Do You Want In Life?..Itu yang nak kena tau dulu kot..hehe..Pastu baru pikir pasal budget untuk kereta..

List semua budget ,untuk keta:
*Downpayment/monthly installment@service
*Harga total kereta
*Kos extra yang lain-lain contoh maintenance

Semua ni kena fikir,macam aku kata tadi so bila dah fikir-fikir kereta yang bagus dan pilihan aku……jeng..jeng…dah tau kot,dari tadi aku dok promote.Pilihan aku PROTON SAGA FLX 1.3 atau 1.6 SE





Harga bermula dari RM38.811.Bayaran bulanan peruntukan 10% dari harga,secara kasar semuanya around RM481 per-bulan.Dah save sikit budget kat situ kan..So tak mau lagi ka? Fikir..fikir…

Beruntung sangat kot,dah boleh guna untuk gasak sana sini. Kapasiti enjin 1.3 @ 1.6 , fuel efficiency: 90km/h (1/100 km)6.0. 

Enjin menggunakan enjin campro IA FM, 4 cylinder DOHC 16V dengan teknologi CVT (Continuously Variable Transmission). Boleh save minyak,penukaran gear pun lebih lancar kot..




Bonet pun luas,nak sumbat segala macam barang pun senang, ada twin air bag. Fungsi brek ABS dan EBD. Breaking system pun sangat memuaskan..



Yang aku suka ,system entertainment kereta ni. Ada unit audio yang boleh connect dengan ipod/MP3 dan USB untuk memainkan tracks pilihan.Dengan audio controls dekat stearing wheel,boleh skip dan pilih lagu kegemaran…aumak ai…bestnyer..





Leather Seat,rim 15 inch


Lagi…lagi best…..bila test drive..so jom sama-sama kita dapatkan SAGA FLX kot..Lesen x der lg pun tak per yang penting dalam hati tanam angan-angan nak beli SAGA FLX..orait..*ketuk pale sendiri* sesi merapek panjang dah bermula….


SAGA FLX.


Hehe..ok la cerita-ceritot dari aku berhenti di sini dulu lain hari kita jumpa lagi…Bubye..
Sekian…..



Friday, March 08, 2013

Pink oh Pink


 Assalamualaikum


Aku: Pink,cantik ker lol? Pink tu…..

Kawan: Cantik la pink,sweet jer.Kita pempuan pakai la pink sikit..

Aku: Tak der maknanya nak pakai pink.Terdesak baru nak rembat ma…

Kawan: Ko ni teruk betul la, Pink la cantik.Ko jangan cakap nanti kot ko pulak yang lebih-      lebih..*hehehe..*

Aku: Gelak? Aku cepuk kang,baru ko tau.Tangan aku dah lama tak ceput-mencepuk orang ni..Jangan harap la sampai bila-bila pun aku anti kaler pink yer.Aku dah la kelabu asap ko nak suruh aku pakai kaler pink pulak.Lain la kalau aku ni melepak-lepak putihnyer..Tu…pun belum tentu lagi..


                              ******************************************************


Sekarang padam muka aku,kena penangan ayat kawan aku dulu, tub2 sekarang ni makin suka pulak kaler-kaler yang sweet mewet ni.Masin betul mulut si kawan aku ni. Pantang Nampak kaler sweet aku nak jer..Pink yang cair-cair,lembut-lembut tu aku rembat awal lagi..






Dalam hati teringat kat kawan masa belajar dulu tu,kalau la minah ni ada mau jer dia terkekeh-kekeh gelakkan aku.Ah..tapi ni semua salah dia.Mulut minah ni memang tak de insurans.Nak jer aku jahit,biar tak boleh cakap terus.Senang aku nak buli..

Kalau window shooping jumpa barang-barang kaler pink, baju ker, aksesori ker,kain ker atau bla…bla…ker sure aku teringat kat kawan aku ni.Sebabnya dia hantu pink tapi sekarang hantu pink dia tu dah pindah kat aku..Dulu mau bergaduh hanya sebab satu barang kaler pink.Berdesup-desup ayat pedas kaluar hanya nak pertahankan maruah masing=masing..hehehe..maruah la sangat..






Kalau bergaduh saper yang menang? Dua-dua tak menang terus diam,buat muka toya.Pastu kalau lapar baik balik.(Ko lapar tak?. Aku dah lapar la.Jom makan nak?) Tanya jer soalan pasal makan terus baik,masing-masing dah kebulur sebenarnya tapi ego tak nak cakap. Tak sudahnya,perut dah dok berdendang, masing-masing pandai la pulak dah keluarkan suara tu gamaknya..

Pink oh Pink naper la kau buat aku makin suka kat kau.Kalau ade event ker nak merendek dengan kengkawan ker ,muka aku ni mesti akan ada tercalit sikit kaler pink..hehe..yang semestinya blusher.Rasa kalau tak letak kaler pink tu macam tak ceria jer muka aku ni.Ha  sudah..Dah mula dah..

Tapi yang semestinya aksesori aku tak der la lagi kaler pink..Baju pun tak der la banyak pun kaler pink.Cuma minat tu jer dah mula datang cikit-cikit tau…






Al- kesudahannya aku sebenarnya dah kalah dengan kawan aku ni tanpa pengetahuan dia.Nasib la..Dia pun tak der lagi selalu jumpa dengan aku so aku boleh la rasa yang dia masih anggap aku macam dulu…dulu…hehe..Dulu bukan main aku ni,kalau pempuan suka kaler pink bebagai macam-macam aku kutuk,kalau lelaki pula aku cakap tak macho,romantic sangat..aku tak suka…Sekarang ambik kau, hantu pink dah datang kat kau.Tu la padahnya asyik mengutuk orang..Tuhan bayar cash jer….


Ok la..ni jer untuk kali ni. Lain hari kita jumpa kembali..Bubye..:)