Tuesday, February 26, 2013

Netbook Tetap Dalam Hati

Assalamualaikum

Walau apa pun yang terjadi netbook tetap dihati. Hehehe...
Macam Ayat girlfren cakap kat boyfren, boyfren cakap kat girlfren (walau apa pun yang terjadi saya tak kan tinggalkan awak)...pernah dengar tak ayat ni?? Setia la kunun..kunun..
Aloo..apasal la pulak aku dok merepek ni,melalut ke bab len, walau apa pun netbook tetap di hati..gitu..


my netbook


Salesgirl : Dik..sekarang orang guna smartphone la untuk update status kat FB, TWITTER n dot..dot...
Aku : Ada aku kisah !!..

Toin..toin..tu la ayat yang keluar secara tak sengaja dekat salesgirl.Ambik kau, saper suh provok aku kan dah kena..(dalam hati Tuhan aku tak sengaja cakap macam tu,mulut aku terlalu celupar)





Aku sebenarnya tak berapa berminat dengan segala smartphone dan gadget-gadget yang baru keluar kat pasaran ni..setia aku hanya pada netbook..ko mesti pelik sebab apa aku tak suka dan lebih suka bawa Netbook kemana-mana?huhu...ko pelik tak? ok untuk tak nak memelikkan keadaan, ko baca senarai kat bawah ni kenapa aku suka Netbook yang dah kuno ni..

1) Netbook lebih senang untuk aku check segala macam email ,nak reply email, Fb,senang aku nak buat  kerja, nak siapkan kerja yang aku tak tersiap dan yang penting nak update blog.

2) Netbook pun smart la,lebih compact, kecik cuma dia tak macam samsung galaxy note,tablet ataupun iPad k..

3) Harga berpatutan dan sesuai..Kalau gadget-gadget lain tu..beribu-ribu ringgit tapi ada kelemahan juga dan tak pe la kot.esok lusa keluar yang baru ko pun sibuk nak yang terbaru pulak..Ala dulu pakai laptop bawa kehulu kehilir tak kisah pun.besar kot.Cer kalau tak der netbook @ laptop tak boleh nak buat kerja juga kan, mau jer pening...kan..kan..(aku jer kot) hehe..

4) Yang penting, aku tak suka membazir, duit yang tak guna tu boleh aku simpan..Setakat nak beli gadget-gadget baru ni aku rasa tak perlu kot.gunakan apa yang ada.Tapi kalau orang bagi aku bedal jer sebab aku tak payah keluar duit..Orang bagi kita kena hargai..huhu..kejam betul..








Lagipun aku sayang netbook aku ni, tu sebenarnya..Terjongket-jongket nak pertahankan netbook aku ni..Ala handphone dan netbook aku masih ada,waras lagi. Setakat nak update status kat FB, TWITTER tu..boleh jer..
Akunyer peel pula kalau nak beli gadget baru yang murah ke yang mahal ke, tak perlu kot..Aku lebih senang pakai  yang sekarang..
Aku rasa semua mesti ada macam-macam gadget terbaru kan..Kalau jumpa aku janganla dalam hati cakap ala dia ni tak up to date la...heh..suka hati aku la.

*yang penting jangan membazir.Membazir itu amalan syaitan*



 


Wednesday, February 20, 2013

Salah Pilihan dan Keputusan




Assalamualaikum


Kesalahan dalam membuat pilihan dan keputusan,itulah aku. Hurm lepas salah buat pilihan, keputusan dah dibuat kepala otak mula berpusing-pusing. Dok dalam bilik sorang-sorang, eh..kalau aku pilih yang tadi tu lagi bagus la dari yang ni. Asal aku pilih yang ni (mood celaru datang) yang tadi lagi cantik, lagi baik. Nape aku tak fikir dulu tadi. Ala...(perasaan sakit hati kat diri sendiri) tido tak kena, dah tak kena tak boleh lena pulak tu..Hadoi....masaalah, ape nak buat ni..






Mak selalu cakap kat aku, pikir baik-baik, betul ker? Aku dengan perasaan confident, betul la. Dah tak fikir paper lagi, memang itu pilihan yang terbaik. Tak pernah pulak nak fikir kenapa mak tanya banyak kali, dah tentu-tentu  mak rasa tu bukan yang terbaik. Tapi hati aku ni degil, tak nak dengar cakap orang, men bedal jer.


Masa study dulu, aku selalu salah buat pilihan dan keputusan. Kalau jawab soalan, aku mesti was-was pada soalan yang aku tak tau, yang ni pun aku rasa betul, yang ni pun betul juga..mana satu yang betul. Selalunya soalan objektif la. Dalam otak aku ni dah tau, hati kuat kata yang ni tapi diri sendiri pulak kata salah. monolog la aku sorang-sorang dalam hati sambil ngadap paper. Balik semak, dah sah-sah apa yang ada dalam kepala otak aku tadi betul, tangan aku pulak laju tanda yang lain. Geramnya tak tau nak cakap, mana tak nya cik kak,cik adik,cik abang markah aku dah turun. Nak dapat 90% cewah.. dapat 88% je la. Tak ker rugi.


Itu masa study, dah habis study pun sama juga. Tak tau nak buat keputusan yang betul. Tapi Alhamdulillah sekarang ni keputusan tu sedikit sebanyak makin tepat..hehe..dah pandai sikit buat pilihan walaupun ada juga yang tak betul. Apa nak buat sabar jer la.






Kadang-kadang (dok sorang-sorang) fikir balik asal aku ni selalu salah pilih, geram betul dalam hati menyumpah-nyumpah, sakit sangat rasa (marah kat diri sendiri) Tambah-tambah bab yang besar dalam hidup, macam bab kerja, bab jodoh..oppss...hehe bab  tu slow sikit belum ada lg, borang-borang pun tak sampai lagi..wuwei..gurau je no. Nak minta pendapat orang takut lagi macam-macam jawapan. Elok-elok dah betul jadi konfius pulak so sekarang dalam bab yang besar-besar kalau tak tau cuba buat solat istiqarah. Sebenarnya tu la yang terbaik. Minta Allah tunjukkan jalan, amalkan selalu Alhamdulillah dengan izin Allah pasti ada penyelesaian pada soalan.


Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:

Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).

Friday, February 01, 2013

miaw..miaw dah hilang



Assalamualaikum




Hurm sedih..sedih..miaw..miaw kesayangan dh hilang. Nama dia Kodeh..Unik tak nama dia? unik kan? Tak unik pun korang cakap unik juga, kalau tak.......Aku kerjakan korang..hehe..tak la gurau jer..Al kisahnya, aku ada seekor kucing peliharaan yang aku paling sayang..Paling bijak,Paling comel tapi dh hilang..tak tau ke mana dia menghilang. Di kebas orang ker atau dibunuh..Wa..wa..wa.. jangan..jangan..minta simpang.Kesian Kodeh aku, dia tak bersalah.Kalau ada orang buat macam tu pada dia.Aku sendiri tak kan maafkan tau.Huhu teruk juga aku ni kan..yer la,kucing tu tak berdosa pun kalau dibunuh memang kejam la orang tu..Kodeh ni aku bela dari kecik lagi sampai la dia besar dan jadi pandai.Kalau orang tu tentu dah belajar dapat no 1 dah..Semua orang sukakan kodeh..



 ni la kodeh




Kodeh ni manja sangat.Dia ni mesti diberi perhatian selalu,kalau tak dia merajuk tau,macam budak-budak.comel kan? Mana nak cari lagi kodeh ni. Dah puas dah cari,dah penat dah tanya orang sorang pun tak nampak dan tak tau.Teringat sangat dekat dia.Dah la kuat merajuk,makan pun mesti lebih dari kucing-kucing lain.Tapi kodeh suka mandi tau.Dia diam jer bila mandi. Bukan senang tau nak dapat kucing macam ni. Baka apa aku pun tak tau la..Kucing ni pun jumpa kat tengah jalan jer. Masa tu dia kecik lagi, daripada kena langgar baik bawa balik.


 




Hurm..Kini kodeh hanya tinggal kenangan je la.Kalau tak, boleh melawak,bergurau dengan dia.Kalau ada yang mengambil si Kodeh aku ni,Harap dia jaga elok-elok macam dia jaga diri dia.Kalau korang nak tau kodeh ni bukan sebarang kucing,sebab akal dia terlalu banyak dan dia terlalu pandai. Adakah disebabkan aku yang menjaga dia?..hehe..(mood perasan)









Kodeh..kalau masih hidup dan bernyawa tolong la balik..Hai rasa macam nak p masuk TV3 tu suh cari kodeh aku ni. Tu la kan...ambil mudah lagi,tak jaga betul-betul,dah hilang baru nak menyesal.Padan muka aku.Mana nak dapat dah kodeh macam ni,ada pengganti pun tak sama.Tak best..



Aku dan Si kodeh





Ni la rupa sebenar si gebu atau Kodeh kesayangan aku ni.Mana nak cari ni.Kalau ada pendapat boleh bagitau..hehe.macam nak buat iklan kehilangan kucing jer tapi tak patut sangat kot.Orang hilang pun ada yang tak jumpa ini kucing saper yang nak ambik port kan?..hehe (gelak sendiri)

Kesimpulan dia lepas ni jangan abaikan lagi penjagaan kucing kesayangan.Bila dah tak der ni macam-macam rasa ada,rasa ada buat salah dengan dia la,rasa menyesal sebab pernah marah dia,penah pukul dia (pukul manja-manja tau) kesian kodeh..Hurm nak bat macam mana kan,menyesal pun tak guna juga..jadi muhasabah lah diri.